Sunday, March 2, 2014

Edisi Travel Ke Jepun : Tempat-Tempat Yang Di Lawati dan Tips-Tips Penting Part 2

Assalam.. :) sambung terus yer..




Roponggi Hills/ Tokyo Night City / Mori Art Museum

Entrance Fee : 1500 yen untuk naik Mori Tower.

Roponggi hills ni adalah satu spot sight-seeing para waktu malam untuk melihat pemandangan kota tokyo yang dipenuhi dengan lampu2 yang sangat cantik! roponggi hills ni sebenarnya satu shopping mall/ office, dan ada museum mori art. admission untuk mori tower tu 1500 yen tu free sekali dengan mori art museum tu. so kami  ke Mori art museum dulu sebelum lepak ke mori tower. let see what's inside in the Mori Art Museum tu.



















Tokyo DisneySea

Entrance Fees : 10,000 yen. (sebab beli untuk 2-2 theme park, disneysea and disneyland)


Buat pengetahuan semua, di tokyo mempuanyai jenis disney, iaitu, disneysea dan disneyland. disneysea ni lebih kepada adult ride tapi no worries x adult sangat pun. hehehe. cuma extreme dia untuk kanak2 yang umur lebih 12 tahun, macam tu.. hehe. pada aku, nak ikutkan extreme, extreme lagi rides kat USS (universal studio singapore) ehe. USS tu biasa lah memang adult punya rides aku pun kecut perut. so dah namanya disney rides, yang ni pada aku, sesuai la dengan aku yang suka naik roller coaster, dan rides2 yang terkejut2. hehehe. untuk tiket, kalau nak masuk salah satu , samada disneysea atau disneyland,  admission fees dia adalah dalam 5500 yen. tapi sebab aku jenis yang suka theme park, rasa rugi dah sampai tokyo kalau tak pergi 2-2. so aku decide untuk pegi 2-2 disneysea dan disneyland, 10000 yen. :) tiket beli online. lepas tu jangan lupe print okey. beli kat website tokyo disneyland. semua tnc ada kat situ, in english. :)



so tips bila sampan disneysea ni, apa2 rides pun bila naik, semua free. nak naik cepat pn boleh, takde extra charge tapi, kena ambil fast pass. ambil ticket fast pass tu, lepas tu tengok pukul berapa kite kene masuk, tanpa beratur panjang. tapi syaratnya adalah ambil fast pass tu, kena ambil satu je dulu, then beratur untuk rides lain dulu, baru dapat masuk yang kita ambil fast pass yang mula2 tu. lepas habis naik fast pass yang kita ambil tu, baru boleh ambil fast pass untuk rides yang seterusnya. haa. macam tu. so time management sangatlah penting. aku target naik semua attractions kat sana. so nanti, kalau nak datang, print siap2 peta disneysea. aku pun x cover semua pun games kat dalam tu tp alhamdulillah, we managed to experience 6/8 attractions kat sana. lagi 2 tu, too childish so xnk masuk. :P




kat disneysea xde castle disney yang dibanggakan tu. tapi ada istana2 lain. istana little mermaid, kota agrabah (aladdin), space war, tower of terror, toy story. banyak lagi sampai aku x bleh recall. hehehe. untuk sampai ke sini, kena tukar beberapa train since disney place ni agak jauh sikit dari tokyo city. sampai je kat disney tu, kene naik satu train disney, (cantik gila sebab semua disney) untuk sampai ke disneysea. kalau disneyland, jalan kaki je dah sampai. hehehe. so, apa2 pun gerak la dari hotel tu awal pagi. aku gerak dalam pukul 6 pagi waktu tokyo. sampai disneysea pun penuh dah orang beratur nak naik sampan. beratur sampai entrance kot. T_T so kat sini, kalau rasa nak naik benda yang orang ramai naik, better go early pukul 5 la kot. sebab ramai orang, tapi disneyland lagi ramai orang. ehehe. makanan pula, aku x makan sangat kot. sebab sejuk. minum coffee pastu makan churros je. lain2 aku bawak bekal dari hotel. hehe. bekal pun ape la sangat. bekalan ain dan biskut2 je. :) untuk solat pula, aku solat dekat2 aladin punya castle. bawak kompas kiblat. then solat je. hehehe



kat disney ni banyak sangat cenderahati yag comel2. topi alice in wonderland la, kucing pink alice la, topi mickey, mini mouse semua baju princess ada (untuk anak2). bekas popcorn pun semua nak cantik kan tapi aku tak beli apa2 kat disneysea untuk diri aku. tapi beli paws kucing untuk adik kesayangan aku. hihihi.



kat sini ada medditeranian harbour, mysterious land, mermaid lagoon, arabian coast, lost river delta, port discovery, dan american waterfront. each of these big 'city' dalam disneysea ni ada attaraction tersendiri. so attraction untuk fast pass ialah :

