Monday, November 14, 2011

Zara, Pull N Bear and Massimo Duti Warehouse Sales At Jaya One : The Scene.

Assalamualaikum





sesak! one word described the scene when i was there. pertama kalinya saya serbu warehouse sales zara dan pertama kali juga saya jejak cold storage jaya one. actually, jaya one ni, kalau pergi pun, pergi makan at secret recipe je. itu pun past 3 years. haha.




back to the track, i went to jaya one with yanti and her friends (genetics) and of course, girls only. 1st time saya tengok jaya one sesak dengan kereta dan pemandu adalah terdiri dari golongan wanita! haha. everybody bashed to warehouse sales of course. :D




parking settled. nak masuk warehouse sales tu ada sedikit security thingy and because of that, kami beratur sampai car park. ya ampun, seriously macam dalam cerita shopaholics. dekat dengan pintu masuk, bag kami kene wrapped then masuklah dengan happy! tapi di dalamnya sesak dengan manusia2. yeah, super sesak!










sebab banjir manusia, keadaan menjadi hangat dan berbau. =.=  i dint bring any cash for this unexpected shopping. sebab tak nak shopping banyak. tapi apakan daya, branded stuff never get this price at their boutique. so i grabbed more than 1 garments for myself. (well actually, im not a person who like to buy garments. i always let my mother to buy for me). harga memang lah runtuh sangat! =DD





queue untuk bayar panjang gila. saya beratur pun dalam an hour and half. itupun my friends tolong queue kan, saya menyelit aja. ;p alhamdulillah. saya habis tak sampai RM100 untuk 3 helai baju. the luckiest thing is, i bought a sweater, knitted sweater that costed rm256.9 and i got rm39.9 for this warehouse sales! :D that is the worth-est ever!! yang lain pun worth jugak sebab dapat baju t-shirt Zara yang murah daripada beli kat on9. :DDDDDDDDDDDD (senyum lebar sampai dagu jatuh ke pinggang)





it's my fever therapy anyway and its bargain! i shopped for the camping also. thehehe. that's all. bye2! i love you Zara. :D





p/s : thank you Sis Athirah Pena. thank you sebab sudi datang kolej i. i miss you ady. ='(

Teaser : Environmental Awareness Camping Ulu Gombak with SK Alam Shah. :)

Assalamualaikum






they called me cikgu yaya, kak chik, kak long, yaya terbang (boboiboy), yaya toure. haha. so many nicknames for me. miss you all children! :D laura, hadhirah, natasha, aiman, hamzah n yu! :D

Friday, November 11, 2011

Enjoy

Assalamualaikum





its been 3 months since i dated with nik ath, i just called her kak yah, mudah ceritanya. to be with her is like to be her sister, as she x have any lil sister. (koya)




sis ath, no sadness, be happy. im here to be lend my ears. :) love you sis! :)

Friday, October 21, 2011

Kompaun MBPJ : Salah Parking

Assalamualaikum




saya kene saman dengan MBPJ sebab parking merata-rata. tempat tu tempat orang ramai datang. tapi parking sentiasa tak cukup. haihs! sabar jelah.





rate saman dekat situ, RM100. if within 2 weeks kita bayar, dapat diskaun RM30. lebih dari 2 minggu, denda RM50. kalau tak bayar jugak, kompaun naik kepada RM70 dan ada surat merah (surat warning). kalau tak bayar jugak, jumpa dalam mahkamah la kan? jadi RM350. haa.









ingat nak abaikan aje. tapi sebab ada num cukai jalan tu, nak tak nak, kene bayar lah jugak. sebab nanti, MBPJ akan coorperate dengan jpj, mahu lagi parah bayarannya. road tax pun mesti tersekat. huaa







p/s : wahai kancilku yang comel. perkhidmatan anda sehinga kini memberi kemudahan kepadaku dari asasi sehingga tahun akhir. semoga kancil comel sihat sentiasa. amin. :)

Thursday, October 20, 2011

Wordless Wednesday : Not RM50 Baru

Assalamualaikum




Friday, October 7, 2011

The Official Apple iPhone 4S Overview & Features (HD)




awesome kan?? iphone is talking to you! and iphone is your best friend!! :D

Protection Without Bodyuard

Assalamualaikum




i just wanna share this. :) i got it from tumblr.





Surah Fatiha protects one from the anger of Allah.

Surah Yaseen protects one from the thirst of the Day of Judgment.

Surah Waqi’ah protects one from poverty and starvation.

Surah Mulk protects one from the punishment of the grave.

Surah Kauthar protects one from the enmity of the enemy.

Surah Kafiroon protects one from Kufr at the time of death.

Surah Ikhlas protects one from hypocrisy.

Surah Falaq protects one from calamities.

