Showing posts with label japan. Show all posts
Showing posts with label japan. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Edisi Travel Ke Jepun : Tempat-Tempat Yang Di Lawati dan Tips-Tips Penting Part 3

Assalamualaikum…




Mount Fuji, Tokyo!

habislah sudah episod aku dan kawan-kawan menyewa di Asakusa  beberapa hari. kami checked-out bilik awal pagi. packing all baggages lepas tu bergerak ke next destination iaitu, ke mount fuji! mount fuji kebetulan masa tu tengah beralih musim dari autumn nak masuk winter. so daun daun yang ada tu masih lagi oren-oren, kuning dan merah tapi suhu tu sejukkk! kena pakai 4 lapis baju. kalau x sejuk menggeletar. sebelum bertolak ke sana menaiki train, kami hantar luggages/baggages ke hotel sebelum kami balik ke malaysia dulu. sebab xnk bwak luggage ke mt fuji. renyah berseranggah nk angkut semua so kami bawak bag kecik je sebab nak duk sana semalaman je. so kat sana kami sewa kereta Nissan March. booking online, bayar kat sana. kereta hybrid, kecik comel je. :D 



SnowTown Yeti

Entrance Fee : 1800 yen


first of all kami sangat lah excited bila nampak mount fuji dari jauh. besarnyeeee! Allahuakbar! Maha Suci Allah sangat cantik ciptaan Allah. aku bersyukur kerana aku dapat melihat dengan mata kasar atas kurniaan-Mu ya Allah. okay bila sampai sini, aku nak sangat main salji! so aku pakai set baju tebal2, supaya aku tidak kesejukan. :) aku tengok xramai sangat yang pergi kat sana. mungkin bukan weekend.  kat sini aku pakai long john, baju tshir 2-3 helai, n jacket. seluar aku pakai seluar uniqlo lepas tu pakai lagi legging kat dalam. sebab sejuk baq hanggg! sarung tangan jangan dilupakan.


bila masuk kat sini, sebenarnya ada banyak game. tapi kami x de ski board tu. nk main sledding pun x buka lagi. so kami main salji jelah. tapi bukan salji betul2. salji buatan je. hehehe. sebab x masuk musim salji betul2 lagi. so kami main kat playground je buat orang salji kecik je pun jadi lah. hehe asalkan main salji. :D














Kachi Kachi Ropeway


Entrance Fees : 700 yen


lepas main snow, kami ke kachi kachi ropeway. so kat sini naik cable car lepas tu naik atas bukit (macam bukit bendera gitu) untuk tengok permandangan mt fuji, bukit2 dan tasik2 sekelilingnya. :) very breathtaking !



















Lake Kawaguchiko

Entrance Fee : freee!


hehe. free saje tempat ni sebab tepi jalan. so kat sini la kalau nak amik gambar, best shot for mount fuji. duduk tepi tasik. gambar macam dalam kalender/poster pulak. hehehe. cantik kat sini! dan akhirnya aku nampak juga snowflakes kat kereta masa nak naik kereta nak datang ke tempat ni. wheeee!


















Kawaguchiko Music Forest

Entrance Fees : 1300 yen


kat sini konsepnya lebih kepada bangunan heritage, rose garden n more to paris punya bangunan, tapi berlatarbelakangkan mt fuji. so we all just walked and take a lot of pictures! sebab tempat ni ala2 paris yang cantik! hihi














Fujikyu / Fuji-Q Highland


Entrace fees :  1 game = 1000 yen.  One Day Entrance : 5000 yen


kat sini macam kat genting highland. banyak gila roller coaster yang extreme punya extreme kat sini. rumah hantu pun bukan nya rumah hantu tapi hospital berhantu. entrance fee untuk rumah hantu x termasuk dalam entrance yang kita bayar mula2 tu. sebab dia macam kene bayar lain, 500 yen. aku dan izzat berjaya naik roller coaster yang tepanjang di dunia, terlaju, di dunia. ada guiness world record bakhang! seriously kecut tapi last2 tu macam boleh adapt je hahaha. aku x main semua sebab kesuntukan masa nak hantar balik kereta sewa comel tu. hehe. so aku main 2 je. fujikyu king coaster dengan hospital hunted tapi aku quit awal rumah hantu tu ha. sebab rumah hantu ada sijil guiness world scariest haunted house. 



haunted house tu kalau rasa nak tahu, meh jumpa aku. aku bleh cite satu2 sebab kalau nk cerita kat sini aku rasa x boleh nk interact guna tangan n expression muka. wahaha. sebab dramatic banyak kot kat dalam rumah tu. ada mak ju-on, anak ju on, hantu pakai baju doktor la, hantu pesakit lah. macam2 jenis. lol!







so ini lah yang kami lakukan sepanjang berada di mount fuji! takde mendaki sebab tengah musim sejuk. angin2 kuat nanti bahaya hehehehe. lepas tu kami balik semula ke kota tokyo, menginap semalaman dan bersedia untuk pulang ke tanah air tercinta. tapi kami sempat lagi berjalan ke odaiba. so next entry is my last entry about trip to japan. lets go to odaiba! :D tata!

