Sebelum tu, saya nak perkenalkan diri saya dulu. saya tuan rumah blog, Yaya. saya ke Krabi bersama dengan 2 orang member yang kedua-duanya suka travel. :D so perkenalkan, Shaadeah dan Nadine! :D
Deaa and Nadine! hi! :)
anddd, this is me, Yaya! :)
First and foremost, saya akan explain to bits about the budget for each person if you wanna go to Krabi. sebab kami dah limit utk ke krabi, perbelanjaan tidak lebih dari RM1000, so alhamdulillah, kami capai target itu. hehehe. Mata wang Thailand lebih kurang, RM10 = 100 Baht. lebih kurang macam tu la. kalau tukar duit pun sebenarnya, masa saya tukar tu, RM10.44 = 100 Baht. kene tambah duit sikit utk dapat cukup 1000 baht. so currency tu depends pada hari. ada yang murah, ada yang mahal. :)
So kami bertiga dah merancang untuk ke Krabi pada Januari 2013. alhamdulillah, kami dapat beli harga Promo Air Asia masa tu. so total tiket KUL-KBV, KBV-KUL, ialah RM169 per person. lepas tu kami add on untuk luggage up to 15kg, so total for ticket per person was about RM183/person.
Settled bab tiket, lepas tu Dea managed to find our accommodation kat sana. so alhamdulillah, she got the best price from Agoda. okay, kalau nak book hotel from agoda, kene bayar via paypal. :) dea dapat hotel yang paling murah, which is RM50/night. kami pergi ke krabi dalam 4 hari 3 malam. so total up for chalet kami, dengan tambah tax Agoda yang lagi mahal dari sewa chalet, ialah, RM110 per person, extra bed dan free breakfast. oh ya, kami dapat chalet nama dia Ao Nang Cliff View Resort, yang mana chalet ini sedikit jauh dari bandar dan pantai Ao Nang. tapi jangan risau sebab chalet provides free transfer to Ao Nang beach and Ao Nang town. :D
Untuk pakej ke sana, saya tak beli dari Malaysia. tidak juga beli dekat MATTA fair sebab agak mahal sebenarnya. so selepas kami usha blog dan pendapat orang ramai, kami beli pakej selepas sampai di krabi. sebab apa? sebab kat sana harga tak fixed and boleh nego habis habisan untuk dapatkan best price for those activities yang sangat awesome!
so while heading to our chalet, kami dapat tawaran yang best untuk pakej yang kami rancang. so untuk activities, kami dapat harga RM290, untuk 2 hari activities, iaitu, ke Phi Phi Island, Maya Bay, snorkeling, viking cave, monkey island, lunch, night market (malam), elephant trekking, atv, water rafting, elephant show, monkey show, fruit picking and food testing and last but not least, airport transfer from chalet. :) sangat worth it sebab banyak sangat aktiviti so ikut sajelah jadual mereka. tak payah amik taxi. tunggu depan hotel, dorang datang amik. hehe. like a boss gitew! :D
so total up,
Ticket = RM183 +
Chalet = RM110+
Activity = RM290
Grand Total for travel to Krabi WITHOUT duit belanja is
= RM583
hehe. so jelas sekarang? alrite part 2 akan menyusul cerita dari awal sampai akhir perjalanan kami ke sana. i promise ypu that i will include all my expenses utk beli souvie, makan minum, perjalanan, dan perkhidmatan lain. hehe. so jangan risau insyaAllah xde duit selindung selindung. hehehehe. alright, tunggu ye part 2. :D
to be continued.... :D
subhanallah, pertama kali saya tgk awan secantik ini. macam kapas! :') sungguh besar kebesaranMu ya Allah. :')
9 comments:
I love Krabi Yaya...Wished to pay a visit the Krabi soon~~~<3 Nice sharing!:)
bestnya.. xsabar nk tgu next post..
thank u Yaya for the information! =) cant wait for the part 2 hehe
cpt sambung yaya!! hehe xsabar nk dgr. nak plan jugak trip jalan2 kat sana ^_^
aii yaya !! bestnya dapat gi krabi.. happy 4 u.. anyway nak tanya yaya amik pakej to dr TA mane ehh ? ade gamba tak ? TQ
Salam. Sis, nak tanya sikit, pakej aktiviti yg rm290 tu kat mana dpt eh? Pakej tu murah and berbaloi sangatt. In shaa Allah saya pun akan ke krabi 2 mggu lagi :)
thanks all! ^^ much appreciated! :D
hi Marlina!
pakej yg RM290 tu kami dapat masa otw dari airport ke aonang. kalau amik taxi dari airport tu, taxi2 ni mesti akan stopped by kat satu port ni n org2 pakej ni akan masuk taxi n tawar menawar. masa ni u boleh mintak price paling murah. mintak je. sbb dorang akan bagi yang paling berbaloi2 hehe
Ya Allah, bestnya. Boleh tak dapatkan email or no phone. Sebab memang nak pergi sangat krabi tapi taktahu nak manage, so boleh lah tanya tanya lagi detail kan.
HAI, nak tny pakej yg diorg offer tu tak include penginapan la kan?
Post a Comment