Friday, October 24, 2014

Post Engagement : Perancangan Untuk Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)



after a long hiatus, being busy with my workloads, finally yeay! i have time to update my blog and happily to share my experiences with all readers. without wasting time, let's start now!



Bila Majlisnya?
2 minggu selepas majlis pertunangan saya,sekitar akhir bulan 12, seriously takda checklist apa yang perlu buat lepas tu. tarikh nikah kahwin pun hanya pada tahun, 2014. lain2 kelaut wei. tak tahu nak buat bila sebab adik ada yang akan berperang dengan SPM. cadangnya nak buat bulan 8 atau bulan 9. tapi rasa x sedap hati, biasa lah, kalau asrama penuh ni bukan boleh senang-senang nak balik sebab kakak kahwin. finally decided, after SPM. bulan berapa, tunggu tempat kat mana. hehe




Lokasi Majlis
mula la fikir-fikir nak buat majlis kat mana. dewan ke, rumah. actually, memang sebulat hati rasa nak buat kat dewan sebab kawasan rumah ni kalau buat mesti traffic jam. hehe. walaupun perumahan sunyi tapi hujung minggu ni para kejiranan ni agak meriah. most of jiran-jiran banyak buat private event hujung minggu. lebih kepada takmau rasa terganggu, maka, dewan lah tempat majlis. dewan mana? haaaa tu betul-betul kosong. takdak idea tapi dengan harapan dapat book dewan dekat dengan rumah. hehe




Outdoor / Indoor?
so bila nak buat majlis bukan di kediaman sendiri, maka ada 2 option, samada, indoor atau outdoor. indoor cantik, outdoor pun cantik. tapi dia-dua ada pro and cons. kalau buat kat outdoor, of course lah nampak menarik tapi cons adalah cuaca. IF let say kena hari hujan, nanti tak ramai jemputan datang. kalau indoor pulak, selamat dari sebarang cuaca. :) so, saya memilih indoor iaitu dewan sebagai tempat perkahwinan! :D




Dengan Siapa Nak Tempah Pelamin?
bila dah fikir nak buat kat dewan, kena buat pemilihan dah sape yang kita percaya utk hias pelamin n hantaran semua tu. without any hesitate, i choose Wedding Galore lagi sebab pelamin dia cantik and fresh looked yet affordable! :D




Lain-Lain
lain-lain hal memang tak fikir langsung lagi sebab nak settle perkara yang menjadi 'tapak' dulu. warna tema, baju family, baju dewi2, hantaran dan lain2 memang out. tunggu lain hari nak kena fikir. hehe.




in short, what you have to do after your engagement is, cuba settlekan dulu tempat dan tarikh perkahwinan sebab kalau majlis di selangor/kl/putrajaya, DEWAN mestilah TEMPAH SETAHUN AWAL sebab orang kat kl/selangor/putrajaya ni laju benar book dewan. kalau majlis nak buat kat rumah, then it's okey. tapi, kena survey dah vendor mana yang berpatutan dan cantik dan murah! MURAH, itu yang paling penting! :D



ok that's all. later will update detail on dewan. :D

Sunday, August 3, 2014

Edisi Majlis Pertunangan Izzat & Safiyah | Checklist & Preparation |


Assalamualaikum..


PROLOG :
Alhamdulillah, its been a year we've known each other and with Allah's bless, may the seeds of love will grow beautifully towards the end of this year, and forever and ever insyaAllah. :')


hehe. alhamdulillah, menjadi tunangan kepada seseorang yang x pernah terlintas dek fikiran akal ini adalah satu rahmat dari Allah yang cukup bermakna dalam hidup ini. dengan izin Allah, restu umi abah dan juga mak abah, alhamdulillah, Majlis Pertunangan kami terlah berlangsung secara kecil-kecilan di teratak keluarga saya pada 14 Disember 2013 yang lalu. :)



Preparation untuk majlis ni kami berdua dan families masing2 bertindak lima bulan sebelum majlis sebab takut buat last minit preparation nanti full/mahal/ etc. banyak risiko kalau last minit planning ni sebenarnya. sebab kami semua masing anak sulung, takda idea nak mula dari mana, so kami mulakan dengan busana/pelamin dulu :D



MINI PELAMIN & BUSANA

| WEDDING GALORE, Bandar Baru Bangi |


Majlis Pertunangan ni saya guna mini pelamin sahaja tapi hasilnya fuhhh macam mini pelamin nikah pulak rasa XD alhamdulillah puas hati dengan all decorations, lightings and setup. Pencarian vendor untuk Mini Pelamin ni agak mencabar sebab banyak vendor yang main-main dengan harga yang murah dan cantik2 design nye.  mahupun begitu, saya dan family dan juga tunang sebulat suara untuk mengambil Wedding Galore sebab harganya berpatutan dan design memang up-to-date! 







