Assalam.
Semalam aku menghadiri 2 majlis kerian. pada sebelah pagi aku ke Nilai, megikuti rombongan famili untuk majlis pertunangan sepupu aku, Fahmi Hebat dan Kak Ekin. Selesai majlis, aku dan famili balik rumah untuk solat Zohor. Kemudian aku ikut abah dan umi aku untuk menghadiri Majlis Walimah anak teruna kawan abah aku.
Sesampainya aku di Taman Melati (tempat majlis) alangkah tenangnya aku berada di walimah itu. dipasangnya lagu2 yang berkonsepkan ketuhanan, selawat dan zikir. Rata-rata tetamu yang datang adalah dari golongan2 yang pada aku, mulia akhlaknya, sempurna penjagaan auratnya.
sedang aku, abah, umi dan kawan abah berada di meja makan bersama, maka abah dan kawan abah salling bertukar cerita perihal anak masing-masing. kebetulan anak kawan abah sebaya dengan aku(bukan pengantin, mungkin adik pengantin), dan pada masa yang sama, dia lalu depan aku. anak kawan abah tu perempuan. aku lihat dia, fuh! aku rasa nak menitiskan air mata serta merta. sebab dia terlalu cantik di mata aku. tapi aku tahan lalu aku teruskan makan nasi.
hari ini, sedang aku membuat misi membuang kawan2-di-fb-yang-aku-tak-kenali, aku tak delete terus. mestilah aku consider sape mutual friends dulu. tapi tadi, aku terjumpa rakan modelling aku dulu. subhanallah, berubah terus dia. berubah 720 degree dari zaman aku kenal dia dulu. menangis lagi. dan aku baru tahu, rakan aku itu sudah berkahwin dan kini hamil 5 bulan, juga kini menetap di luar Malaysia. Allah! lama sugguh aku tidak jenguk fb dia. sobs. :'(
aku ingin berubah. menjadi seperti 2 orang yang aku sebut di atas. sedikit-demi sedikit, aku mahu berubah. ya berubah. Allah, tetapkanlah pendirianku. jauhi aku dari sifat tabarruj yang melampau-lampau. *menangis*
p/s : sahabat aku pesan, jangan main2 dengan niqab. once pakai, pakailah untuk hari-hari seterusnya. jangan pakai niqab untuk berfesyen. tak baik.
Sunday, February 10, 2013
Friday, January 18, 2013
2013 : First Entry
Assalamualaikum. salam tahun baru semua. :) its been so long i didn't write here. hi blogspot. hmm. 2012 banyak meninggalkan kenangan manis, pahit, deraian air mata, dan macam2 lagi. alhamdulillah, penutupan 2012 juga ditinggalkan dengan satu kenangan yang cukup indah. alhamdulillah syukur atas keizinan-Nya utuk mengecapi segala nikmat dari-Nya. :)
2 hari lepas aku selesai menghadapi peperiksaan akhir semester. insyaAllah, aku akan melagkah lagi kesana untuk mengambil jubah konvokesyen dan status aku bertukar dari seorang pelajar yang akan menceburkan diri ke dunia pekerjaan. insyaAllah.
banyak lagi cerita yang aku nak sampaikan. cerita berserta ilmu, pesanan dan perkongsian untuk sesiapa yang sudi membaca. entry ni saja aku update untuk panaskan engine. hehehe. till next time then. bye!
2 hari lepas aku selesai menghadapi peperiksaan akhir semester. insyaAllah, aku akan melagkah lagi kesana untuk mengambil jubah konvokesyen dan status aku bertukar dari seorang pelajar yang akan menceburkan diri ke dunia pekerjaan. insyaAllah.
banyak lagi cerita yang aku nak sampaikan. cerita berserta ilmu, pesanan dan perkongsian untuk sesiapa yang sudi membaca. entry ni saja aku update untuk panaskan engine. hehehe. till next time then. bye!
Thursday, December 20, 2012
kawan chipsmore
kita boleh nampak siapa kawan kita bila kita dalam kesusahan. bila senang sikit, suruh belanja makan, open table. tak kenal pun boleh mintak. time2 aku sedih, kematian insan tersayang, as in my uncle, org paling rapat dengan aku pun tak de ucap takziah, call apatah lagi. so, now i know sapa permata, sapa kaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)