Surah Naas protects one from evil thoughts.








selamat beramal! :D

Thursday, October 6, 2011

Hukum Hudud & Komen Artis

Assalamualaikum









astaghfirullah. terkilan dengan artis-artis yang memberti komen tentang hukum hudud. lagi lagi dari komen cik heliza yang bertudung litup. T_T. apa-apa pun, komen dari aliff satar tu jauh lebih baik dari apa yang heliza perkatakan. 





komen enot yang mengatakan hukum sula kepada penzina teramatlah obvious jawapan yang jauh dari konteks agama. sedihnyeee jawapan dari artis artis yang tersohor ini. ='(





keseluruhannya, kecuali alif satar, mereka mengatakan bahawa hukum hudud tak sesuai dengan peredaran zaman. astaghfirullah. semoga mereka diberi hidayah dariNya. sesungguhnya hukum hudud itu adalah dari Allah dan sesuai dengan peredaran zaman. sebagai negara islam yang maju, sepatutnya telah lama hukum ini disempurnakan. sepatutnya.

Wednesday, October 5, 2011

UM Mock Trial 11/12 : Seksaan Syaitan

Assalamualaikum




sedikit sinopsis untuk Mock Trial sempena FESKUM 2011/2012. :)




seksaan syaitan mengisahkan mengenai kematian seorang pelajar Fakulti Undang-Undang, Tiz Salina Kasyah yang telah dibunuh kejam. Tertuduh, Prof Borhan seorang pensyarah di Fakulti Undang-Undang telah dihadapkan di mahkamahkerana telah disyaki membunuh mangsa disebabkan beliau merupakan orang terakhiryang berjumpa dengan mangsa....bla bla bla... =p


Watak-Watak :



1. ASP Maria Ogawa.
2. Dr Aini Humble
3. Gelora Di Hati Sarah
4. Dr Borhan Gatal b Sangap
5. Prof Khairul Fahmi Adilah
6. Dean Qacuk Carem
7. Datin Duka Rosyatimah Rosmati-Bom
8. Tiz Salina bt Kasyah




ada 3 saksi peguamcara, 4 saksi peguam bela. saksi2 ni yang buat sy tergelak sampai tepu. XD. x tgk dah jurubahasa aka hagrid n boboi. so far, the best jurubahasa, masa saya 1st year, tajuk, Supermodel Terlampau. cerita kali ni sangat menarik. hakim pun lain sket. terhibur byk. b byk isu2 semasa ditimbulkan. ooops!! =p so sapa2 yg x tgk lagi, boleh lagi kot beli tiket tapi floor seat. hehehe. sy dah tgk untuk 1st tayangan. Good Luck Mock Trial UM!! semoga mendapat sambutan yg hebat!! :D






p/s : mungkin mock trial terakhir di UM. sedih. huhu T_T


Thursday, September 22, 2011

Letak Gambar Di Dinding.

Assalamualaikum.




saya suka subjek fiqh kepenggunaan. dan alhamdulillah, saya di ajar oleh mentor saya sendiri, Ustazah Anisah, dan sekali lagi bertemu dengan ustaz favourite saya, Ustaz Safiri,sebagai mentor dalam tutorial, yang dahulunya pernah mengajar saya pada asasi, subjek pengantar syariah islam.




seperti biasa, tutorial untuk subjek API adalah sesi presentation di mana akan di beri satu tajuk dan sebagai pelaja, perlu mengupas tajuk itu sampai habis. majoriti yang telah mengambil subjek ini mengatakan subjek ini agak kecut perut. sebab ustaz safiri akan kerjakan student habis habisan. yeah! 1st tutorial pun telah diberi warning bahawa ustaz akan tanya student sampai student tu mati kutu dan menangis. huhu. ustaz safiri tak penah berubah. =.=




anyhow, salah satu tajuk yang telah diberi adalah tentang hukum berkenaan gambar//lukisan dan patung/ukiran/ anak patung. kami telah diberi satu persoalan, apakah hukumnya meletakkan gambar graduation di dinding? bukan gambar graduation saja lah. gambar orang dapat pingat ke, gambar family ke.





ustaz : kenapa antum letak gambar dekat dinding? letak dalam album tak boleh ke?

student : mungkin nak jadikan inspirasi kepada anak-anak. nak suruh naikkan semangat dll.

ustaz : kalau nk jadikan inspirasi, tunjukkanlah gambar tu dari album. buka album. x salah kan? buat apa nak frame mahal-mahal, gantung dekat dinding?

student : ---diam

ustaz : mesti yang letak dekat dinding tu ada rasa nak menunjuk. mesti ade punya walaupn sedikit! takkan lah x rasa bangga dengan apa yang dapat tu? heh heh heh. manusia, mesti ada punya rasa riak walaupun sedikit.





putar lah jawapan apa pun dari student, tapi realitinya, apa yang ustaz katakan itu benar. tu baru satu gambar. kalau banyak-banyak gambar kita letak dekat dinding, nak tunjuk dekat sapa? mesti nak tunjuk dekat orang yang datang rumah. kan dah ada niat riak di situ. bangga dan berbangga-bangga adalah satu perkara yang berbeza. tengok pada frasa pun dah tahu yang mana elok, yang mana tak elok.





p/s : letak satu cukup lah. tak payah banyak-banyak. nanti mendatangkan fitnah pun ada jugak. saya anak encik samsudin. it's more than worth. :)

Friday, September 9, 2011

Manusia Tak Perfect.

