Sunday, January 5, 2014

Edisi Travel : 9 Hari Ke Jepun, Nov-Dec 2013 & beberapa tips penting

Assalamualaikum. :)





alhamdulillah.selamat sudah mengembara ke negara yang sangat sopan santun, paling lemah lembut, paling bersih, paling menjaga adab dengan orang lain, paling menghormati masyarakat sekeliling, dan paling maju di dunia. (as far as i concerned) alhamdulillah, atas izin Allah aku ke sana untuk melawat dan melihat ciptaan Allah yang maha Agung di sana selama 9 hari bersama travel partners. alhamdulillah juga dipertemukan dengan sahabat2 yang kaki melancong. perjalanan sangat2 lah dipermudahkan. dan semua orang happy dan sedih tinggalkan jepun. sobs.



Tiket
pembelian tiket menerusi Air Asia adalah 5 bulan sebelum penerbangan dan pada masa itu ada promosi Buy 1 Get 1 Free Seat. kalau ada promosi lagi murah, better buy early! hehe




Visa
berkenaan dengan visa, jangan risau sebab bermula julai 2013, Japan dah longgarkan sikit kepada rakyat malaysia (dan negara-negara lain aku pun lupe negara mana) boleh mengunjungi jepun TANPA visa. :D so x payah ada duit 6 ribu dan ke atas dalam akaun bank dan buat visa. yeayy! masa tu aku lah manusia paling happy sebab aku kerja freelance sajaaaa. xcukup duit. :P




Passport
passport macam biasa, pastikan 6 bulan sebelum tarikh tamat. kes ni aku kena highlightkan jugak sebab one of my travel partner tak cukup 5 hari untuk sampai 6 bulan. nasib baik nego baik2, lepas jugak naik flight. tq Ya Allah kerana permudahkan urusan. :D




Currency
kat jepun dia guna mata wang Yen, di mana, 1000 yen = RM31.45. yang ni paling murah aku tuka. dekat mid valley sebelah kiosk kedai kopi san francissco. apa2 pun aku kasi tips, kat mid ni kedai kat sebelah kepsi pun murah, sebelah lagi satu pun murah (kedai currency sederet dia jugak). untuk pengetahuan, duit yen ni duit kertas dia available untuk 1000 yen, 10 000 yen dan 100 000 yen sahaja. yang lain, syiling! bayangkan 1000 yen (rm15.++) dalam syiling je. tapi duk sana macam duit singgit plsss. adoi. T_____T aku tuka haritu dalam 60 000yen. alhamdulillah, utk 9 hari duk sane, lepas sangat sbb aku siap shopping sewa kereta etc etc. :D





Train
this is the MOST IMPORTANT THING  i want to highlight sebab, nak pegi mana2 kat jepun ni memang mudah yang sangat sebab jepun ni adalah negara yang ada network train terbesar di dunia. tapi nak pegi mana2 pun, make sure dulu tempat kat mana, then study train betul2. basically train kat jepun ni ade banyak. ada banyak train colour2. merah, hijau, kuning, oren dan lain2. so before pegi, aku sarankan pakai google maps sebab google maps ni bagitahu  the exect train that you have to take to go to your destination.




Places
tempat yang kitorang cover masa kat sana  adalah tokyo dan mount fuji. so, kami stay di asakusa, jalan2 sky tree, akihabara (syurga games n electronic) koishikawa kurakoen, harajuku, shibuya cross(yang fast & furious tu) ,disneyland, disneyseas, mount fuji, fujikyu highland, odaiba, dan lain2 nanti aku update yer. sebab hari2 aku duk sana semua terisi dengan aktiviti.




Makanan
makanan yang kami bawak ke sane kebanyakannya makanan dalam tin, macam biase lah, ayam kurma adabi, tuna in tin, dan segala jenis makanan tin lah. aku bawak jugak bubur 3 in 1 tapi hampeh x sedap. haha. dan juga tak dilupakan, megi 2 peket tapi tak habis. so nasihat aku, x payah la bawak  segala macam jenis makanan sebab berat bag je. aku syorkan korang bawak roti berbuku-buku dan sabwich spread je. senang nak bawak bekal jalan2 boleh makan save duit xpayah beli makanan kat sana. dan jugak kalau nak bawak megi, aku sarankan bawak megi goreng, boleh bawak bekal makan tepi2 garden. hehe. tapi itulah sebab aku ni melayu, end up cari nasik jugak. jangan risau, kat japan ada family mart, and kat situ dia jual nasi kosong yang dah masak dalam 100yen je (approximately rm3) tapi banyak la jugak. tapi kalau rasa nak nasi dengan lauk, aku sarankan beli nasi kebab sebab nasi dia dah ada dengan lauk ayam yang dijamin kehalalannye sebab yang jual kat situ orang arab-turki macam tu. jangan risau, ada tag halal jugak dekat situ. :) aku cuba jugak makan takoyaki sana. sedappp weh! aku makan jugak crepe kat sana. aku makan ceaser salad crepe. hehe. halal dan sedap!