Manakala untuk busana pula, pada mulanya nak amik warna tiffany blue/green, tapi sebab masa tu ramai sangat yang pakai warna tiffany blue, so saya tukar warna peachy pink. :) baju tu sebenarnya besar tapi boleh alter untuk fit saya pakai, no problem at all. :) pemilihan baju di Wedding Galore ni unlimited. nak baju cantik ke, meriah macam bersanding ke, it's up to your taste and choice. and finalize untuk pilih baju adalah sebulan sebelum majlis sebab kot2 la nak alter mana2 tempat ke, kan? busana ni juga disertai dengan tudung dan veil. tapi saya guna shawl sendiri (Radiusite Smalties) sebab tudung yang dia kasi adalah tudung sudu (tudung sarung) tak kena pulak dengan si pemakainya :P below are the pictures of my favorite dress during my engagement day :) have a look!









CATERING

| BIG ONION FOOD CATERER, Kuala Lumpur |


Untuk catering pula, saya buat research dan juga amik pengalaman kenduri2 lepas untuk di pilih menjadi caterer di majlis manis saya. Selepas berbincang dengan keluarga,  kami semua setuju untuk memilih  Western Cocktail buffet dari Big Onion sebab xnak menu berat sangat, xnk juga menu light sangat so sederhana2 tapi banyak :D semua dapat merasa. alhamdulillah puas hati dan sangat sedap as expected! :D



Menu yang saya ambil hanyalah untuk 60 pax dan menu juga adalah Cocktail Buffet . senarai menu adalah seperti di bawah : 


Fresh Rainbow Garden  Salad served with Roasted Sesame Seed Dressing
Saute Spaghetti with Alio Olio Style
Breaded Prawn with American Sauce
Spinach Quiches
Tuna & Egg Mayo Finger Sandwiches
Skewer Chipolata with Black Pepper Sauce
Mini Sliced American Chocolate Cake
Boston Marble Cheese Cake
Tropical Fruit Punch
Coffee & Tea


saya sendiri x sempat merasa beberapa menu sebab sepantas kilat habis hahaha. saya sempat rasa spinach quiches, spaghetti dengan salad je. menu lain, licin. haha. alhamdulillah, tetamu semua suka menu walaupun simple saje. :D



tak sangka pula on that date tu ada majlis AIM kat bukit jalil. so my caterer ni juga official caterer untuk  Majlis Hi Tea AIM 2013 masa tu. dorang kemas cepat2 terus ke bukit jalil. waaaa masa tu macam tak percaya sebab client dorang pun bukan calang2 company! :D takdak foto pulak sebab masing2 busy duk dalam bilik n layan tetamu yang datang. hihi





 HANTARAN

| Topet Hussin, Bangi |

Hantaran kami decided buat 5 dulang berbalas 7 dulang. :) gubahan bunga hantaran pula saya guna fresh flowers (rose / poppy / bunga kecil2) mengikut warna pilihan sendiri. hantaran untuk kedua-dua belah pihak ni kami tempah satu tempat sebab masing2 based di Selangor / KL. cuma family Izzat dari Kedah. lepas siap gubahan hantaran, saya minta Izzat ambil di rumah untuk izzat bawa ke rumah pihak lelaki. hehehe.



Basically hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki adalah 7 sahaja iaitu :

Kek
Kain Pasang + Sampin
Sireh Junjung
Buah assorted of berries
Set Biskut, Teh, Jem by Crabtree & Everlyn
Skincare for Men
Jam Tangan Hijrah

Hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan pula ialah :

Cincin
Kain Pasang
Siren Junjung
Jam
Skincare for Woman 



barang2 di atas beli masa tengah sales! so penjimatan yang sangat berpatutan xde la banyak sangat keluar duit almaklumlah masa ni saya baru start kerja :P







 DOORGIFT  

| Jam Dinding IKEA & Pop-up Cake |

Doorgift yang saya bagi kepada tetamu ialah Jam Dinding IKEA, bukan untuk semua tapi setiap family saya kasi satu je. pening juga nak bagi door gift ni sebab nak bagi sesuatu yang berguna tapi murah dan  yang betul betul berguna! bila bagi jam ni boleh la gantung kat rumah guna letak mana2 yang patut ke kan? hihi jam ni masa tengah happy hour kat ikea so dapatlah harga yang tak terjangka-kan.  decoration untuk door gift pula kami buat DIY je. guna ribbon, plat dengan printed sticker sahaja. :D 



Pop - up cake juga door gift untuk kanak2. saya tempah dengan jiran saya je sebab dia pakar buat kek n kek dia sedapp! :D pop up cake ni saya buat perisa red velvet. pop up cake ni cara dia kalau nak makan, just tolak je pemegang dia lepas tu boleh la makan! :D hihi


























PHOTOGRAPHER 

| Azrianna Photoghraphy |


keputusan last minit nak ambil photographer adalah sesuatu yang tidak mengecewakan malah saya sangatlah berpuas hati dengan artwork, angle dan editing dari beliau, Azrianna. saya ni cerewet nak ambil photoghrapher sebenarnya sebab kalau boleh nak photographer perempuan. alhamdulillah senang bekerja dengan azrianna. muda sangat beliau ni. :D album pun dapat cepat je. within 2 weeks dah boleh dapat dah siap bagi USB free unlimited shot kot. dapat jugak bag azrianna cantik ui! :D



so gambar2 di bawah adalah seliaan Azrianna Photography. enjoy!
































































sekian saja edisi Majlis pertunangan saya. :) tata! 