Assalamualaikum.




gemok, kurus, senyum sumbing, mata sepet,juling air, mata besar sebelah,hidung reyok, dahi jendul, dahi luas, gelap, tempang,pendek, kerdil, lagi, lagi, dan lagi. sooooo many words yang secara amnya, menjurus kepada apa yang kita directly nampak dan sifat-sifat tersebut dikenali sebagai sifat fizikal. dan semua perkataan di atas seolah-olah memperlekehkan orang.(tak baik tau buat macam tu... huhu)





dan, saya selalu dikritik si kurus. kurus keding. zombie. saya sedih. tapi saya diam je. senyum-senyum kambing. lepas tu jawapan tipikal lah. nak buat macam mana, makan banyak pun tak naik-naik. bukan sebab kurus aje, tapi banyak lagi faktor2 pada diri saya, dari sudut fizikalnya, tidak sempurna di mata-mata yang melihat.sobsss. sedih.. hai si mata-mata, anda perfect kah?





itu contoh sahaja. dan isunya bukan kepada mangsa seperti saya. saya guna diri saya, sebagai contoh terdekat. isunya di sini, saya hairan mengapa harus taksub dengan kesempurnaan? sedangkan kesempurnaan itu adalah milik Allah Yang Satu. siapalah kita untuk menilai kesempurnaan sesama manusia. kerana yang menjadikan kita semua adalah Allah Azzawajalla. jika kita mengkritik sesama kita, maka kita juga mengkritik ciptaan Allah juga. sedangkan kita tahu, ciptaan Allah adalah sempurna. tiada cacat celanya. maka ambillah hikmah dari ciptaaNya lalu beribadatlah kepada Allah. :)





siapalah kita untuk mengatakan orang itu tak cantik? adakah mata kita ini setanding dengan Zat Allah? semua ciptaan Allah adalah indah. kita tidak berhak mempertikaikan ciptaan Allah. mempertikaikan ciptaan Allah adalah satu dosa besar kerana meragui akan ciptaanNya. beristighfarlah jika kita terbuat demikian.semoga Allah megampunkan dosa kita. fikir-fikirkan dan selamat beramal.





p/s : fizikal bukan kayu ukur menilai tahap keimanan seseorang.

Thursday, September 8, 2011

photo booth myself, =p

assalamualaikum.



capturing a self photo in photo booth. senyum pun macam tak jadi je sebab malu tgk muke sendiri. hahaha. =p tata!






actually rindu sangat nak tepek gambar n cerita. lets make it come true! :D

Wednesday, September 7, 2011

Promosi : Red Velvet Cupcakes From Cuppy Tira. :D

Assalamualaikum.




Its been a month saya simpan entry ni. kali ini saya determine nk post jugak by hook or by crook. :)




tOday, i wanna introduce you a very lovely & delicious cuppies homemade by Nik Athirah! :) by referring to my older entry about the Red Velvet cuppy, here i wanna make some details on it. lets check it out! :DD




Red Velvet 1



Red Velvet 2.




nyummylicious!! saya ke sana semata-mata nak belajar buat cuppies ni. i thot the red velvet cuppies ni is made from cheese plus strawberry flava. tapi sebenarnya kek coklat tapi pewarna merah. tu yang panggil red velvet. :D




yang saya paling suka ialah creamcheese yang sangat lembut dan sedap!!! XD apa-apa pun, saya nak review ttg cuppies tu. lets go to my slide show. (bukan sildeshow pun. =p)












fancy packaging box included. :D




the price is very affordable! harga dalam RM2.0 - RM3.5 so sape2 yang nak rasa, bgtw saya okey? :D 


p/s : congrates sis sebab dah sambung master kat UM!! XD 



love,
safiyya 



Friday, September 2, 2011

Video : My Last Photoshoot With Modish Mode House. (MMH)

Assalamualaikum. :)



video




actually, dah lama nak upload video ni tapi kekangan internet semasa kerja sangat membantutkan *alasan. ok bai* and another actually is, i never thot this is a video but he did record this thing during last session of my photoshoot with Modish Mode House. :) 2nd teaser maybe? =p enjoy!




p/s : tak suke dengar suara sendiri bila dalam mana2 video. suara saya tak sedap. =.=

Thursday, August 11, 2011

Edisi Tadarus Ramadhan : Tanda-Tanda Wakaf Dalam Bacaan. :)

