Tuesday, July 26, 2011

Modish Mode House : Teaser!

Assalamualaikum









later i story! tata toodles! 



p/s rindu nk on9!! ='(

Friday, July 8, 2011

Photoshoot Partners :)

Assalamualaikum.





saya ingin perkenalkan partner2 saya bila saya photoshoot. partner photoshoot saya sehingga sekarang memang dengan 2 orang gadis cantik ni. heeee. bangga bila saya digandingkan bersama mereka. ;D






cuba teka kitorang bergambar dengan Proton Saga ape? ;p





hai kak fiza tudung biru. :D





saya telah digandingkan bersama gadis cantik manis di atas sebanyak dua kali tapi dalam majalah yang berlainan. hehe. pertama kali saya digandingkan dengan beliau adalah untuk Majalah Keluarga, untuk ruangan fesyen. dan terbaru saya digandingkan untuk majalah Dara.com edisi pre Aidilfitri mungkin.hehe. x sure lagi edisi apa. adei. ;p






Nama diberi Syazwani Ismail. dan beliau merupakan 2nd runner-up untuk pencarian model dara.com yang lalu. hee. beliau juga merupakan mahasiswi UKM dalam jurusan Sains Politik. to be with her, i feel so grateful. beliau berpengalaman dalam bidang modelling. senyuman dia manis sangat. dan lembut orangnya. :)  bangga bila saya model picisan ini dapat bergandingan dengan model berpengalaman seperti beliau. hopefully kita dapat jumpa lagi ye wani sayang! :")







tq kak ana sebab snap gambar kami. :D




hehe. memperkenalkan,Cik Syarehan. tapi saya panggil beliau, Yan. masuk kali ini yang terbaru, saya telah bergandingan dngan beliau sebanyak 3x dalam majalah yang sama. hehehe. memang ada chemistry la dengan Cik Yan ni. :D 1st time digandingkan untuk glamorous and trendy white dresses, then kami berjumpa balik untuk shooting baju kurung Asylla Collection, dan yang terbaru saya shooting untuk Baju Muslimah dari Sinar Inspirasi. :D beliau juga merupakan junior fashion designer yang hebat! :D proud to be with her. and wish to be with you again my dear. :)






hehe. mereka lah yang menjadi partner saya selama ini. dan dimaklumkan bahawa mereka sudah berpunya. ;p hehe. bye2! ;D




p/s : mereka semua adalah kakak saya. and im the youngest! ;p

Wednesday, July 6, 2011

Photoshoot Dara.com : Baju Muslimah.

Assalamualaikum.





Keesokan hari selepas saya shooting di Proton Edar, saya di tugaskan lagi untuk shoot baju muslimah dari Sinar Inspirasi. dan kali ini juga saya bergandingan dengan Cik Syarehan, designer baju entry Photoshoot saya di Proton Edar Showroom yang lalu. :)





masih lagi bertemankan cousin saya, Nur Farhana, kali ini lokasi photoshoot adalah di Bangunan Baru Karangkraf. sesi mekap di Bilik Mesyuarat 1, dan kelihatan ramai model2 catwalk dalam bilik tersebut. hehe. mereka akan catwalk untuk satu program Wedding. dan mereka memperagakan baju-baju kahwin. oh my, sangat gorgeous baju-baju kahwin mereka. :D makanya, senang cerita, saya ringkaskan seperti details di bawah. :)




Hari : Rabu
Tarikh : 22 Jun 2011
Tempat : Bangunan Baru Karangkraf
Partner : Cik Syarehan
Make-up Artist : Cik Non
Tajaan Pakaian : Baju Muslimah Sinar Inspirasi






haha. sumpah dah lama tak amik gambar perasan macam ni. =p
anyway, hasil make up Cik Non. :)




memperkenalkan, cik non, saya, dan cik syarehan. :)




dalam slot fesyen kali ini, saya memakai 3 helai baju. so tunggu keluaran majalah dara.com akan datang! salam hari rabu! :)



Photoshoot Dara.com di Proton Edar Showroom

Assalamualaikum.





2 minggu lepas, saya telah menghadiri sesi photoshoot untuk majalah Dara.com. dan saya shoot untuk slot fesyen. :)





kami diberi satu bilik untuk persalinan baju. Proton Edar Showroom telah menaja tempat untuk kami shooting. bukan dara.com sahaja, majalah Nur juga shoot di tempat yang sama. :D untuk majalah Nur, model yang terlibat adalah pelakon Akasia Nora Elena, Ramona, sebagai watak minor, Nilawati dalam drama Slot Akasia Nora Elena. Pereka fesyen untuk busana Majalah NUr ialah Zulfadhli. :) mereka memperagakan baju pre-wedding! :D




kali ni saya shoot untuk 3 pasang baju yang berbeza bersama partner saya yang sangat cantik, Cik Wani. baju pertama, baju ala-ala Fairy Tales. colur pink2 gitu. baju saya, err, unik la jugak dan diperbuat dari kain Chiffon. bukan baju kurung, tapi macam baju ala-ala princess dalam cite Enchanted gitu. =D kami shoot dengan Kereta Proton Inspira Maroon, dalam Proton Edar Showroom. Sambil-sambil peraga, sambil-ambil promot kereta Inspira! :D





Baju ke dua ala-ala baju Anugerah Bintang Popular. trendy and glamour! pakai baju colour kuning n partnet sy pakai baju hijau, memang sangat menyerlah. kami memperagakan baju itu dengan si Satria Neo R3 di luar showroom. agak silau. berkerut-kerut muke nk senyum. muehehehe. tapi alhamdulillah, berjaya senyum dengan nampak gigi. =B anyhow, designer baju-baju itu ialah, Cik Syarehan. :)





dan baju terakhir yang saya dan partner saya peragaan ialah Baju ala-ala pergi konsert Faizal Tahir/Wings. aha! rock sket. pakai jacket leopard. kami shoot dengan Satria Neo Maroon lagi :D






haru sekejap sebab kain yg saya pakai tu nak terlondeh. adei -_-'



thanx kak ana for the snaps! :D





hehe. gambar disebalik tabir je sy tepek kat sini. nanti kite same2 beli dara.com edisi ogos okey! :D






p/s : Saga FL 1.6 sangat berbaloi. RM46++K je. kalaulah saya ada gaji sebanyak tu. teringin nak beli Saga FL1.6. huuuu