Monday, March 3, 2014

Edisi Travel Ke Jepun : Tempat-Tempat Yang Di Lawati dan Tips-Tips Penting Part Akhir

Assalamualaikum…



dari Mt Fuji, kami kembali ke kota Tokyo. kami kembali ke hotel yang kami tumpang letak luggage haritu, di Fresa Inn, Sotetsu. kami dari Mt Fuji tak makan apa2 lagi so kami singgah ke shopping mall berdekatan dan membeli 2 kotak donat Krispe Creme. lepas tu kami beli lagi sekotak sorang Takoyaki. almaklumlah, perut melayu. nak jugak benda2 masin yang mengenyangkan. lagi2 aku ni ha. menangis kalau tak dapat nasi. :P oh sebelum terlupa, kami stay di K'House semasa berada di fuji. di sana, biliknya sangat nyaman dan kami kene belajar macam mana nak tido cara jepun. nasib baik rummet aku, danya ni sempoi orangnya. bentang tilam tido je. wahaha XD



lepas check out dari Fresa Inn, kami terus ke airport untuk letak luggages/bags, sebab malas nk ke hulur-kehilir bawak luggage jalan2. so kami temporary letak luggages kat airport tu 500 yen je per day. selamat dan sangat secure.  kami terus amik train, ke odaiba! :D



Gundam Statue

Admission fees : Free

sememangnya gundam statue ni satu landmark yang sangat popular di Jepun dan letaknya di odaiba. gundam (cara sebut dia, gan-dem) ni dibina 1cm : 1cm dengan robot asal. so memanglaaaaa tinggi bebenor robot ni depan2 shopping mall pulak tu. hehehe. so i am proudly to be here. wheee











Madamme Tussauds Tokyo


Entrance Fees : RM43 (sebab beli online. :P)

okey. tempat ni adalah museum orang lilin yang dorang buat saiz asal selebriti2,  politicians2, sportsmen/women, artis yang terkenal di seluruh dunia. 1st time aku masuk lif kat sini, aku nampak bruce willis! wow! kat sini aku posing semua jadi best friend aku. hahaha. menempek jela kerja nye laa? :P
























Trick Eye Museum


Entrance Fees :  900 yen

kat sini museum ni ala2 musem kat icity tu (aku pun tak pernah pegi tapi geng2 travel aku cakap macam tu) hehe. banyak la benda yang aku rasa wohooo! tricky sangat. tapi silap aku pakai baju fishtail  , stokin kuning, jeans oren. nampak tak color block aku tu. hahaha. nampak macam… err. hahaha. so lets see what's inside!


















Takoyaki Museum

kami lunch di sini! tempat ni dalam bangunan yang sama dengan Madamme Tussauds dan Trick Eye Museum tu. kat sini semua jual tako. hehehe. nikmatnya makan tako macam makan nasi kat malaysia. overrrr! kesian kan aku sebab xde nasi. makan sajelah cucur jepun tu. 400 yen sajo. (rm12) sedap juga. ittadakimasu! :D







Statue Of Liberty Replica

Statue of Liberty Replica ni hanyalah di tepi jalan sahaja. freee boleh amik gambar dengan tenang. hehehehe









Rainbow Bridge.


this is the very last place that we had visited last time. masa ni rasa sedih sangat sebab dah nak tinggalkan japan yang sangat lain budayanya, cuacanya, dan dan budi bahasa paling best, teknologi high class bagi aku. okey, meh aku kasi gambar kenagan untuk di abadikan sepanjang berada di odaiba. :')










tamat sudah perjalanan kami ke jepun. kami terus ke airport sebab flight kami ke malaysia adalah pada pukul 12 tengah malam. kenangan aku semasa berada di jepun adalah kenangan yang sangat manis. geng2 travel aku semua sangat sporting. sangat happening. xde drama2 masam muka. hehe. rindu kau la danyaaaaa! rindu pillow talk malam2. aku xpernah kenal danya before this. tapi aku tahu dia seorang traveller yang hebat juga. ;') danya, jom jalan lagi? hihi

mari kumpul duit nak pergi lagi! ke osaka pula kita yuk? XD




p/s : next, engagement pula! :D hehe

Sunday, March 2, 2014

Edisi Travel Ke Jepun : Tempat-Tempat Yang Di Lawati dan Tips-Tips Penting Part 3

Assalamualaikum…




Mount Fuji, Tokyo!