Assalamualaikum





sudah tentu sahabat-sahabat saya bertadarus sepanjang bulan yang mulia ini bukan? tadarus bermaksud membaca al-quran & menghayati maksud-maksud dan intisari ayat-ayat al-quran itu sendiri. kalau embaca sahaja sekali lalu, itu dipanggil tilawah. berbeza ye kawan-kawan. :)






saya yakin para sahabat saya lancar dalam membaca alquran. dan saya juga yakin sahabat-sahabat saya tahu membaca al-quran dengan betul tajwidnya dan tartil. akan tetapi, konfius dengan tanda-tanda wakaf dalam ayat-ayat alquran. sebab saya sendiri kadang-kadang konfius yang mana boleh berhenti, harus berhenti, harus meneruskan bacaan, dan sebagainya. mari kita sama-sama belajar dan ingat. supaya kita mambaca quran dengan lebih baik. ayuh! :D





dalam membaca al-quran, kita mesti perasan ada huruf kecik-kecik dekat atas ayat al-quran itu sendiri bukan? ada huruf mim, sod, jim, qaf dan sebagainya. jum explore bersama saya apa yang dimaksudkan itu. ;)





basically, wakaf ada empat jenis iaitu,



  • Taaam (sempurna)  -- mewaqafkan atau memberhentikan pada suatu bacaan yang dibaca secara sempurna, tidak memutuskan di tengah-tengah ayat atau bacaan, dan tidak memengaruhi erti dan makna dari bacaan kerana tidak memiliki kaitan dengan bacaan atau ayat yang sebelumnya maupun yang sesudahnya.
  • (Kaaf) - waqaf memadai -- mewaqafkan atau memberhentikan pada suatu bacaan secara sempurna, tidak memutuskan di tengah-tengah ayat atau bacaan, namun ayat tersebut masih berkaitan makna dan erti dari ayat sesudahnya.
  • (Hasan) - waqaf baik --mewaqafkan bacaan atau ayat tanpa memengaruhi makna atau erti, namun bacaan tersebut masih berkaitan dengan bacaan sesudahnya.
  • (Qabiih) - waqaf buruk --mewaqafkan atau memberhentikan bacaan secara tidak sempurna atau memberhentikan bacaan di tengah-tengah ayat, wakaf ini harus dihindari kerana bacaan yang diwaqafkan masih berkaitan lafaz dan maknanya dengan bacaan yang lain.






Tanda-Tanda Waqaf.



  1. Tanda mim ( مـ ) disebut juga dengan Waqaf Lazim. yaitu berhenti di akhir kalimat sempurna. Wakaf Lazim disebut juga Wakaf Taamm (sempurna) karena wakaf terjadi setelah kalimat sempurna dan tidak ada kaitan lagi dengan kalimat sesudahnya. Tanda mim ( م ), memiliki kemiripan dengan tanda tajwid iqlab, namun sangat jauh berbeda dengan fungsi dan maksudnya;
  2. tanda tho (  ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti.
  3. tanda jim (  ) adalah Waqaf Jaiz. Lebih baik berhenti seketika di sini walaupun diperbolehkan juga untuk tidak berhenti.
  4. tanda zha (  ) bermaksud lebih baik tidak berhenti;
  5. tanda sad (  ) disebut juga dengan Waqaf Murakhkhas, menunjukkan bahwa lebih baik untuk tidak berhenti namun diperbolehkan berhenti saat darurat tanpa mengubah makna. Perbedaan antara hukum tanda zha dan sad adalah pada fungsinya, dalam kata lain lebih diperbolehkan berhenti pada waqaf sad;
  6. tanda sad-lam-ya' ( ﺻﻠﮯ ) merupakan singkatan dari "Al-wasl Awlaa" yang bermakna "wasal atau meneruskan bacaan adalah lebih baik", maka dari itu meneruskan bacaan tanpa mewaqafkannya adalah lebih baik;
  7. tanda qaf (  ) merupakan singkatan dari "Qeela alayhil waqf" yang bermakna "telah dinyatakan boleh berhenti pada wakaf sebelumnya", maka dari itu lebih baik meneruskanbacaan walaupun boleh diwaqafkan;
  8. tanda sad-lam ( ﺼﻞ ) merupakan singkatan dari "Qad yoosalu" yang bermakna "kadang kala boleh diwasalkan", maka dari itu lebih baik berhenti walau kadang kala boleh diwasalkan;
  9. tanda Qif ( ﻗﻴﻒ ) bermaksud berhenti! yakni lebih diutamakan untuk berhenti. Tanda tersebut biasanya muncul pada kalimat yang biasanya pembaca akan meneruskannya tanpa berhenti;
  10. tanda sin ( س ) atau tanda Saktah ( ﺳﮑﺘﻪ ) menandakan berhenti seketika tanpa mengambil napas. Dengan kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil napas baru untuk meneruskan bacaan;
  11. tanda Waqfah ( ﻭﻗﻔﻪ ) bermaksud sama seperti waqaf saktah ( ﺳﮑﺘﻪ ), namun harus berhenti lebih lama tanpa mengambil napas;
  12. tanda Laa (  ) bermaksud "Jangan berhenti!". Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung mahupun pertengahan ayat. Jika ia muncul di pertengahan ayat, maka tidak dibenarkan untuk berhenti dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak;
  13. tanda kaf (  ) merupakan singkatan dari "Kathaalik" yang bermakna "serupa". Dengan kata lain, makna dari waqaf ini serupa dengan waqaf yang sebelumnya muncul;
  14. tanda bertitik tiga ( ... ...) yang disebut sebagai Waqaf Muraqabah atau Waqaf Ta'anuq (Terikat). Waqaf ini akan muncul sebanyak dua kali di mana-mana saja dan cara membacanya adalah harus berhenti di salah satu tanda tersebut. Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.




