Friday, June 8, 2012

Ragam Peniaga dan Pembeli

Assalamualaikum



semalam pergi library dengan nani, my ex-roomate. nani study kontrak muamalat. sy belajar environmental management system. lepas tiga jam kemudian, barulah kami bersuara.



"nani, aku nak tanye la. kebetulan kau belajar pasal muamalat la kan. macam ni, kalau kita beli online, contohnya beli kerepek. dia kata, sekilo harga dia RM35. beli 3 kilo, RM100. tapi bila sampai rumah, kerepek tu x cukup 180gram. macam mana eh nani?"


"tak patut buat macam tu sebab dah deal akad jual beli dengan kilo. boleh claim lagi 180 gram kat orang tu. kalau dia x bagi juga, maka akad jual beli tu tak sah." -end-


"lagi satu kes. orang tu beli barang online. bila dah total, amaun total tu x transfer ikut atm cash deposit. lepas tu minta kurang. macam mane tu?"


"laaa. mane boleh macam tu. macam-macam mana pun kene bayar la. beratur pun boleh. kene la consider orang yang berniaga."


"tu la. aku pun kalau beli barang online, kalau total dia RM31, lepas tu invois dia pun tulis kat situ RM31 aku bayar ikut total dalam invois tu. kene beratur pun, beratur la. dah sebab kita beli dengan dia. kene la ikut. amboi2, mentang2 kenal, banyak songeh plak. weh, lagi satu nak tanya ni. dia beli barang online,  dah terang-terang harga dekat situ berapa. lepas tu kat Term and Condition, barang yang dijual x termasuk harga postage lagi. lepas hantar invois (letak skali harga postage), dia cakap xnak postage. tapi bila dah hantar barang, dia bagi duit tak cukup. soalannya, sah tak akad jual beli tu?"


"eh, dia terlupa kot. eh, tapi tak mungkin lah. harga dah stated, invois dah bagi, so kau mintak je la. haha. tapi hukum jual beli tu tak sah la sebab dah setuju xde postage, so dah kurang harga tu dah betul. tapi dia bayar harga kurang dari harga yang sepatutnya tu, x betul la tu. hukum x sah ni bukan sebab dari peniaga je. pembeli pun sama. ingat tu yaya"-end-



the moral of the story is, nak beli barang dekat online, boleh. tapi kalau xboleh ikut terma dan syarat, xpayah beli la k? cuba cari online shop lain, yang kita boleh ikut terma dan syarat mereka. kalau tak boleh sangat, rajin-rajinkan diri untuk keluar beli dekat kedai yang tentu-tentu dapat harga murah. ke macam mana? :D



pernah jugak saya beli barang (dengan blogger artis), terma dan syarat dia, 1st come 1st served. tapi bila saya dah berjaya booking barang tu, tiba-tiba 20 minit kemudian, dah sold dekat orang lain. sebab apa, dia cakap sebab 1st paid 1st served. dalam masa 20 minit je boleh tukar terma dan syarat. masa tu saya xde online banking lagi, selalu beratur dekat bank. so tak boleh nak transfer via maybank2u. rasa kecewa  dan teraniaya jugak la sebagai pembeli.


lagi satu kes, kalau nak beli Quran. kalau kita tak setuju dengan harga yang kedai tu bagi, jangan minta kura, sebaiknya, cari dekat kedai orang lain yang harganya lebih berpatutan. sebab Quran ni kitab suci. hmm. saya terbaca pasal beli Quran ni dekat Wall Post Print Screen Ustaz Azhar Idrus. :)



last but not least, jual beli itu biarlah sah baik dari segi peniaga mahupun pembeli. biar lah kedua-dua pihak happy. kalau satu pihak tak happy, mesti ada something wrong somewhere. muhasabah diri sama-sama okey? sekian




p/s : nani, merangkap pelajar jurusan undang-undang syariah. itulah sebab saya tanya dia. kebetulan dia tengah study bab muamalat.

1 comment:

fatin adawiah said...

entry yg sgt bermanfaat..sy pun selalu beli online..thanx ats mklumat^^