Edisi Travel Ke Jepun : Tempat-Tempat Yang Di Lawati dan Tips-Tips Penting Part 2

Assalam.. :) sambung terus yer..




Roponggi Hills/ Tokyo Night City / Mori Art Museum

Entrance Fee : 1500 yen untuk naik Mori Tower.

Roponggi hills ni adalah satu spot sight-seeing para waktu malam untuk melihat pemandangan kota tokyo yang dipenuhi dengan lampu2 yang sangat cantik! roponggi hills ni sebenarnya satu shopping mall/ office, dan ada museum mori art. admission untuk mori tower tu 1500 yen tu free sekali dengan mori art museum tu. so kami  ke Mori art museum dulu sebelum lepak ke mori tower. let see what's inside in the Mori Art Museum tu.



















Tokyo DisneySea

Entrance Fees : 10,000 yen. (sebab beli untuk 2-2 theme park, disneysea and disneyland)


Buat pengetahuan semua, di tokyo mempuanyai jenis disney, iaitu, disneysea dan disneyland. disneysea ni lebih kepada adult ride tapi no worries x adult sangat pun. hehehe. cuma extreme dia untuk kanak2 yang umur lebih 12 tahun, macam tu.. hehe. pada aku, nak ikutkan extreme, extreme lagi rides kat USS (universal studio singapore) ehe. USS tu biasa lah memang adult punya rides aku pun kecut perut. so dah namanya disney rides, yang ni pada aku, sesuai la dengan aku yang suka naik roller coaster, dan rides2 yang terkejut2. hehehe. untuk tiket, kalau nak masuk salah satu , samada disneysea atau disneyland,  admission fees dia adalah dalam 5500 yen. tapi sebab aku jenis yang suka theme park, rasa rugi dah sampai tokyo kalau tak pergi 2-2. so aku decide untuk pegi 2-2 disneysea dan disneyland, 10000 yen. :) tiket beli online. lepas tu jangan lupe print okey. beli kat website tokyo disneyland. semua tnc ada kat situ, in english. :)



so tips bila sampan disneysea ni, apa2 rides pun bila naik, semua free. nak naik cepat pn boleh, takde extra charge tapi, kena ambil fast pass. ambil ticket fast pass tu, lepas tu tengok pukul berapa kite kene masuk, tanpa beratur panjang. tapi syaratnya adalah ambil fast pass tu, kena ambil satu je dulu, then beratur untuk rides lain dulu, baru dapat masuk yang kita ambil fast pass yang mula2 tu. lepas habis naik fast pass yang kita ambil tu, baru boleh ambil fast pass untuk rides yang seterusnya. haa. macam tu. so time management sangatlah penting. aku target naik semua attractions kat sana. so nanti, kalau nak datang, print siap2 peta disneysea. aku pun x cover semua pun games kat dalam tu tp alhamdulillah, we managed to experience 6/8 attractions kat sana. lagi 2 tu, too childish so xnk masuk. :P




kat disneysea xde castle disney yang dibanggakan tu. tapi ada istana2 lain. istana little mermaid, kota agrabah (aladdin), space war, tower of terror, toy story. banyak lagi sampai aku x bleh recall. hehehe. untuk sampai ke sini, kena tukar beberapa train since disney place ni agak jauh sikit dari tokyo city. sampai je kat disney tu, kene naik satu train disney, (cantik gila sebab semua disney) untuk sampai ke disneysea. kalau disneyland, jalan kaki je dah sampai. hehehe. so, apa2 pun gerak la dari hotel tu awal pagi. aku gerak dalam pukul 6 pagi waktu tokyo. sampai disneysea pun penuh dah orang beratur nak naik sampan. beratur sampai entrance kot. T_T so kat sini, kalau rasa nak naik benda yang orang ramai naik, better go early pukul 5 la kot. sebab ramai orang, tapi disneyland lagi ramai orang. ehehe. makanan pula, aku x makan sangat kot. sebab sejuk. minum coffee pastu makan churros je. lain2 aku bawak bekal dari hotel. hehe. bekal pun ape la sangat. bekalan ain dan biskut2 je. :) untuk solat pula, aku solat dekat2 aladin punya castle. bawak kompas kiblat. then solat je. hehehe



kat disney ni banyak sangat cenderahati yag comel2. topi alice in wonderland la, kucing pink alice la, topi mickey, mini mouse semua baju princess ada (untuk anak2). bekas popcorn pun semua nak cantik kan tapi aku tak beli apa2 kat disneysea untuk diri aku. tapi beli paws kucing untuk adik kesayangan aku. hihihi.



