Monday, August 12, 2013

Eid Mubarak 2013.

Assalamualaikum wbt.



"Taqabbal minna wa minkum. :) salam lebaran maaf zahir batin seluruhnya. :)"


itulah ucapan di hari kemenagan yakni 1 syawal. tulus ikhlas aku ucapkan kepada semua. semoga di padamkan semua sengketa antara kita semua dan menjalinkan semula silaturrahim dengan baik dan tiada berprasangka. 




alhamdulillah aku beraya di kampung kuala lumpur bersama keluarga tercinta. rindu bertandang tiba-tiba bila mengenangkan arwah adik aku berada di besut. al-fatihah buat nya. moga dicucuri rahmat buat dia yang tiada. we miss you adik T_T



raya kali ini begitu bermakna buat aku. tahun lepas aku beraya sebagai seorang nurse. tahun ini aku beraya sebagai seorang pelajar practical. tahun depan? kita tunggu dan lihat apa perancangan Allah yang terbaik buat aku. :)


rancangnya tahun ni mahu beraya di tanah suci mekah tapi apakan daya, mekah dalam construction. embassy arab turunkan kadar jemaah umrah seramai 2 ribu. sepatutnya aku dan keluarga berangkat ke tanah suci pada 1/8/13 tapi visa hanya diberikan kepada jemaah yang pergi pada 27/7/13 sahaja. Allah, aku hanya bersangka baik sahaja kepada-Nya. mungkin aku belum bersedia untuk menjadi tetamu di rumah-Mu. insyaAllah tahun depan mungkin rezeki kami pula? ameen. doakan ya. 



so tahun ni aku beraya dengan tema Hijau Emarald. rasa bahagia dapat bergambar satu family. cukup korum cukup adik beradik. hihi. alhamdulillah. aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan. :)







okey nothing else. beraya di kl pun best apa. boleh pegi am pang, jumpa saudara mara. orang datang rumah, ziarah menziarahi. adat orang beraya, begitu lah. :) sekian sahaja update raya kali ini. sungguh aku rindu jumpa sanak saudara di kampung besut terengganu dan bachok kelantan. ui makanan kat kampung sedap2 weh. hahaha. okey bai!