Adab
duk kat sana, kalau nak tanya mereka, mulakanlah dengan "sumimasen" lepas tu nak speaking pun, speaking la hgopefully dorang faham lah kaan. :P lepas dapat jawapan tu mohon lah ucapkanlah "arigato gozaimasu" pastu senyum. sebab orang sana sangatlah ramah dan baik aku pun cair weh duk sana rasa macam vvip sangat. :D tapi kan, dorang tak faham sangat english. huhu. so siap sedialah untuk buat body language agar mereka faham apa yang kamu ingin sampaikan. ehe




Pakaian
sebab aku pegi musim autumn to winter, suhu semestinya sejuk. 10 darjah celcius siang, malam nya lagi sejuk lah kan. bawak lah jacket untuk winter, baju tebal, long john, mafla, kasut boot sejuk tu, dan sarung tangan. dinasihatkan sangat untuk pakai stokin dan kasut yang selesa sebab kat sana banyak jalan kaki. beli lah kasut yang tahan sejuk. :D




Masa, Waktu Solat dan Tempat Solat
kat sana waktu dia subuh pukul 3-4 pagi macam tu, zohor pukul 11, asar pukul 3, maghrib pukul 5 dan isyak pukul 7. so alert lah dengan waktu2 solat yer. tempat solat pula, tak ada specific place sebab kat sana surau xde. so solat lah di tempat yang yakin bersih je dan bawak lah air masak dalam botol supaya senang sikit nak amik air sembahyang. solat lah di mana2 sebab jangan risau, orang jepun ni tak jakun tengok orang solat. dorang ignore je so feel free dan khusyuklah dalam solat. ;D




Signboard
kat japan, signboard semua dalam tulisan rumi. train station pun ada dalam English, and japanese. peta lokasi pun juga disediakan di airport. amik je semua dalam bahasa inggeris. jangan risau. semua tempat ada bahasa inggeris cuma buku komik ke, majalah ke, semua bahasa jepun. hehehe




so aku rasa cukup lah kot untuk persediaan nak pergi jepun. later aku update gambar2 di sana yer. hehehe.


tata! sambung balik nanti. hihii


Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

assalamualaikum



sebab aku kerja kat UM, so wilayah UM pun tak bercuti untuk menyambut Hari Keputeraan Sultan Selangor. maka aku sengaja buat cuti peristiwa sendiri untuk meyambut hari yang berbahagia ini. propa please. :P saja update blog sebab untuk peringatan tarikh ni sahaja. hehehe okeylah masa untuk kemas katil, wake up and sleep again because today is my holiday. XD tadaa!

Saturday, October 26, 2013

Wisdom Tooth Removal / Pembedahan Kecil Gigi Bongsu

Assalamualaikum




semalam, aku telah menempuhi satu pembedahan kecil untuk membuang gigi bongsu aku yang tumbuh secara melintang dalam gusi. dan keadaan itu adalah tidak normal sebab nya gigi biasa akan tumbuh menegak.









jika diperhatikan daripada gambar tersebut, gigi bongsu pada gambar sebelah kanan tumbuh dalam gusi dan melintang. oleh sebab itulah aku dinasihatkan untuk membuang gigi tersebut sebab gigi tu x function sangat pun kalau nak kunyah2. lagi satu sebab kalau kunyah2 makanan, so leftover makanan akan terlekat pada gigi tu dan akan affect kepada karies gigi yang mana akan membuatkan gigi kita akan jadi tak cantik dan hmm busuk kalau kita tiada penjagaan gigi dengan baik. 





so far, bila aku upload gambar xray ni pada instagram aku, ramai yang komen tentang kesakitan yang aku alami. tapi sebenarnya, there is no such pain. x sakit langsung tapi biasalah bila gigi macam tu, makanan asyik tersekat kat situ kadang2 gusi pun membengkak. sakit tu tak cuma x selesa dengan keadaan gusi yang membengkak.tapi doktor kata x bengkak pun. mungkin perasaan aku je yang ada rasa x selesa dengan gusi yang swollen tu. huhu.





semalam, aku diberitahu bahawa gigi yang sepatutnya dicabut adalah gigi yang hujung tapi menegak sikit (boleh refer gambar balik) aku redha pada mulanya tapi bila nampak kapten dr. sophia, (doktor pakar aka post grad student) datang, aku insisted jugak nak buang gigi melintang tu sebab rasa swollen tu dah banyak kali.