maka berikut adalah sebahaian daripada tanda-tana wakaf dalam ayat-ayat al-quran. mari kita baca al-quran dengan lebih baik dan mendapat berkat di bulan yang penuh dengan kerahmatan Allah kepada hambaNya imi. semoga mendapat ganjaran yang berganda-ganda buat kalian. ameeeen. :) with love--yaya








p/s : mari selesaikan tadarus khatam satu al-quran dalam bulan ramadhan! <3




Monday, August 1, 2011

Working With Dutch Lady! :D

Assalamualaikum.





haha. setelah 3 minggu bekerja, baru saya nak update entry pasal kerja kan? what ive been working for now is to make kiddos happy!





saya bekerja di bawah satu syarikat yang mengendalikan event2 Dutch Lady ke tadika-tadika di Lembah Kelang. saya bekerja sebagai assistant kepada speaker di mana tugas saya ialah memandu kereta Avanza ke tadika-tadika dan memakai maskot Dutch Lady Kid sebagai kawan baik aka best friend kepada speaker saya, Lala.





saya juga turut dibantu oleh seorang lagi rakan di mana beliau ditugaskan untuk mengambil gambar dan menjadi ko-pilot semasa pemanduan saya. tapi kadang-kadang dia suka tidur. dan saya akan bersama garmin seorang diri. LOL. maka dari ketiduran beliau, saya juga turut berjagkit menguap dan mengantuk sama. =.=





setakat ini, alhamdulillah, saya telah memandu ke serata lembah kelang. ada yang sampai ke sepang, banting, puchong, ampang, shah alam, puncak alam,damansara dan berdekatan rumah saya sendiri iaitu di seri kembangan. :D oleh kerana saya suka memandu makanya tiada masalah bagi saya. cuma kadang-kadang saya bengang dengan garmin sebab dia bawa jalan yang jauh dan tol yang banyak. hoho.





apabila saya sampai di tadika, tugas saya ialah unload barang dari kereta dan memberi flashcards kepada speaker. kemudian saya membina maskot Dutch Lady Kid dan memakai tangan dan kaki yang berwarna oren. bersedia untuk bertemu kanak-kanak tadika dan menjadi the centre of attraction. ;p




kanak-kanak memang curious dengan maskot kotak tu. unfortunately, kiddos akan nampak muka saya kalau dia orang stare like hell kepada muka saya. nahas memang mereka nampak sy yang pakai maskot tuh. haha. well anyway, xde la panas sagat sebab dalam 10-15 minit je pakai benda tu. lepas nyanyi sama2 dengan kiddos n bagi susu dutch lady free, saya pun put off the maskot. jadi orang biasa balik dan sambung aktiviti dengan kanak2. :)




selepas itu, saya akan bersama-sama rakan lain untuk aktiviti senaman ringan dan memberi goodies bag secara free. haa. dalam goodies bag tu ada height chart, stickers, air kotak dutch lady kids, voucher, brochure, dan survey yang mana kanak2 perlu hand in kepada kami balik untuk KPI kerja kami. :)




saya suka kerja begini sebab saya suka entertain kanak-kanak. bila saya tgk kanak-kanak happy, maka pakai maskot pun x rasa panas. betul. :D btw, maskot saya tak kepam tau. sebab dah basuh dengan softlan. wheeee. :)




anyhow, saya sediakan sedikit gambar untuk tatapan kalian semua. :)




that iis me, wearing the maskot. :D this is Tadika Everland Cheras. :)




this is me after put off the maskot. location : Qdees Pinggiran Putra. :)





taraaaa! close up. nampak muka tak kat biru tu? tak kann? ;p





saya tak pernah rasa bosan kerja sebegini. sebab saya dapat cheer up n chill dengan kiddos. kerja ni saya idamkan sewaktu dulu. tapi dulu sy nak kerja jadi cikgu tadika tapi dah cukup orang. heee. best! TQ Lala, Tq Abang aswad sebab kasi job ni kepada saya. :D




p/s : this is my 1st job anyway! :D macam x percaya sebab dapat duit gedebuk gedebuk tiap-tiap minggu. hehehe

Tuesday, July 26, 2011

Modish Mode House : Teaser!

