Monday, June 20, 2011

Drive Gen-2 & Balik Kampung : The MOST Challenging Journey Ever!

Assalamualaikum.




alhamdulillah, saya selamat pergi dan balik dari satu perjalanan yang jauh. alhamdulillah juga, sebab saya berjaya memandu dari KL ke Besut, melalui jalan Gua Musang dan dari Muktafi Billah Shah sampai ke rumah di KL, yang ditemani bersama umi saya. :)  pertama kali saya sendiri yang drive balik kampung like almost 7 hours driving pada waktu malam yang penuh dengan dugaan. hmm




Perjalanan Bermula.





bertolak pukul 4.30 petang hari Isnin lepas bukan satu permulaan yang baik. sebab yang balik kampung 2 orang je, saya dan umi.lepas siap beli barang2 untuk bawak balik kampung, perjalanan bermula. Jam di MRR2, biasa lah. orang balik kerja. lepas tu singgah De'Paya Serai yang restoren dekat Petronas  sebelum tol nk masuk Bentong  jap untuk solat Asar.





Usai solat asar, kereta tak boleh start. permulaan yang kurang enak. bukak bonet kete, x tahu nak cek ape. mujur ada sorang akak comel ni nk tolong cek. dia kata battery weak. siap cari jumper lagi nk tolong jump start. ada yang suruh tolak n start. tapi sebab Genie tu auto, so x boleh. huhu. umi call abah, abah kata kene ketok2 kat battery, baru ok. tapi tak jadi jugak. so dia mcm stater yang rosak. ade sorang abang ni ketok2 sumtin kat atas battery, try start kete, alhamdulillah, hidup. perjalanan diteruskan tanpa berhenti makan sebab takut x boleh nak start balik plus malam makin menjelma. =p






perjalanan masih lagi ditemani oleh radio berfrekuensi fly.fm sehingga ke bukit tujuh. cuaca yang buruk agak menyukarkan saya untuk memandu. tiada lampu jalan tapi lampu-lampu kereta dan lori je ada. hi beam Genie macam tak berfungsi sangat. asal buat hi beam je, mesti semua lampu kereta mati. lepas tu kene on balik. try buat hi beam lagi, masih sama. lampu mati juga. =.= hujan lebat berguruh berkilat. tak boleh drive laju2 sebab jalan bukan lurus. hujan lebat tu berterusan sampai ke gua musang. =(






hujan dah ringan. tapi hari semakin larut malam. minyak kereta ada lagi separuh. umi pun dah mamai2 nk tido. lepas sudah mengharungi jalan gelap di gua musang. radio tiada siaran tapi cuba juga browse, mana tahu ada siaran. tamil ada, cina pun ada, klasik nasional pun ada. layankan aje. jam pukul 11.00. perut dah mula rasa lapar. nak makan mee rebus dekat Jertih pukul 12 dengan harapan sampai pada waktu yang telah ditetapkan.





hujan ringan, tapi wiper saya guna yang kedua. tak laju tak perlahan sangat. tapi tiba2 wiper macam takde battery. radio pun sekejap ada sekejap xde. lampu dekat screen radio ada, tapi xde frekuensi. dalam hati, biasa la tu, tempat xde line. saya intai dashboard, minyak dah dash-dash-dash. erk, rasanya minyak ada lagi separuh. kenapa dashed? haa. yang ni pelik. saya kejut umi, tanya. dan kereta semakin perlahan, perlahan dan perlahan. tersedu-sedu sikit. dan berhenti di tepi jalan, bawah lampu jalan, satu je lampu jalan dekat situ. ='(






cemas tu harus. tengah malam pulak tu. saya terus call ayah saya (my uncle) dan bagitahu pasal kereta rosak. umi call abah. ayah cakap, tunggu rescue 991 datang dalam 15 minit. kemudian sampai lah 2 buah kereta merah dari rescue 991 Kuala Krai untuk bantuan. tapi tiada apa2 yang boleh di bantu. katanya alternator kereta yang rosak. x boleh caj battery yang ada. tu sebab kereta berheti sendiri. bukan sebab starter. ='( berlalu lah mereka meninggalkan kami. huuu