Monday, March 3, 2014

Edisi Travel Ke Jepun : Tempat-Tempat Yang Di Lawati dan Tips-Tips Penting Part Akhir

Assalamualaikum…



dari Mt Fuji, kami kembali ke kota Tokyo. kami kembali ke hotel yang kami tumpang letak luggage haritu, di Fresa Inn, Sotetsu. kami dari Mt Fuji tak makan apa2 lagi so kami singgah ke shopping mall berdekatan dan membeli 2 kotak donat Krispe Creme. lepas tu kami beli lagi sekotak sorang Takoyaki. almaklumlah, perut melayu. nak jugak benda2 masin yang mengenyangkan. lagi2 aku ni ha. menangis kalau tak dapat nasi. :P oh sebelum terlupa, kami stay di K'House semasa berada di fuji. di sana, biliknya sangat nyaman dan kami kene belajar macam mana nak tido cara jepun. nasib baik rummet aku, danya ni sempoi orangnya. bentang tilam tido je. wahaha XD



lepas check out dari Fresa Inn, kami terus ke airport untuk letak luggages/bags, sebab malas nk ke hulur-kehilir bawak luggage jalan2. so kami temporary letak luggages kat airport tu 500 yen je per day. selamat dan sangat secure.  kami terus amik train, ke odaiba! :D



Gundam Statue

Admission fees : Free

sememangnya gundam statue ni satu landmark yang sangat popular di Jepun dan letaknya di odaiba. gundam (cara sebut dia, gan-dem) ni dibina 1cm : 1cm dengan robot asal. so memanglaaaaa tinggi bebenor robot ni depan2 shopping mall pulak tu. hehehe. so i am proudly to be here. wheee











Madamme Tussauds Tokyo


Entrance Fees : RM43 (sebab beli online. :P)

okey. tempat ni adalah museum orang lilin yang dorang buat saiz asal selebriti2,  politicians2, sportsmen/women, artis yang terkenal di seluruh dunia. 1st time aku masuk lif kat sini, aku nampak bruce willis! wow! kat sini aku posing semua jadi best friend aku. hahaha. menempek jela kerja nye laa? :P
























Trick Eye Museum


Entrance Fees :  900 yen

kat sini museum ni ala2 musem kat icity tu (aku pun tak pernah pegi tapi geng2 travel aku cakap macam tu) hehe. banyak la benda yang aku rasa wohooo! tricky sangat. tapi silap aku pakai baju fishtail  , stokin kuning, jeans oren. nampak tak color block aku tu. hahaha. nampak macam… err. hahaha. so lets see what's inside!


















Takoyaki Museum

kami lunch di sini! tempat ni dalam bangunan yang sama dengan Madamme Tussauds dan Trick Eye Museum tu. kat sini semua jual tako. hehehe. nikmatnya makan tako macam makan nasi kat malaysia. overrrr! kesian kan aku sebab xde nasi. makan sajelah cucur jepun tu. 400 yen sajo. (rm12) sedap juga. ittadakimasu! :D







Statue Of Liberty Replica

Statue of Liberty Replica ni hanyalah di tepi jalan sahaja. freee boleh amik gambar dengan tenang. hehehehe









Rainbow Bridge.


this is the very last place that we had visited last time. masa ni rasa sedih sangat sebab dah nak tinggalkan japan yang sangat lain budayanya, cuacanya, dan dan budi bahasa paling best, teknologi high class bagi aku. okey, meh aku kasi gambar kenagan untuk di abadikan sepanjang berada di odaiba. :')










tamat sudah perjalanan kami ke jepun. kami terus ke airport sebab flight kami ke malaysia adalah pada pukul 12 tengah malam. kenangan aku semasa berada di jepun adalah kenangan yang sangat manis. geng2 travel aku semua sangat sporting. sangat happening. xde drama2 masam muka. hehe. rindu kau la danyaaaaa! rindu pillow talk malam2. aku xpernah kenal danya before this. tapi aku tahu dia seorang traveller yang hebat juga. ;') danya, jom jalan lagi? hihi

mari kumpul duit nak pergi lagi! ke osaka pula kita yuk? XD




p/s : next, engagement pula! :D hehe