Assalamualaikum









later i story! tata toodles! 



p/s rindu nk on9!! ='(

Friday, July 8, 2011

Photoshoot Partners :)

Assalamualaikum.





saya ingin perkenalkan partner2 saya bila saya photoshoot. partner photoshoot saya sehingga sekarang memang dengan 2 orang gadis cantik ni. heeee. bangga bila saya digandingkan bersama mereka. ;D






cuba teka kitorang bergambar dengan Proton Saga ape? ;p





hai kak fiza tudung biru. :D





saya telah digandingkan bersama gadis cantik manis di atas sebanyak dua kali tapi dalam majalah yang berlainan. hehe. pertama kali saya digandingkan dengan beliau adalah untuk Majalah Keluarga, untuk ruangan fesyen. dan terbaru saya digandingkan untuk majalah Dara.com edisi pre Aidilfitri mungkin.hehe. x sure lagi edisi apa. adei. ;p






Nama diberi Syazwani Ismail. dan beliau merupakan 2nd runner-up untuk pencarian model dara.com yang lalu. hee. beliau juga merupakan mahasiswi UKM dalam jurusan Sains Politik. to be with her, i feel so grateful. beliau berpengalaman dalam bidang modelling. senyuman dia manis sangat. dan lembut orangnya. :)  bangga bila saya model picisan ini dapat bergandingan dengan model berpengalaman seperti beliau. hopefully kita dapat jumpa lagi ye wani sayang! :")







tq kak ana sebab snap gambar kami. :D




hehe. memperkenalkan,Cik Syarehan. tapi saya panggil beliau, Yan. masuk kali ini yang terbaru, saya telah bergandingan dngan beliau sebanyak 3x dalam majalah yang sama. hehehe. memang ada chemistry la dengan Cik Yan ni. :D 1st time digandingkan untuk glamorous and trendy white dresses, then kami berjumpa balik untuk shooting baju kurung Asylla Collection, dan yang terbaru saya shooting untuk Baju Muslimah dari Sinar Inspirasi. :D beliau juga merupakan junior fashion designer yang hebat! :D proud to be with her. and wish to be with you again my dear. :)






hehe. mereka lah yang menjadi partner saya selama ini. dan dimaklumkan bahawa mereka sudah berpunya. ;p hehe. bye2! ;D




p/s : mereka semua adalah kakak saya. and im the youngest! ;p

Wednesday, July 6, 2011

Photoshoot Dara.com : Baju Muslimah.

Assalamualaikum.





Keesokan hari selepas saya shooting di Proton Edar, saya di tugaskan lagi untuk shoot baju muslimah dari Sinar Inspirasi. dan kali ini juga saya bergandingan dengan Cik Syarehan, designer baju entry Photoshoot saya di Proton Edar Showroom yang lalu. :)





masih lagi bertemankan cousin saya, Nur Farhana, kali ini lokasi photoshoot adalah di Bangunan Baru Karangkraf. sesi mekap di Bilik Mesyuarat 1, dan kelihatan ramai model2 catwalk dalam bilik tersebut. hehe. mereka akan catwalk untuk satu program Wedding. dan mereka memperagakan baju-baju kahwin. oh my, sangat gorgeous baju-baju kahwin mereka. :D makanya, senang cerita, saya ringkaskan seperti details di bawah. :)




Hari : Rabu
Tarikh : 22 Jun 2011
Tempat : Bangunan Baru Karangkraf
Partner : Cik Syarehan
Make-up Artist : Cik Non
Tajaan Pakaian : Baju Muslimah Sinar Inspirasi






haha. sumpah dah lama tak amik gambar perasan macam ni. =p
anyway, hasil make up Cik Non. :)




memperkenalkan, cik non, saya, dan cik syarehan. :)




dalam slot fesyen kali ini, saya memakai 3 helai baju. so tunggu keluaran majalah dara.com akan datang! salam hari rabu! :)



Photoshoot Dara.com di Proton Edar Showroom

Assalamualaikum.





2 minggu lepas, saya telah menghadiri sesi photoshoot untuk majalah Dara.com. dan saya shoot untuk slot fesyen. :)





kami diberi satu bilik untuk persalinan baju. Proton Edar Showroom telah menaja tempat untuk kami shooting. bukan dara.com sahaja, majalah Nur juga shoot di tempat yang sama. :D untuk majalah Nur, model yang terlibat adalah pelakon Akasia Nora Elena, Ramona, sebagai watak minor, Nilawati dalam drama Slot Akasia Nora Elena. Pereka fesyen untuk busana Majalah NUr ialah Zulfadhli. :) mereka memperagakan baju pre-wedding! :D




kali ni saya shoot untuk 3 pasang baju yang berbeza bersama partner saya yang sangat cantik, Cik Wani. baju pertama, baju ala-ala Fairy Tales. colur pink2 gitu. baju saya, err, unik la jugak dan diperbuat dari kain Chiffon. bukan baju kurung, tapi macam baju ala-ala princess dalam cite Enchanted gitu. =D kami shoot dengan Kereta Proton Inspira Maroon, dalam Proton Edar Showroom. Sambil-sambil peraga, sambil-ambil promot kereta Inspira! :D