15 minit selepas tu, sebuah kereta Viva putih datang untuk bantuan pertolongan. juga dari rescue 991. tapi jawapan dari mereka adalah sama, alternator rosak. tapi mereka teman kami sampai ayah sampai :) beberapa batu dari tempat kami berhenti tu ada 2 tiang lampu. terang benderang. katanya orang Viva putih tu, kat situ kubur. nasib baik tak berhenti kat situ. =.=





alhamdulillah orang kereta viva ni ada contact number foreman dan foreman tu datang nak tengok apa yang rosak sebenarnya kereta Gen-2 tu. selang 20 minit, ayah pun sampai n foreman pun sampai juga. saya kepenatan drive jauh, tumpang tido dalam kereta ayah. huhu. end up, Gen-2 kene towed dengan kereta foreman tuh. kereta Gallant. walaupun kereta tu macam tu je, tapi hebat gilaks sebab boleh tarik kereta Gen-2 dengan satu tali je. serious kagum. selesai tarik menarik kereta tu dalam pukul 4 pagi. =.= sampai rumah ayah sebelum subuh. penat sangat2.




keadaan malam tu. 5 buah kereta yang datang rescue kami. 




kereta Gen-2 repair kat sini.




esoknya dalam pukul 3 petang, kereta Gen-2 dah siap repair. alhamdulillah. kos repair dalam RM800+/- jugak. x mengapa. asalkan kereta boleh gerak. saya drive lagi balik ke rumah nenda di jertih. :D kira sampai jugak saya drive dari KL ke Jertih. hehe.  puas hati untuk diri sendiri. :) what a challenging journey ever! 




p/s : perempuan kene belajar jadi foreman jugak. lagi2 traveller macam saya ni. huhu




Saturday, June 11, 2011

Di Sebalik " Aku Terima Nikahnya...."

Assalamualaikum.




Lafaz akad nikah :



“Aku terima nikahnya dgn si pulanah binti si pulan dengan mas kahwinnya RM..”




apa yang di lafazkan itu adalah yang tersurat. yang tersirat?



“Aku tanggung dosa-dosa si pulanah dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku”



Lafaz akad nikah bukan semudah yang di hafal. tapi sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat, yakni, tanggungjawab yang besar untuk si suami untuk mendidik isterinya dan juga anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.





p/s : good luck kaum adam! hafal hafal juga. ehehe. :D peace!

Saturday, June 4, 2011

IKEA Dan Meatballs Dan Katil Yang Unik. :D

Assalamualaikum.



Minggu lepas, sepupu saya, Kak Ana, dah balik dari perantauan. welcome home Kak Ana! :) she has been been graduated from Tulsa University. i'm happy for her. well done dear! :D






oleh kerana hari yang kak ana balik adalah exactly hari jadi kak ana, so kami bawa kak ana jalan-jalan IKEA. I tell you what, selepas isu dapur IKEA kena samak, sebab Meatball kat sana x boleh makan dan bla bla bla, harga meatball IKEA turun!! biasanya kalau 10 ketul meatballs tu harga dia RM10, tapi kali ni RM8 untuk 10 ketul meatballs. jimat berbaloi-baloi! XD





proved you! :D




Anyhow, selepas penat berjalan-jalan dah nak balik tu, ada 4 buah katil yang unik! x perlu baring. tapi berdiri je kat belakang tu. so boleh act like tgh berselimut dan tgh tido. hehehe. memang sudut amik gambar lah kaaaan? =p





"My husband snores like a motor engine"
hahahaha. XD i hope ure not! =p








" I sleep with the lights on"
and the glass on. =p cute kak ana! XD








hehe. Tihani suka golek2 kat katil. exited sebab tilam best! XD






hehe. that's all. bye2! :D