Showing posts with label isu-isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu-isu semasa. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Skaf & Sanggul.

Assalamualaikum. saya haritu pergi ke jualan ala-ala ekspo kat UM. dan saya terjumpa satu gerai tu jual shawls dan aksesori. sebab trend sekarang pakai shawl, saya pun berhenti sebab nk belek2 inner n shawls yang latest. haha. akhirnya saya jatuh cinta dengan satu inner yang bercorak abstrak. cantik! saya pun beli.





lepas sesi jual beli semua tu, akak tuh promote saya sanggul palsu. supaya kalau pakai shawl, nampak bonggol2 lagi cantik. ada 2 jenis sanggul yang dia jual. ada sanggul yang dalam bungkus kain nett tu. lagi satu memang rambut palsu tapi siap ada sepit rambut sebab nk suruh nampak rambut panjang.




saya hanya jadi pemerhati. bukan saya sahaja pelanggan di situ. tapi ramai yang berstatus mak-mak datin gitu yang jadi pelanggan lain. berebut-rebut beli sanggul palsu tu. ada yang cakap, kalau pakai baru nampak cantik.






dulu-dulu masa saya pergi shooting kat karangkraf tahun lepas, wartawan yang jaga saya dulu pernah bagitahu macam mana nak dapat sanggul tinggi-tinggi tu. ada client guna towel good morning n pulas2 sket, then letak kat inner, n pakai shawl.another ways is pakai je yang skaf (anak tudung) yang ade bunga kat belakang tuh. nampak besar sikit. tapi trend terbaru sekarang, sepit rambut yang dah sediakan bunga besar2 dekat belakang.






see, so many ways untuk orang nampak cantik bila memakai shawl. dan lantaran tiket untuk menutup aurat itulah, segala apa yang haram, dibolehkan. tetapi, adakah dengan pemakaian semau-benda-di-atas itu menghalalkan cara untuk menjaga aurat? tepuk dada tanya iman.





p/s  :  bukan isu sanggul je, bulu mata palsu pun sama. lepas ni kalau shooting mana-mana, kalau suruh pakai false lashes, saya kene tolak secara berhikmah. hmm

Tuesday, April 12, 2011

Pendapat Noraniza Idris Terhadap Miss Malaysia Pahang 2010.

Assalamualaikum


Dari petikan Harian Metro 10 April 2011, muka surat 11. Tajuk aritkel ialah :


Pertandingan Ratu Mak Nyah; Saya dijemput. Artis tidak gentar tanggapan negatif masyarakat.


Kuala Lumpur : "Kak Ani tidak takut berdepan tanggapan negatif masyarakat kerana menghadiri majlis itu kerana Kak Ani tahu apa yang Kak Ani buat," demikian kata Noraniza Idris mengulas penampilannya dalam satu pertandingan ratu cantik mak nyah.




Noraniza berkata, beliau dijemput mengadakan persempahan pada majlis berkenaan dan sedia maklum pertandingan itu disertai golongan mak nyah.




Katanya, pertandingan itu pernah diadakan di bandar sama tahun lalu tetapi tidak mengingati tarikhnya.




"Ya... memang kak ani dijemput membuat persembahan pada majlis itu dan Kak Ani tahu ia disertai golongan mak nyah," katanya yang tidak kisah dipandang serong atau dituduh menyokong golongan 'dua alam' terbabit kerana Allah yang tahu niat sebenar beliau berbuat demikian.




Beliau berkata, golongan itu juga makhluk  Tuhan, cuma naluri mereka berbeza.








"Tidak salah rasanya Kak Ani bergaul dengan mereka kerana kita sebagai manusia perlu saling mengasihi,justeru tidak timbul tanggapan Kak Ani menyokong kewujudan mereka. 




"Kita tidak sepatutnya memandang negatif golongan itu kerana mereka sendiri tidak minta dijadikan sedemikian rupa," katanya.



Menurutnya, golongan mak nyah perlu didekati dan dibimbing, bukannya dikeji atau dilempar dengan pelbagai tuduhan negatif kerana perbuatan itu hanya akan membuatkan mereka rasa tersisih daripada masyarakat dan terus hanyut dalam dunia mereka.



"Bagi Kak Ani, kita sebagai manusia perlu membimbing antara satu sama lain tidak kira 'jenisnya' dan kehadiran Kak Ani dalam majlis berkenaan antara lain untuk menyelami hati serta perasaan mereka"



"Jika hendak membimbing seseorang, kita perlu mendekati dan menyelami hati mereka... dari situ barulah kita boleh membawa mereka ke jalan yang benar," katanya.




---xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx---



itulah fikiran positif daripada salah seorang artis yang masyur di negara kita, Noraniza Idris, yang menyatakan alasan-alasan yang,errr... -_-'.. apa-apa pun, berfikir sebelum berkata-kata.  Mak Nyah bukan Khunsa. Mak Nyah adalah lelaki dan mengubah jantina menjadi perempuan.



Teknologi sekarang semakin berkembang pesat. dengan adanya suntikan botox, suntikan untuk membesarkan payudara, dan membesarkan pinggul, maka terjadilah Mak Nyah ni. lain pula bagi kes Khunsa bila mana seseorang itu mempunyai 2 alat kelamin. itu baru boleh jadi isu pada kenyataan Noraniza Idris, kerana mereka sendiri tidak minta dijadikan sedemikian rupa. mereka dijadikan sebagai seorang lelaki. seharusnya mereka bersyukur dengan apa yang telah dijadikan olehNya. bukan dengan mengubah ciptaanNya. apa pendapat anda? tepuk dada, tanya iman.




kita harus positif dalam setiap perkara. tetapi untuk perkara yang jelasnya Mungkar, kita harus menepis, bukan menyokong dan memberi galakan atas alasan untuk membawa mereka ke jalan yang benar dan menyelami perasaan mereka. Alasan itu positif, tetapi seakan menyokong dengan kemungkaran yang jelas dipaparkan di depan mata. bukti ada pada artikel yang menyatakan Kak Ani tahu penglibatan Mak Nyah dalam pertandingan ratu cantik tersebut. -_-'




p/s : nak tengok berapa ramai Kak Ani bawak mak nyah ke jalan yang benar..

p/ss : penulisan ini hanyalah sekadar meluahkan rasa kecewa terhadap kurangnya sensisiviti tentang hukum Islam. wallahualam.