dari Mt Fuji, kami kembali ke kota Tokyo. kami kembali ke hotel yang kami tumpang letak luggage haritu, di Fresa Inn, Sotetsu. kami dari Mt Fuji tak makan apa2 lagi so kami singgah ke shopping mall berdekatan dan membeli 2 kotak donat Krispe Creme. lepas tu kami beli lagi sekotak sorang Takoyaki. almaklumlah, perut melayu. nak jugak benda2 masin yang mengenyangkan. lagi2 aku ni ha. menangis kalau tak dapat nasi. :P oh sebelum terlupa, kami stay di K'House semasa berada di fuji. di sana, biliknya sangat nyaman dan kami kene belajar macam mana nak tido cara jepun. nasib baik rummet aku, danya ni sempoi orangnya. bentang tilam tido je. wahaha XD
lepas check out dari Fresa Inn, kami terus ke airport untuk letak luggages/bags, sebab malas nk ke hulur-kehilir bawak luggage jalan2. so kami temporary letak luggages kat airport tu 500 yen je per day. selamat dan sangat secure. kami terus amik train, ke odaiba! :D
Gundam Statue
Admission fees : Free
sememangnya gundam statue ni satu landmark yang sangat popular di Jepun dan letaknya di odaiba. gundam (cara sebut dia, gan-dem) ni dibina 1cm : 1cm dengan robot asal. so memanglaaaaa tinggi bebenor robot ni depan2 shopping mall pulak tu. hehehe. so i am proudly to be here. wheee
Madamme Tussauds Tokyo
Entrance Fees : RM43 (sebab beli online. :P)
okey. tempat ni adalah museum orang lilin yang dorang buat saiz asal selebriti2, politicians2, sportsmen/women, artis yang terkenal di seluruh dunia. 1st time aku masuk lif kat sini, aku nampak bruce willis! wow! kat sini aku posing semua jadi best friend aku. hahaha. menempek jela kerja nye laa? :P
Trick Eye Museum
Entrance Fees : 900 yen
kat sini museum ni ala2 musem kat icity tu (aku pun tak pernah pegi tapi geng2 travel aku cakap macam tu) hehe. banyak la benda yang aku rasa wohooo! tricky sangat. tapi silap aku pakai baju fishtail , stokin kuning, jeans oren. nampak tak color block aku tu. hahaha. nampak macam… err. hahaha. so lets see what's inside!
Takoyaki Museum
kami lunch di sini! tempat ni dalam bangunan yang sama dengan Madamme Tussauds dan Trick Eye Museum tu. kat sini semua jual tako. hehehe. nikmatnya makan tako macam makan nasi kat malaysia. overrrr! kesian kan aku sebab xde nasi. makan sajelah cucur jepun tu. 400 yen sajo. (rm12) sedap juga. ittadakimasu! :D
Statue Of Liberty Replica
Statue of Liberty Replica ni hanyalah di tepi jalan sahaja. freee boleh amik gambar dengan tenang. hehehehe
Rainbow Bridge.
this is the very last place that we had visited last time. masa ni rasa sedih sangat sebab dah nak tinggalkan japan yang sangat lain budayanya, cuacanya, dan dan budi bahasa paling best, teknologi high class bagi aku. okey, meh aku kasi gambar kenagan untuk di abadikan sepanjang berada di odaiba. :')
tamat sudah perjalanan kami ke jepun. kami terus ke airport sebab flight kami ke malaysia adalah pada pukul 12 tengah malam. kenangan aku semasa berada di jepun adalah kenangan yang sangat manis. geng2 travel aku semua sangat sporting. sangat happening. xde drama2 masam muka. hehe. rindu kau la danyaaaaa! rindu pillow talk malam2. aku xpernah kenal danya before this. tapi aku tahu dia seorang traveller yang hebat juga. ;') danya, jom jalan lagi? hihi
mari kumpul duit nak pergi lagi! ke osaka pula kita yuk? XD
p/s : next, engagement pula! :D hehe