untuk buang gigi bongsu tu bukanlah mudah ye adik kakak tuan puan, sebab nak kena tengok kedudukan gigi adakah dekat dengan nerve atau tidak. memandangkan xray aku adalah 2D, maka tidak berapa jelas dengan kedudukan gigi tu adakan terkena pada nerve atau pun jauh ke, terletak atas nerve ke, haa. sebabnya, risiko sangatlah tinggi jika terpotong nerve tu, maka mungkin kita akan rasa kebas, x rasa apa2 pada gusi tu selama-lamaya, mungkin deria rasa pada lidah kita akan hilang, etc etc (apa yang aku ingat doktor bagitahu semalam/ explain kat aku). selepas itu aku disarankan untuk buat 3D xray yang aku lupa term dental apa dia. huhu. 





lepas 3D scan/xray, doktor sophia cakap, gigi melintang lagi senang untuk buang sebab akar gigi tu agak jauh dengan nerve (saraf) kat mulut tu. aku terus setuju untuk buang gigi melintang tu rather dari gigi menegak sebab yg menegak hujung lagi satu tu, akar dia ke bawah, dan nerve tu betul2 bawah akar tu. high risk jugak untuk buang gigi tu. sobs. but in a meantime, aku xde masalah dengan gigi tu. doktor cakap, kalau x usik gigi tu pun takpe tapi rajinkan diri untuk bersihkan gigi tu. so, doktor sophia proceed dengan gigi melintang tu. hehehe. yeay!





disebabkan gigi melintang tu memang doktor pakar yang kene buat, maka bakal2 doktor gigi hanya tolong sahaja. kalau lah gigi aku yg menegak tu dicabut, doktor pakar yang pantau, bakal-bakal doktor yang buat pembedahan. haaa gitu. alhamdulillah, aku berpeluang untuk buang gigi mendatar tu tanpa membuat temu janji. dipermudahkan sangat segala urusan semalam. :D





semalam aku kene 3 injection bius, muka separuh kebas, lepas tu masuk bilik bedah, aku baring kat kerusi. doktor letak kain atas badan aku lepas tu doktor tutup mata aku dengan kain. memang tak nampak apa2 pun cuba denga jela apa yang doktor bagi arahan etc etc. yang aku bayangkan, gigi bongsu dicabut macam tarik macam tu je. ceh, ingat lembut ke ape? huhu. rupanya, ada sesi potong gigi part by part sebab gigi aku ni tertanam dalam gusi dan untuk elakkan banyak darah, dia potong gigi tu sikit2 dan keluarkan satu demi satu. yang seramnya aku diberitahu oleh doktor, "patient, kejap lagi ade bunyi gerudi2 sikit sebab nak potong gigi" .aku bukak mulut besar2, lepas tu doktor kasi satu benda untuk aku gigit kat sebelah kanan (sebab aku bedah belah kiri) masa tu aku redha je doktor gerudi gigi aku macam tengah bina klcc dalam mulut. selesai keluarkan gigi, doktor jahit sikit kat gusi tu. alhamdulillah tak rasa apa-apa sebab dah kene bius kan. Tapiiii, bius tu hanya kekal selama 2 jam je. lepas 2 jam tu sangatlah azab kesakitan mulut tu. T________T tapi aku steady jelah sebab sakit2 pun kena la hadap hadap jugak ye dak? hihi. aku anggapkan kesakitan tu sebagai nikmat sakit yang kadang-kadang perlu kita rasai. hehe




aku dinasihatkan untuk minum benda yang sejuk dan berais supaya dapat memberhentikan pendarahan dengan cepat. lepas tu x boleh makan panas, keras2, sebab takut jahitan tu terbukak balik n rahang terganggu ke, kan?lepas tu doktor pesan makan lah ais krim dan jugak tuam dengan ais kat bahagian bengkak tu. oh ya, lupa nak cakap,  lepas surgery tu kan, sebelah pipi kita akan bengkak. tuamlah ais plss. doktor jugak kasi ubat painkiller (pinston) dengan panadol (500g) n antibiotic. :) so end of the surgery. :D






alhamdulillah, minor surgery for wisdom tooth removal berjalan dengan lancar. syukur alhamdulillah sebab menjadi student um dan terpilih jadi candidate untuk undergrad dental student (final year) dan post grad dental student (for so many years) sebab removal for wisdom tooth tu tiada bayaran dikenakan. kalau tak mahu kena belanja sebanyak rm500-800 satu cabutan. x masuk xray lagi(rm150), xray 3d lagi (rm200). syukur sangat3. :D sebelum-sebelum ni pun, banyak kali dah buat treatment filling pun x dikenakan sebarang bayaran. hihihi. untung rasa jadi pelajar terpilih untuk bahagian klinikan student dental. :D i am very happy. i save a lot of money and get treatments for free. yeayyy!





kepada siapa2 yang nak buang gigi bongsu tu, haa ni lah serba sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama. harap membantu kalian semua. tata! :D