kat sini ada medditeranian harbour, mysterious land, mermaid lagoon, arabian coast, lost river delta, port discovery, dan american waterfront. each of these big 'city' dalam disneysea ni ada attaraction tersendiri. so attraction untuk fast pass ialah :

  1. tower of terror (highly recomended)
  2. toy story mania
  3. stormrider (highly recommended)
  4. indiana jones adventure : temple of the crystal skull (highl recommended)
  5. raging spirit (highly recommended)
  6. journey to the centre of the earth (highly recommended)
  7. 20,000 leagues under the sea
  8. magic lamp teathere

so out of all, aku suka gila tower of terror, stormrider, indiana jones dengan raging spirit. tapi yang tower of terror tu, aku kan, kalau la aku paham japanese, aku rasa tahap keseraman hotel berhantu tu boleh mencapai naik bulu roma. tapi sebab aku tak faham, jadinya aku seram ala-ala kadar jela. seram jugak tapi alaaaaa…. x paham laa jepun. wahaha. yang lain pun best! okey, for those yang bawak bag macam aku, bag galas ke, atau pun bag silang, bawak camera besar dslr tu, no worries, tiada laci pun yang perlu disewa untuk naik rides. sebab semua rides tu selamat. roller coaster pun xde la sampai pusing2 jatuh barang, tak. semua dia dah kasi tempat letak bag kat bawah kaki. so kene zip. barang selamat. camera pun alhamdulillah 2-2 selamat. jangan risau. hehe. jom tengok apa yang ada kat disneysea! pada aku view kat sini cantik sbb banyak scenery yang semulajadi!
























Tokyo Disneyland


Entrance Fee : dah explain kat disneysea. ehe



this is the most attarction kat tokyo yang membuat kan aku melonjak2 nak datang jepun ni sebenarnye. aku nak sangat datang disneyland. hehehe. lain2 tu aku suke jugak. and finally, aku jejak jugak disneyland ni walaupun bukan di carlifornia, bukan di paris tapi di tokyo. wheeee!



kat sini semestinya lah ada castle para princess2 tu. wheee. suka! ada macam2 rides. snow white rides, winnie the pooh, alice in wonderland, cinderella, its a small world after all, peter pan, monter inc, dan macam2 lagi! omg aku sangat excited sampai kadang2 aku lari dari group sebab nak tengok disney parade. semua orang bentang tikar sebab nak tengok parade tu. hehe. aku macam biasa lah. duk hi2 bye2 dengan santa clause yang duk atas kete berhias, dengan penari2 princess2 seme tu. hihi. excited katenyeee. :P



walaupun kat sini most of all rides mmg untuk kanak2, tapi we enjoyed ourselves to the max! teringat balik zaman kecik2 dulu. hiiii. so as usual, kami akan terjah all attractions dulu tapi ingat, fast pass attarction ni x semua best pun. so pilih2 jugak. yang ni aku banyak jugak beratur yang bukan attraction yet still puas hati gilaa! konsepnya sama seperti disneysea, amik fast pass, pastu jalan pastu main pastu jalan. hehehe. orang kat sini ramai ya. siap ada stroller parking nak katenye ramai kanak2 datang sini. so attractions adalah :

  1. big thunder mountain (highly recommended)
  2. splash mountain (highly recommended tapi ride ni macam wet sket nnt sbb masuk dalam air)
  3. haunted mansion (highly recommended)
  4. monster inc go hide and seek
  5. star tours : the adventure continues
  6. space mountain
  7. pooh's hunny hunt

so aku xde la dapat semua main kat situ. just few sbb ramai gila orang. sat sini seriously sejuk. pakau lah sarung tangan pun bleh menggigil. kalau pukul 4 tu dah maghrib, haa bersedialah kesejukannya dengan angin dan cuaca. XD haa lupa pula kalau nak solat, solat je mana2, yang terlindung sikit. kalau kat sini kami solat kat star wars tu. sebab x ramai sangat orang. bawa skali kompas kiblat :) xpe jangan risau sebab kat jepun ni xde sape pun yang akan rasa awkward kalau tengah solat. dorang buat tak kesah je. so bleh je khusyuk solat. hehehe.




















so here we were at disneyland. gambar random dari semua carea. masing2 dah beribu2 so aku random pick je untuk letak kat sini. raw dan x edit. wahahaha. kat sini kami makan pastry je kat disney cafe. roti dengan air je kami makan pastu on the way balik hotel baru beli nasi kebab tu. hehehe. so kat sini we had so much fun! kat disneyland ni rasa2 satu alam fantasi yang aku rasa aku happy fun and enjoy much! kami balik dalam pukul 8 untuk bersedia pagi esok ke mount fuji pula! naik train awal pagi! hehe tata!





okey ni je panjang berjela aku cerita pasal disneyland and sea. next, mt fuji dan odaiba! 




p/s : long way to go about japan! but i still got the aura to recall the memories. XD