Sunday, January 5, 2014

Edisi Travel : 9 Hari Ke Jepun, Nov-Dec 2013 & beberapa tips penting

Assalamualaikum. :)





alhamdulillah.selamat sudah mengembara ke negara yang sangat sopan santun, paling lemah lembut, paling bersih, paling menjaga adab dengan orang lain, paling menghormati masyarakat sekeliling, dan paling maju di dunia. (as far as i concerned) alhamdulillah, atas izin Allah aku ke sana untuk melawat dan melihat ciptaan Allah yang maha Agung di sana selama 9 hari bersama travel partners. alhamdulillah juga dipertemukan dengan sahabat2 yang kaki melancong. perjalanan sangat2 lah dipermudahkan. dan semua orang happy dan sedih tinggalkan jepun. sobs.



Tiket
pembelian tiket menerusi Air Asia adalah 5 bulan sebelum penerbangan dan pada masa itu ada promosi Buy 1 Get 1 Free Seat. kalau ada promosi lagi murah, better buy early! hehe




Visa
berkenaan dengan visa, jangan risau sebab bermula julai 2013, Japan dah longgarkan sikit kepada rakyat malaysia (dan negara-negara lain aku pun lupe negara mana) boleh mengunjungi jepun TANPA visa. :D so x payah ada duit 6 ribu dan ke atas dalam akaun bank dan buat visa. yeayy! masa tu aku lah manusia paling happy sebab aku kerja freelance sajaaaa. xcukup duit. :P




Passport
passport macam biasa, pastikan 6 bulan sebelum tarikh tamat. kes ni aku kena highlightkan jugak sebab one of my travel partner tak cukup 5 hari untuk sampai 6 bulan. nasib baik nego baik2, lepas jugak naik flight. tq Ya Allah kerana permudahkan urusan. :D




Currency
kat jepun dia guna mata wang Yen, di mana, 1000 yen = RM31.45. yang ni paling murah aku tuka. dekat mid valley sebelah kiosk kedai kopi san francissco. apa2 pun aku kasi tips, kat mid ni kedai kat sebelah kepsi pun murah, sebelah lagi satu pun murah (kedai currency sederet dia jugak). untuk pengetahuan, duit yen ni duit kertas dia available untuk 1000 yen, 10 000 yen dan 100 000 yen sahaja. yang lain, syiling! bayangkan 1000 yen (rm15.++) dalam syiling je. tapi duk sana macam duit singgit plsss. adoi. T_____T aku tuka haritu dalam 60 000yen. alhamdulillah, utk 9 hari duk sane, lepas sangat sbb aku siap shopping sewa kereta etc etc. :D





Train
this is the MOST IMPORTANT THING  i want to highlight sebab, nak pegi mana2 kat jepun ni memang mudah yang sangat sebab jepun ni adalah negara yang ada network train terbesar di dunia. tapi nak pegi mana2 pun, make sure dulu tempat kat mana, then study train betul2. basically train kat jepun ni ade banyak. ada banyak train colour2. merah, hijau, kuning, oren dan lain2. so before pegi, aku sarankan pakai google maps sebab google maps ni bagitahu  the exect train that you have to take to go to your destination.




Places
tempat yang kitorang cover masa kat sana  adalah tokyo dan mount fuji. so, kami stay di asakusa, jalan2 sky tree, akihabara (syurga games n electronic) koishikawa kurakoen, harajuku, shibuya cross(yang fast & furious tu) ,disneyland, disneyseas, mount fuji, fujikyu highland, odaiba, dan lain2 nanti aku update yer. sebab hari2 aku duk sana semua terisi dengan aktiviti.




Makanan
makanan yang kami bawak ke sane kebanyakannya makanan dalam tin, macam biase lah, ayam kurma adabi, tuna in tin, dan segala jenis makanan tin lah. aku bawak jugak bubur 3 in 1 tapi hampeh x sedap. haha. dan juga tak dilupakan, megi 2 peket tapi tak habis. so nasihat aku, x payah la bawak  segala macam jenis makanan sebab berat bag je. aku syorkan korang bawak roti berbuku-buku dan sabwich spread je. senang nak bawak bekal jalan2 boleh makan save duit xpayah beli makanan kat sana. dan jugak kalau nak bawak megi, aku sarankan bawak megi goreng, boleh bawak bekal makan tepi2 garden. hehe. tapi itulah sebab aku ni melayu, end up cari nasik jugak. jangan risau, kat japan ada family mart, and kat situ dia jual nasi kosong yang dah masak dalam 100yen je (approximately rm3) tapi banyak la jugak. tapi kalau rasa nak nasi dengan lauk, aku sarankan beli nasi kebab sebab nasi dia dah ada dengan lauk ayam yang dijamin kehalalannye sebab yang jual kat situ orang arab-turki macam tu. jangan risau, ada tag halal jugak dekat situ. :) aku cuba jugak makan takoyaki sana. sedappp weh! aku makan jugak crepe kat sana. aku makan ceaser salad crepe. hehe. halal dan sedap!





