Thursday, February 28, 2013

Kenapa yang sangat perit.

kenapa aku cepat rasa kasihan. kenapa aku cepat percaya. kenapa aku cepat menolong. kenapa aku dengar saja semua tu. kenapa aku diberi harapan yang tinggi. kenapa aku yakin dengan harapan yang diberi. kenapa aku perlu letak harapan yang tinggi. kenapa aku diceritakan cerita yag tidak baik. kenapa aku terima sahaja semua itu. kenapa aku tak aware dengan apa yang berlaku masa tu.




kenapa tak berterus terang. kenapa lambat bagitahu aku. kenapa kau tak pikir pasal aku. kenapa masa nak mitak tolong, bukan main bersungguh. kenapa bila dah ada yang lain, kau blah macam tu je. kenapa kau macam takde manner. kenapa kau sorokkan dari aku lama-lama. kenapa kau sanggup tipu aku. kenapalah kau tak tahu yang bahawasanya peragai kau ni akan menyusahkan aku. kenapa kau tabur janji tapi satu pun kau tak tepati. kenapa kau sanggup bersumpah tapi sebenarnya sumpah kau tu tak benar. kenapa kau suka cakap belit2. kenapa kau cakap kat orang lain, versi lain, kat aku versi lain. kenapa point yang kau nak cakap tu tak sama walaupun jalan cerita yang sama. kenapa kau sanggup buat macam tu. kenapa aku percaya kau. kenapaaaaa...... huhuhuhu  (T_T)




kenapa kau tak berterus terang. kenapa kau cerita kat orang lain. kenapa tak cerita kat aku. kenapa kau babitkan ramai orang yang terlibat. kenapa kau putar belit cerita. kenapa kau salahkan aku sebab kau x dapat pegi keje tempat lain. kenapa kau tak salahkan kau demam. kenapa kau insist nak keje dengan aku. ye insist. kenapa masa berbincang talipon 2 jam kau yakinkan aku benda lain,kau janji benda lain,  tapi hakikatnya masa kau nak blah, tiba2 yakin dengan kenyataan yang berbolak balik.kenapa alasan kau tu aku rasa macam tak masuk akal. kenapa ya. kenapa.mungkin kau tau kenapa aku marah dan terkilan. tapi aku tahu kau takkan mengaku bersalah. takpa. Allah dapat mengadili segalanya. Allah maha mengetahui. 




dahlah. ni bukan soal cinta. tapi soal hati.

24th Birthday on 24th Feb 2013

alhamdulillah. aku masih bernafas untuk ke 24 tahun dan masih sihat diberi nikmat untuk hidup yang pada aku cukup sempurna, maksud aku, aku masih boleh makan, masih boleh berjalan, masih boleh bergelak ketawa, masih boleh berlari dan yang paling penting, aku masih boleh beribadat kepadaNya. syukur alhamdulillah wasyukurillah. :)




terima kasih kepada kalian yang sudi wish kepada aku, tak kira lah dekat facebook ke,instagram ke, wassap ke, sms/text ke, ataupun call terus utk wish birthday aku.tapi yang paling best aku dapat post card dari germany, kakak aku yang aku sangat rindu post dari sane. sweet giler okey! :D seriously kalian sangat sweet sebab aku walaupun aku dah besar panjang dah nak mencecah ke title wanita dewasa, masih lagi ada yang ingat tentang hari kelahiranku. :')




hadiah paling best ialah hadiah dari abah aku sebab abah aku baiki pipe sendiri tanpa upah orang lain semata-mata untuk anak dia sorang ni. (ceh perasan macam aku sorang guna pipe tu. hahaha) umi pun best jugak sebab umi bagi telekung baru kaler gold. hehehe. omey omey!




tapi birthday kali ni rasa biase tapi special! :D rasa happy sepanjang masaaaa. hehehe. semoga Allah memakbulkan doa kalian semua. dan semoga Allah mempermudahkan kehidupanku untuk hari-hari yang mendatang. amin :)

Saturday, February 16, 2013

Tahun Baru Cina VS Kenduri

Assalam



Kemeriahan Tahun Baru Cina tahun ini seperti biasa lah kan dengan bunga api, dun dun cheng, limau mandarin dan warna merah. lagi meriah kali ni sebab PSY datang Penang, meraikan bersama-sama mereka yang merayakannya. so buat kawan-kawan chinese sy, terutamanya Geow Weeki, Happy Prosperous Chinese New Year! :)




ingatkan Chinese je yang meriah, melayu pun nak jugak meriah nye. meriah dengan kenduri kendara, kahwin mawin, majlis tunang dan majlis merisik. haha. sama naik je melayu  nak beraya, ye dak? sebab cuti yang agak lama, maka di kesempatan ini lah mereka ambil peluang untuk membuat majlis keraian. :)




alhamdulillah, ramai sahabat-sahabat seangkatan dah melagkah setapak, juga dua tapak ke hadapan. bukan sahabat je, cousins aku pun dah melangkah kehadapan. tahniah kepada fahmi, selamat bertunang dengan kak ekin, nurul asyikin, yang lebih muda 4 tahun dr aku, selamat diijab kabulkan dengan pasangannya dan juga nor mahani, juga selamat diijab kabulkan dengan pasangannya.




mungkin facebook adalah satu medium penyebaran yang pantas, di mana aku dapat mengetahui sahabat2 seangkatan denganku bertunang. tahniah bie, najah, tengku, najmiza, dan ramai lagi lah yang sudah menjadi suntingan orang. :') seriously im happy for you guys! hihi. yang berkahwin, tahniah buat akmal baharuddin dan nabihah kerana selamat dinikahkan. :)




doakan aku grad tahun ni. lepas grad, insyaAllah, aku juga mahu melangkah ke dunia baru, seperti kalian.tapi lepas grad tu tak tahulah hujung tahun ke, awal tahun depan ke, tengah bulan tahun depan ke, wallahualam. kalau ada jodoh, ada lah tu bila2. husnuzon dengan Allah, insyaAllah, kurniaan Allah itu ada hikmahnya, samada baik untuk dimanfaatkan, yang buruk, di ambil iktibarnya. kan? :) so again, cuti raya cina kali ini meriahnya dengan bunga api dan paluan kompang. ahah! sama naik je melayu nak jugak beraya. :P k bye!