semalam, aku telah menempuhi satu pembedahan kecil untuk membuang gigi bongsu aku yang tumbuh secara melintang dalam gusi. dan keadaan itu adalah tidak normal sebab nya gigi biasa akan tumbuh menegak.
jika diperhatikan daripada gambar tersebut, gigi bongsu pada gambar sebelah kanan tumbuh dalam gusi dan melintang. oleh sebab itulah aku dinasihatkan untuk membuang gigi tersebut sebab gigi tu x function sangat pun kalau nak kunyah2. lagi satu sebab kalau kunyah2 makanan, so leftover makanan akan terlekat pada gigi tu dan akan affect kepada karies gigi yang mana akan membuatkan gigi kita akan jadi tak cantik dan hmm busuk kalau kita tiada penjagaan gigi dengan baik.
so far, bila aku upload gambar xray ni pada instagram aku, ramai yang komen tentang kesakitan yang aku alami. tapi sebenarnya, there is no such pain. x sakit langsung tapi biasalah bila gigi macam tu, makanan asyik tersekat kat situ kadang2 gusi pun membengkak. sakit tu tak cuma x selesa dengan keadaan gusi yang membengkak.tapi doktor kata x bengkak pun. mungkin perasaan aku je yang ada rasa x selesa dengan gusi yang swollen tu. huhu.
semalam, aku diberitahu bahawa gigi yang sepatutnya dicabut adalah gigi yang hujung tapi menegak sikit (boleh refer gambar balik) aku redha pada mulanya tapi bila nampak kapten dr. sophia, (doktor pakar aka post grad student) datang, aku insisted jugak nak buang gigi melintang tu sebab rasa swollen tu dah banyak kali.
untuk buang gigi bongsu tu bukanlah mudah ye adik kakak tuan puan, sebab nak kena tengok kedudukan gigi adakah dekat dengan nerve atau tidak. memandangkan xray aku adalah 2D, maka tidak berapa jelas dengan kedudukan gigi tu adakan terkena pada nerve atau pun jauh ke, terletak atas nerve ke, haa. sebabnya, risiko sangatlah tinggi jika terpotong nerve tu, maka mungkin kita akan rasa kebas, x rasa apa2 pada gusi tu selama-lamaya, mungkin deria rasa pada lidah kita akan hilang, etc etc (apa yang aku ingat doktor bagitahu semalam/ explain kat aku). selepas itu aku disarankan untuk buat 3D xray yang aku lupa term dental apa dia. huhu.
lepas 3D scan/xray, doktor sophia cakap, gigi melintang lagi senang untuk buang sebab akar gigi tu agak jauh dengan nerve (saraf) kat mulut tu. aku terus setuju untuk buang gigi melintang tu rather dari gigi menegak sebab yg menegak hujung lagi satu tu, akar dia ke bawah, dan nerve tu betul2 bawah akar tu. high risk jugak untuk buang gigi tu. sobs. but in a meantime, aku xde masalah dengan gigi tu. doktor cakap, kalau x usik gigi tu pun takpe tapi rajinkan diri untuk bersihkan gigi tu. so, doktor sophia proceed dengan gigi melintang tu. hehehe. yeay!
disebabkan gigi melintang tu memang doktor pakar yang kene buat, maka bakal2 doktor gigi hanya tolong sahaja. kalau lah gigi aku yg menegak tu dicabut, doktor pakar yang pantau, bakal-bakal doktor yang buat pembedahan. haaa gitu. alhamdulillah, aku berpeluang untuk buang gigi mendatar tu tanpa membuat temu janji. dipermudahkan sangat segala urusan semalam. :D
semalam aku kene 3 injection bius, muka separuh kebas, lepas tu masuk bilik bedah, aku baring kat kerusi. doktor letak kain atas badan aku lepas tu doktor tutup mata aku dengan kain. memang tak nampak apa2 pun cuba denga jela apa yang doktor bagi arahan etc etc. yang aku bayangkan, gigi bongsu dicabut macam tarik macam tu je. ceh, ingat lembut ke ape? huhu. rupanya, ada sesi potong gigi part by part sebab gigi aku ni tertanam dalam gusi dan untuk elakkan banyak darah, dia potong gigi tu sikit2 dan keluarkan satu demi satu. yang seramnya aku diberitahu oleh doktor, "patient, kejap lagi ade bunyi gerudi2 sikit sebab nak potong gigi" .aku bukak mulut besar2, lepas tu doktor kasi satu benda untuk aku gigit kat sebelah kanan (sebab aku bedah belah kiri) masa tu aku redha je doktor gerudi gigi aku macam tengah bina klcc dalam mulut. selesai keluarkan gigi, doktor jahit sikit kat gusi tu. alhamdulillah tak rasa apa-apa sebab dah kene bius kan. Tapiiii, bius tu hanya kekal selama 2 jam je. lepas 2 jam tu sangatlah azab kesakitan mulut tu. T________T tapi aku steady jelah sebab sakit2 pun kena la hadap hadap jugak ye dak? hihi. aku anggapkan kesakitan tu sebagai nikmat sakit yang kadang-kadang perlu kita rasai. hehe
aku dinasihatkan untuk minum benda yang sejuk dan berais supaya dapat memberhentikan pendarahan dengan cepat. lepas tu x boleh makan panas, keras2, sebab takut jahitan tu terbukak balik n rahang terganggu ke, kan?lepas tu doktor pesan makan lah ais krim dan jugak tuam dengan ais kat bahagian bengkak tu. oh ya, lupa nak cakap, lepas surgery tu kan, sebelah pipi kita akan bengkak. tuamlah ais plss. doktor jugak kasi ubat painkiller (pinston) dengan panadol (500g) n antibiotic. :) so end of the surgery. :D
kepada siapa2 yang nak buang gigi bongsu tu, haa ni lah serba sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama. harap membantu kalian semua. tata! :D
2 comments:
sy x pernah sakit gigi or gusi bengkak....tp mntk2 dijauhkn....hehe
http://thestoryofayna.blogspot.com/
Salam sis..
sy pun tgah mglaminya skrg.
sakitnya..Masha Allah.
nak makan@ telan, pedih.
gusi jd bngkak.
Post a Comment