habislah sudah episod aku dan kawan-kawan menyewa di Asakusa  beberapa hari. kami checked-out bilik awal pagi. packing all baggages lepas tu bergerak ke next destination iaitu, ke mount fuji! mount fuji kebetulan masa tu tengah beralih musim dari autumn nak masuk winter. so daun daun yang ada tu masih lagi oren-oren, kuning dan merah tapi suhu tu sejukkk! kena pakai 4 lapis baju. kalau x sejuk menggeletar. sebelum bertolak ke sana menaiki train, kami hantar luggages/baggages ke hotel sebelum kami balik ke malaysia dulu. sebab xnk bwak luggage ke mt fuji. renyah berseranggah nk angkut semua so kami bawak bag kecik je sebab nak duk sana semalaman je. so kat sana kami sewa kereta Nissan March. booking online, bayar kat sana. kereta hybrid, kecik comel je. :D 



SnowTown Yeti

Entrance Fee : 1800 yen


first of all kami sangat lah excited bila nampak mount fuji dari jauh. besarnyeeee! Allahuakbar! Maha Suci Allah sangat cantik ciptaan Allah. aku bersyukur kerana aku dapat melihat dengan mata kasar atas kurniaan-Mu ya Allah. okay bila sampai sini, aku nak sangat main salji! so aku pakai set baju tebal2, supaya aku tidak kesejukan. :) aku tengok xramai sangat yang pergi kat sana. mungkin bukan weekend.  kat sini aku pakai long john, baju tshir 2-3 helai, n jacket. seluar aku pakai seluar uniqlo lepas tu pakai lagi legging kat dalam. sebab sejuk baq hanggg! sarung tangan jangan dilupakan.


bila masuk kat sini, sebenarnya ada banyak game. tapi kami x de ski board tu. nk main sledding pun x buka lagi. so kami main salji jelah. tapi bukan salji betul2. salji buatan je. hehehe. sebab x masuk musim salji betul2 lagi. so kami main kat playground je buat orang salji kecik je pun jadi lah. hehe asalkan main salji. :D














Kachi Kachi Ropeway


Entrance Fees : 700 yen


lepas main snow, kami ke kachi kachi ropeway. so kat sini naik cable car lepas tu naik atas bukit (macam bukit bendera gitu) untuk tengok permandangan mt fuji, bukit2 dan tasik2 sekelilingnya. :) very breathtaking !



















Lake Kawaguchiko

Entrance Fee : freee!


hehe. free saje tempat ni sebab tepi jalan. so kat sini la kalau nak amik gambar, best shot for mount fuji. duduk tepi tasik. gambar macam dalam kalender/poster pulak. hehehe. cantik kat sini! dan akhirnya aku nampak juga snowflakes kat kereta masa nak naik kereta nak datang ke tempat ni. wheeee!


















Kawaguchiko Music Forest

Entrance Fees : 1300 yen


kat sini konsepnya lebih kepada bangunan heritage, rose garden n more to paris punya bangunan, tapi berlatarbelakangkan mt fuji. so we all just walked and take a lot of pictures! sebab tempat ni ala2 paris yang cantik! hihi














Fujikyu / Fuji-Q Highland


Entrace fees :  1 game = 1000 yen.  One Day Entrance : 5000 yen


kat sini macam kat genting highland. banyak gila roller coaster yang extreme punya extreme kat sini. rumah hantu pun bukan nya rumah hantu tapi hospital berhantu. entrance fee untuk rumah hantu x termasuk dalam entrance yang kita bayar mula2 tu. sebab dia macam kene bayar lain, 500 yen. aku dan izzat berjaya naik roller coaster yang tepanjang di dunia, terlaju, di dunia. ada guiness world record bakhang! seriously kecut tapi last2 tu macam boleh adapt je hahaha. aku x main semua sebab kesuntukan masa nak hantar balik kereta sewa comel tu. hehe. so aku main 2 je. fujikyu king coaster dengan hospital hunted tapi aku quit awal rumah hantu tu ha. sebab rumah hantu ada sijil guiness world scariest haunted house. 



haunted house tu kalau rasa nak tahu, meh jumpa aku. aku bleh cite satu2 sebab kalau nk cerita kat sini aku rasa x boleh nk interact guna tangan n expression muka. wahaha. sebab dramatic banyak kot kat dalam rumah tu. ada mak ju-on, anak ju on, hantu pakai baju doktor la, hantu pesakit lah. macam2 jenis. lol!







so ini lah yang kami lakukan sepanjang berada di mount fuji! takde mendaki sebab tengah musim sejuk. angin2 kuat nanti bahaya hehehehe. lepas tu kami balik semula ke kota tokyo, menginap semalaman dan bersedia untuk pulang ke tanah air tercinta. tapi kami sempat lagi berjalan ke odaiba. so next entry is my last entry about trip to japan. lets go to odaiba! :D tata!