Adab
duk kat sana, kalau nak tanya mereka, mulakanlah dengan "sumimasen" lepas tu nak speaking pun, speaking la hgopefully dorang faham lah kaan. :P lepas dapat jawapan tu mohon lah ucapkanlah "arigato gozaimasu" pastu senyum. sebab orang sana sangatlah ramah dan baik aku pun cair weh duk sana rasa macam vvip sangat. :D tapi kan, dorang tak faham sangat english. huhu. so siap sedialah untuk buat body language agar mereka faham apa yang kamu ingin sampaikan. ehe




Pakaian
sebab aku pegi musim autumn to winter, suhu semestinya sejuk. 10 darjah celcius siang, malam nya lagi sejuk lah kan. bawak lah jacket untuk winter, baju tebal, long john, mafla, kasut boot sejuk tu, dan sarung tangan. dinasihatkan sangat untuk pakai stokin dan kasut yang selesa sebab kat sana banyak jalan kaki. beli lah kasut yang tahan sejuk. :D




Masa, Waktu Solat dan Tempat Solat
kat sana waktu dia subuh pukul 3-4 pagi macam tu, zohor pukul 11, asar pukul 3, maghrib pukul 5 dan isyak pukul 7. so alert lah dengan waktu2 solat yer. tempat solat pula, tak ada specific place sebab kat sana surau xde. so solat lah di tempat yang yakin bersih je dan bawak lah air masak dalam botol supaya senang sikit nak amik air sembahyang. solat lah di mana2 sebab jangan risau, orang jepun ni tak jakun tengok orang solat. dorang ignore je so feel free dan khusyuklah dalam solat. ;D




Signboard
kat japan, signboard semua dalam tulisan rumi. train station pun ada dalam English, and japanese. peta lokasi pun juga disediakan di airport. amik je semua dalam bahasa inggeris. jangan risau. semua tempat ada bahasa inggeris cuma buku komik ke, majalah ke, semua bahasa jepun. hehehe




so aku rasa cukup lah kot untuk persediaan nak pergi jepun. later aku update gambar2 di sana yer. hehehe.


tata! sambung balik nanti. hihii


16 comments:

nur iman said...

menarik2x :)

Anarisha Borhanuddin said...

boleh tahu awak tdo mane eh? murah tak? thx

Anarisha Borhanuddin said...

boleh saya tahu awak tdo mane? murah tak? thx

Safiyya Ulfah said...

Hi Anarisha! sorry for the late reply. i just read your comment.

tido di khaosan Guesthouse Asakusa, K's House Mount Fuji, Fraser In Hotel Tokyo. belei using agoda more cheaper. :)

siti asiah Shaari said...

yeay! I pun curious pasal visa!ok la no need visa!dis year fly to jepang =)

Sasha Shafie said...

Hi safiyyah...u amik jr pass x?

Safiyya Ulfah said...

hi siti asiah! :D take care and have fub in Nihon! :D me will fly again there insyaAllah hehehe :D

Safiyya Ulfah said...

hi Sasha Shafie! :)

yup2 amik. but a day pass je. jimaaat. :)

Ilmi Azman said...

Hy kak Safiyya Ulfah,saya rancang trip nak ke jepun tahun depan (2015),saya ada few questions:
1)Seriously,Akak just bawa 60 ribu yen untuk buat semua aktiviti kat sana termasuk shopping,hotel dengan makanan?
2)Macam mana dengan harga tiket flight ke sana?
3)Berapa harga Nikon warna marron yang akak beli untuk kawan akak tu dalam RM?
Harap akak sudi jawab ye! Thanks! :P

Ilmi Azman said...

Hy kak Safiyya Ulfah,saya rancang trip nak ke jepun tahun depan (2015),saya ada few questions:
1)Seriously,Akak just bawa 60 ribu yen untuk buat semua aktiviti kat sana termasuk shopping,hotel dengan makanan?
2)Macam mana dengan harga tiket flight ke sana?
3)Berapa harga Nikon warna marron yang akak beli untuk kawan akak tu dalam RM?
Harap akak sudi jawab ye! Thanks! :P

Safiyya Ulfah said...

Hello Ilmi Azman :)

1) yup akak bawak 60k Yen saje tapi cover entrance fee, trains, shoppings and makan minum. hotel bayar dari msia sbb booked online using agoda. :)

2) tiket flight kalau beli promo dapat rm 450 returns (Osaka), kalau tokyo mungkin sama harga tapi kena cari masa promo baru dapat harga murah :D

3) harga nikon tu kak safiyah dapat dalam rm770. its 50% cheaper than current price kat malaysia masa tarikh tu. skrg i think dah xde dah camera tu sbb kat sana sangat cepat kamajuannya. yang lama terus xde stok. huhuhu. :)

thats all. semoga membantu! :)

alinatasya said...

Hi Ulfah,

nak email boleh? nak tny pasal trip to japan.

Muhammad Khairuddin Lim said...

nice sharing

Melancong Ke Jepun said...

Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

Sila hubungi melalui :
Website : http://www.melancongkejepun.com/
Facebook : Melancong Ke Jepun
Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
Email : melancongkejepun@gmail.com

Ummi Afiqah Scarlett said...

Assalam dear safiyya, I am from Brunei, can u please email me your itinerary to my email umie236@gmail.com ? i'm planning to go japan sometime next year :) i appreciate much for your help. tq! :D

Dessert Inaraa said...

Dear saffiya boleh emailkan iternary di Japan utk rujukan akak... Tqvm zhafzahraa@yahoo.com