Monday, August 1, 2011

Working With Dutch Lady! :D

Assalamualaikum.





haha. setelah 3 minggu bekerja, baru saya nak update entry pasal kerja kan? what ive been working for now is to make kiddos happy!





saya bekerja di bawah satu syarikat yang mengendalikan event2 Dutch Lady ke tadika-tadika di Lembah Kelang. saya bekerja sebagai assistant kepada speaker di mana tugas saya ialah memandu kereta Avanza ke tadika-tadika dan memakai maskot Dutch Lady Kid sebagai kawan baik aka best friend kepada speaker saya, Lala.





saya juga turut dibantu oleh seorang lagi rakan di mana beliau ditugaskan untuk mengambil gambar dan menjadi ko-pilot semasa pemanduan saya. tapi kadang-kadang dia suka tidur. dan saya akan bersama garmin seorang diri. LOL. maka dari ketiduran beliau, saya juga turut berjagkit menguap dan mengantuk sama. =.=





setakat ini, alhamdulillah, saya telah memandu ke serata lembah kelang. ada yang sampai ke sepang, banting, puchong, ampang, shah alam, puncak alam,damansara dan berdekatan rumah saya sendiri iaitu di seri kembangan. :D oleh kerana saya suka memandu makanya tiada masalah bagi saya. cuma kadang-kadang saya bengang dengan garmin sebab dia bawa jalan yang jauh dan tol yang banyak. hoho.





apabila saya sampai di tadika, tugas saya ialah unload barang dari kereta dan memberi flashcards kepada speaker. kemudian saya membina maskot Dutch Lady Kid dan memakai tangan dan kaki yang berwarna oren. bersedia untuk bertemu kanak-kanak tadika dan menjadi the centre of attraction. ;p




kanak-kanak memang curious dengan maskot kotak tu. unfortunately, kiddos akan nampak muka saya kalau dia orang stare like hell kepada muka saya. nahas memang mereka nampak sy yang pakai maskot tuh. haha. well anyway, xde la panas sagat sebab dalam 10-15 minit je pakai benda tu. lepas nyanyi sama2 dengan kiddos n bagi susu dutch lady free, saya pun put off the maskot. jadi orang biasa balik dan sambung aktiviti dengan kanak2. :)




selepas itu, saya akan bersama-sama rakan lain untuk aktiviti senaman ringan dan memberi goodies bag secara free. haa. dalam goodies bag tu ada height chart, stickers, air kotak dutch lady kids, voucher, brochure, dan survey yang mana kanak2 perlu hand in kepada kami balik untuk KPI kerja kami. :)




saya suka kerja begini sebab saya suka entertain kanak-kanak. bila saya tgk kanak-kanak happy, maka pakai maskot pun x rasa panas. betul. :D btw, maskot saya tak kepam tau. sebab dah basuh dengan softlan. wheeee. :)




anyhow, saya sediakan sedikit gambar untuk tatapan kalian semua. :)




that iis me, wearing the maskot. :D this is Tadika Everland Cheras. :)




this is me after put off the maskot. location : Qdees Pinggiran Putra. :)





taraaaa! close up. nampak muka tak kat biru tu? tak kann? ;p





saya tak pernah rasa bosan kerja sebegini. sebab saya dapat cheer up n chill dengan kiddos. kerja ni saya idamkan sewaktu dulu. tapi dulu sy nak kerja jadi cikgu tadika tapi dah cukup orang. heee. best! TQ Lala, Tq Abang aswad sebab kasi job ni kepada saya. :D




p/s : this is my 1st job anyway! :D macam x percaya sebab dapat duit gedebuk gedebuk tiap-tiap minggu. hehehe

3 comments:

~izan~ said...

comelnya adik akak dlm tu..walaupun akak tak nampak tp akak tahu awak mmg cantik n comel...

slmt menunaikan ibadah puasa dik..kim slm umi...

ღ TeRU²bOzUღ said...

awak comel gila maskot ok! haha

Unknown said...

macamana nak apply kerja dutch lady ni?

macam best je pakai mascot :D

please pm saya details/infos kak :)

iamtedmosby92@gmail.com