Baju ke dua ala-ala baju Anugerah Bintang Popular. trendy and glamour! pakai baju colour kuning n partnet sy pakai baju hijau, memang sangat menyerlah. kami memperagakan baju itu dengan si Satria Neo R3 di luar showroom. agak silau. berkerut-kerut muke nk senyum. muehehehe. tapi alhamdulillah, berjaya senyum dengan nampak gigi. =B anyhow, designer baju-baju itu ialah, Cik Syarehan. :)





dan baju terakhir yang saya dan partner saya peragaan ialah Baju ala-ala pergi konsert Faizal Tahir/Wings. aha! rock sket. pakai jacket leopard. kami shoot dengan Satria Neo Maroon lagi :D






haru sekejap sebab kain yg saya pakai tu nak terlondeh. adei -_-'



thanx kak ana for the snaps! :D





hehe. gambar disebalik tabir je sy tepek kat sini. nanti kite same2 beli dara.com edisi ogos okey! :D






p/s : Saga FL 1.6 sangat berbaloi. RM46++K je. kalaulah saya ada gaji sebanyak tu. teringin nak beli Saga FL1.6. huuuu




Monday, June 20, 2011

Drive Gen-2 & Balik Kampung : The MOST Challenging Journey Ever!

Assalamualaikum.




alhamdulillah, saya selamat pergi dan balik dari satu perjalanan yang jauh. alhamdulillah juga, sebab saya berjaya memandu dari KL ke Besut, melalui jalan Gua Musang dan dari Muktafi Billah Shah sampai ke rumah di KL, yang ditemani bersama umi saya. :)  pertama kali saya sendiri yang drive balik kampung like almost 7 hours driving pada waktu malam yang penuh dengan dugaan. hmm




Perjalanan Bermula.





bertolak pukul 4.30 petang hari Isnin lepas bukan satu permulaan yang baik. sebab yang balik kampung 2 orang je, saya dan umi.lepas siap beli barang2 untuk bawak balik kampung, perjalanan bermula. Jam di MRR2, biasa lah. orang balik kerja. lepas tu singgah De'Paya Serai yang restoren dekat Petronas  sebelum tol nk masuk Bentong  jap untuk solat Asar.





Usai solat asar, kereta tak boleh start. permulaan yang kurang enak. bukak bonet kete, x tahu nak cek ape. mujur ada sorang akak comel ni nk tolong cek. dia kata battery weak. siap cari jumper lagi nk tolong jump start. ada yang suruh tolak n start. tapi sebab Genie tu auto, so x boleh. huhu. umi call abah, abah kata kene ketok2 kat battery, baru ok. tapi tak jadi jugak. so dia mcm stater yang rosak. ade sorang abang ni ketok2 sumtin kat atas battery, try start kete, alhamdulillah, hidup. perjalanan diteruskan tanpa berhenti makan sebab takut x boleh nak start balik plus malam makin menjelma. =p






perjalanan masih lagi ditemani oleh radio berfrekuensi fly.fm sehingga ke bukit tujuh. cuaca yang buruk agak menyukarkan saya untuk memandu. tiada lampu jalan tapi lampu-lampu kereta dan lori je ada. hi beam Genie macam tak berfungsi sangat. asal buat hi beam je, mesti semua lampu kereta mati. lepas tu kene on balik. try buat hi beam lagi, masih sama. lampu mati juga. =.= hujan lebat berguruh berkilat. tak boleh drive laju2 sebab jalan bukan lurus. hujan lebat tu berterusan sampai ke gua musang. =(






hujan dah ringan. tapi hari semakin larut malam. minyak kereta ada lagi separuh. umi pun dah mamai2 nk tido. lepas sudah mengharungi jalan gelap di gua musang. radio tiada siaran tapi cuba juga browse, mana tahu ada siaran. tamil ada, cina pun ada, klasik nasional pun ada. layankan aje. jam pukul 11.00. perut dah mula rasa lapar. nak makan mee rebus dekat Jertih pukul 12 dengan harapan sampai pada waktu yang telah ditetapkan.





hujan ringan, tapi wiper saya guna yang kedua. tak laju tak perlahan sangat. tapi tiba2 wiper macam takde battery. radio pun sekejap ada sekejap xde. lampu dekat screen radio ada, tapi xde frekuensi. dalam hati, biasa la tu, tempat xde line. saya intai dashboard, minyak dah dash-dash-dash. erk, rasanya minyak ada lagi separuh. kenapa dashed? haa. yang ni pelik. saya kejut umi, tanya. dan kereta semakin perlahan, perlahan dan perlahan. tersedu-sedu sikit. dan berhenti di tepi jalan, bawah lampu jalan, satu je lampu jalan dekat situ. ='(






cemas tu harus. tengah malam pulak tu. saya terus call ayah saya (my uncle) dan bagitahu pasal kereta rosak. umi call abah. ayah cakap, tunggu rescue 991 datang dalam 15 minit. kemudian sampai lah 2 buah kereta merah dari rescue 991 Kuala Krai untuk bantuan. tapi tiada apa2 yang boleh di bantu. katanya alternator kereta yang rosak. x boleh caj battery yang ada. tu sebab kereta berheti sendiri. bukan sebab starter. ='( berlalu lah mereka meninggalkan kami. huuu






