Sunday, May 22, 2011

Skaf & Sanggul.

Assalamualaikum. saya haritu pergi ke jualan ala-ala ekspo kat UM. dan saya terjumpa satu gerai tu jual shawls dan aksesori. sebab trend sekarang pakai shawl, saya pun berhenti sebab nk belek2 inner n shawls yang latest. haha. akhirnya saya jatuh cinta dengan satu inner yang bercorak abstrak. cantik! saya pun beli.





lepas sesi jual beli semua tu, akak tuh promote saya sanggul palsu. supaya kalau pakai shawl, nampak bonggol2 lagi cantik. ada 2 jenis sanggul yang dia jual. ada sanggul yang dalam bungkus kain nett tu. lagi satu memang rambut palsu tapi siap ada sepit rambut sebab nk suruh nampak rambut panjang.




saya hanya jadi pemerhati. bukan saya sahaja pelanggan di situ. tapi ramai yang berstatus mak-mak datin gitu yang jadi pelanggan lain. berebut-rebut beli sanggul palsu tu. ada yang cakap, kalau pakai baru nampak cantik.






dulu-dulu masa saya pergi shooting kat karangkraf tahun lepas, wartawan yang jaga saya dulu pernah bagitahu macam mana nak dapat sanggul tinggi-tinggi tu. ada client guna towel good morning n pulas2 sket, then letak kat inner, n pakai shawl.another ways is pakai je yang skaf (anak tudung) yang ade bunga kat belakang tuh. nampak besar sikit. tapi trend terbaru sekarang, sepit rambut yang dah sediakan bunga besar2 dekat belakang.






see, so many ways untuk orang nampak cantik bila memakai shawl. dan lantaran tiket untuk menutup aurat itulah, segala apa yang haram, dibolehkan. tetapi, adakah dengan pemakaian semau-benda-di-atas itu menghalalkan cara untuk menjaga aurat? tepuk dada tanya iman.





p/s  :  bukan isu sanggul je, bulu mata palsu pun sama. lepas ni kalau shooting mana-mana, kalau suruh pakai false lashes, saya kene tolak secara berhikmah. hmm

No comments: