Showing posts with label bertunang. Show all posts
Showing posts with label bertunang. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Tahun Baru Cina VS Kenduri

Assalam



Kemeriahan Tahun Baru Cina tahun ini seperti biasa lah kan dengan bunga api, dun dun cheng, limau mandarin dan warna merah. lagi meriah kali ni sebab PSY datang Penang, meraikan bersama-sama mereka yang merayakannya. so buat kawan-kawan chinese sy, terutamanya Geow Weeki, Happy Prosperous Chinese New Year! :)




ingatkan Chinese je yang meriah, melayu pun nak jugak meriah nye. meriah dengan kenduri kendara, kahwin mawin, majlis tunang dan majlis merisik. haha. sama naik je melayu  nak beraya, ye dak? sebab cuti yang agak lama, maka di kesempatan ini lah mereka ambil peluang untuk membuat majlis keraian. :)




alhamdulillah, ramai sahabat-sahabat seangkatan dah melagkah setapak, juga dua tapak ke hadapan. bukan sahabat je, cousins aku pun dah melangkah kehadapan. tahniah kepada fahmi, selamat bertunang dengan kak ekin, nurul asyikin, yang lebih muda 4 tahun dr aku, selamat diijab kabulkan dengan pasangannya dan juga nor mahani, juga selamat diijab kabulkan dengan pasangannya.




mungkin facebook adalah satu medium penyebaran yang pantas, di mana aku dapat mengetahui sahabat2 seangkatan denganku bertunang. tahniah bie, najah, tengku, najmiza, dan ramai lagi lah yang sudah menjadi suntingan orang. :') seriously im happy for you guys! hihi. yang berkahwin, tahniah buat akmal baharuddin dan nabihah kerana selamat dinikahkan. :)




doakan aku grad tahun ni. lepas grad, insyaAllah, aku juga mahu melangkah ke dunia baru, seperti kalian.tapi lepas grad tu tak tahulah hujung tahun ke, awal tahun depan ke, tengah bulan tahun depan ke, wallahualam. kalau ada jodoh, ada lah tu bila2. husnuzon dengan Allah, insyaAllah, kurniaan Allah itu ada hikmahnya, samada baik untuk dimanfaatkan, yang buruk, di ambil iktibarnya. kan? :) so again, cuti raya cina kali ini meriahnya dengan bunga api dan paluan kompang. ahah! sama naik je melayu nak jugak beraya. :P k bye!





Sunday, February 10, 2013

Fahmi Ekin : Selamat Bertunang!

Assalam



secara ringkasnya aku telah bercerita sedikit tentang apa yang berlaku semalam. jujur pada aku, majlis tunang yang aku hadiri semalam adalah ringkas tapi elegan. tentunya meriah dengan kehadiran adik beradik fahmi (semua cousin aku) yang ceria2, mak sedara yang comel dan bapak sedara yang sporting.




kali ini aku menjadi pemegang hantaran sireh junjung, di mana masa tu aku tak pakai lense, juga tak pakai spec. kena pulak berjalan paling depan. nasib baik tak jatuh sireh orang. selamat aku bawak sireh junjung masuk dalam rumah. hehe.




majlis bermula dengan wakil pihak lelaki benbincang dengan wakil pihak perempuan. lepas bincang, kak ekin pun keluar dari bilik. cantik sangat baju kak ekin warna royal yellow. kak ekin pun duduk di pelamin, lepastu acara sarung cincin pun berlagsung. alhamdlillah, majlis selesai kemudian majlis ditutup dengan doa. semoga dirahmati. :)  *ooh gitu rupenya majlis bertunang..*




jamuan yang sediakan adalah rare sebab pihak perempuan meyajikan kami nasi epal. nasi berwarna hijau sikit, dan ade epal hijau di dalamnya. sedappp! :D lauk gulai kambing, daging masak hitam, dan ayam goreng. alhamdulillah, kenyang. :D
























nasi epal. tu epal hijau. it was tasty!





my family





and my cousin's wifey. shawl bitu tu cousin. hekhek





 cakey in the jar. lagi satu rare. sedap!











happy in blue. hihi




till then. bye!