15 minit selepas tu, sebuah kereta Viva putih datang untuk bantuan pertolongan. juga dari rescue 991. tapi jawapan dari mereka adalah sama, alternator rosak. tapi mereka teman kami sampai ayah sampai :) beberapa batu dari tempat kami berhenti tu ada 2 tiang lampu. terang benderang. katanya orang Viva putih tu, kat situ kubur. nasib baik tak berhenti kat situ. =.=





alhamdulillah orang kereta viva ni ada contact number foreman dan foreman tu datang nak tengok apa yang rosak sebenarnya kereta Gen-2 tu. selang 20 minit, ayah pun sampai n foreman pun sampai juga. saya kepenatan drive jauh, tumpang tido dalam kereta ayah. huhu. end up, Gen-2 kene towed dengan kereta foreman tuh. kereta Gallant. walaupun kereta tu macam tu je, tapi hebat gilaks sebab boleh tarik kereta Gen-2 dengan satu tali je. serious kagum. selesai tarik menarik kereta tu dalam pukul 4 pagi. =.= sampai rumah ayah sebelum subuh. penat sangat2.




keadaan malam tu. 5 buah kereta yang datang rescue kami. 




kereta Gen-2 repair kat sini.




esoknya dalam pukul 3 petang, kereta Gen-2 dah siap repair. alhamdulillah. kos repair dalam RM800+/- jugak. x mengapa. asalkan kereta boleh gerak. saya drive lagi balik ke rumah nenda di jertih. :D kira sampai jugak saya drive dari KL ke Jertih. hehe.  puas hati untuk diri sendiri. :) what a challenging journey ever! 




p/s : perempuan kene belajar jadi foreman jugak. lagi2 traveller macam saya ni. huhu




Saturday, June 11, 2011

Di Sebalik " Aku Terima Nikahnya...."

Assalamualaikum.




Lafaz akad nikah :



“Aku terima nikahnya dgn si pulanah binti si pulan dengan mas kahwinnya RM..”




apa yang di lafazkan itu adalah yang tersurat. yang tersirat?



“Aku tanggung dosa-dosa si pulanah dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku”



Lafaz akad nikah bukan semudah yang di hafal. tapi sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat, yakni, tanggungjawab yang besar untuk si suami untuk mendidik isterinya dan juga anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.





p/s : good luck kaum adam! hafal hafal juga. ehehe. :D peace!

Saturday, June 4, 2011

IKEA Dan Meatballs Dan Katil Yang Unik. :D

Assalamualaikum.



Minggu lepas, sepupu saya, Kak Ana, dah balik dari perantauan. welcome home Kak Ana! :) she has been been graduated from Tulsa University. i'm happy for her. well done dear! :D






oleh kerana hari yang kak ana balik adalah exactly hari jadi kak ana, so kami bawa kak ana jalan-jalan IKEA. I tell you what, selepas isu dapur IKEA kena samak, sebab Meatball kat sana x boleh makan dan bla bla bla, harga meatball IKEA turun!! biasanya kalau 10 ketul meatballs tu harga dia RM10, tapi kali ni RM8 untuk 10 ketul meatballs. jimat berbaloi-baloi! XD





proved you! :D




Anyhow, selepas penat berjalan-jalan dah nak balik tu, ada 4 buah katil yang unik! x perlu baring. tapi berdiri je kat belakang tu. so boleh act like tgh berselimut dan tgh tido. hehehe. memang sudut amik gambar lah kaaaan? =p





"My husband snores like a motor engine"
hahahaha. XD i hope ure not! =p








" I sleep with the lights on"
and the glass on. =p cute kak ana! XD








hehe. Tihani suka golek2 kat katil. exited sebab tilam best! XD






hehe. that's all. bye2! :D

Wednesday, May 25, 2011

Dara.com : Shooting Baju Kurung.

Assalamualaikum. Minggu lepas, alhamdulillah, saya dapat call dari wartawan Dara.com untuk menggayakan baju kurung. surprisingly, saya menggayakan baju kurung dari Asylla Collection.  <-- tekan situ. hehe.







perasaan saya masa tu, sangat exited sebab baju kurung dari Asylla Collection ni sangat gorgeous! sekali lagi, saya digandingkan dengan partner saya yang saya dah kenal, Cik Yan yang berlesung pipit manis orangnya. ;)







bukan sekadar menggayakan koleksi baju kurung, malah saya juga dapat bertemu 4 mata dengan pemilik Asylla Collection dan adiknya serta sahabatnya! cik Asylla sangatlah cun dan cantik! seriously, i adore her beauty and work!







as for the baju kurung, saya pakai baju kurung yang belum di reveal lagi. baju tu sangat cantik. kain dia kembang2 gitu. kalau sempat, saya nak rebut baju tu jadi baju raya sebab cantik dan simple. one of them, saya pakai baju kurung dan kain Pario. seriously unique and stylish! XD







muka bulat gette. =.=






nantikan keluaran Dara.com edisi Julai. ;) Pre Ramadhan! toodles!