  1. tower of terror (highly recomended)
  2. toy story mania
  3. stormrider (highly recommended)
  4. indiana jones adventure : temple of the crystal skull (highl recommended)
  5. raging spirit (highly recommended)
  6. journey to the centre of the earth (highly recommended)
  7. 20,000 leagues under the sea
  8. magic lamp teathere

so out of all, aku suka gila tower of terror, stormrider, indiana jones dengan raging spirit. tapi yang tower of terror tu, aku kan, kalau la aku paham japanese, aku rasa tahap keseraman hotel berhantu tu boleh mencapai naik bulu roma. tapi sebab aku tak faham, jadinya aku seram ala-ala kadar jela. seram jugak tapi alaaaaa…. x paham laa jepun. wahaha. yang lain pun best! okey, for those yang bawak bag macam aku, bag galas ke, atau pun bag silang, bawak camera besar dslr tu, no worries, tiada laci pun yang perlu disewa untuk naik rides. sebab semua rides tu selamat. roller coaster pun xde la sampai pusing2 jatuh barang, tak. semua dia dah kasi tempat letak bag kat bawah kaki. so kene zip. barang selamat. camera pun alhamdulillah 2-2 selamat. jangan risau. hehe. jom tengok apa yang ada kat disneysea! pada aku view kat sini cantik sbb banyak scenery yang semulajadi!
























Tokyo Disneyland


Entrance Fee : dah explain kat disneysea. ehe



this is the most attarction kat tokyo yang membuat kan aku melonjak2 nak datang jepun ni sebenarnye. aku nak sangat datang disneyland. hehehe. lain2 tu aku suke jugak. and finally, aku jejak jugak disneyland ni walaupun bukan di carlifornia, bukan di paris tapi di tokyo. wheeee!



kat sini semestinya lah ada castle para princess2 tu. wheee. suka! ada macam2 rides. snow white rides, winnie the pooh, alice in wonderland, cinderella, its a small world after all, peter pan, monter inc, dan macam2 lagi! omg aku sangat excited sampai kadang2 aku lari dari group sebab nak tengok disney parade. semua orang bentang tikar sebab nak tengok parade tu. hehe. aku macam biasa lah. duk hi2 bye2 dengan santa clause yang duk atas kete berhias, dengan penari2 princess2 seme tu. hihi. excited katenyeee. :P



walaupun kat sini most of all rides mmg untuk kanak2, tapi we enjoyed ourselves to the max! teringat balik zaman kecik2 dulu. hiiii. so as usual, kami akan terjah all attractions dulu tapi ingat, fast pass attarction ni x semua best pun. so pilih2 jugak. yang ni aku banyak jugak beratur yang bukan attraction yet still puas hati gilaa! konsepnya sama seperti disneysea, amik fast pass, pastu jalan pastu main pastu jalan. hehehe. orang kat sini ramai ya. siap ada stroller parking nak katenye ramai kanak2 datang sini. so attractions adalah :

  1. big thunder mountain (highly recommended)
  2. splash mountain (highly recommended tapi ride ni macam wet sket nnt sbb masuk dalam air)
  3. haunted mansion (highly recommended)
  4. monster inc go hide and seek
  5. star tours : the adventure continues
  6. space mountain
  7. pooh's hunny hunt

so aku xde la dapat semua main kat situ. just few sbb ramai gila orang. sat sini seriously sejuk. pakau lah sarung tangan pun bleh menggigil. kalau pukul 4 tu dah maghrib, haa bersedialah kesejukannya dengan angin dan cuaca. XD haa lupa pula kalau nak solat, solat je mana2, yang terlindung sikit. kalau kat sini kami solat kat star wars tu. sebab x ramai sangat orang. bawa skali kompas kiblat :) xpe jangan risau sebab kat jepun ni xde sape pun yang akan rasa awkward kalau tengah solat. dorang buat tak kesah je. so bleh je khusyuk solat. hehehe.




















so here we were at disneyland. gambar random dari semua carea. masing2 dah beribu2 so aku random pick je untuk letak kat sini. raw dan x edit. wahahaha. kat sini kami makan pastry je kat disney cafe. roti dengan air je kami makan pastu on the way balik hotel baru beli nasi kebab tu. hehehe. so kat sini we had so much fun! kat disneyland ni rasa2 satu alam fantasi yang aku rasa aku happy fun and enjoy much! kami balik dalam pukul 8 untuk bersedia pagi esok ke mount fuji pula! naik train awal pagi! hehe tata!





okey ni je panjang berjela aku cerita pasal disneyland and sea. next, mt fuji dan odaiba! 




p/s : long way to go about japan! but i still got the aura to recall the memories. XD 

Friday, January 17, 2014

Edisi Travel Ke Jepun : Tempat-Tempat Yang Di Lawati dan Tips-Tips Penting.

Assalamualaikum. :)




setibanya kami sampai ke Tokyo International Airport (Haneda), perasaan aku masa tu, Ya Allah, aku bersyukur sangat sebab diizinkan melawat ke satu negara Asia yang sangat maju dengan segala benda macam. haha ayat ape la ni kan tapi aku nak highlight kat sini, aku tak pernah terfikir pun nak datang tokyo sebab tahu jauh dan mahal. tapi bila Allah izinkan, alhamdulillah, aku syukur sangat2 walaupun kapal terbang haritu agak terhuyung hayang dek jerana angin yang kuat.







Tokyo International Airport. (Haneda Airport)

alhamdulillah, di airport ni boleh akses wifi free. sebab kami semua sampai agak lewat, dalam pukul 11.30 malam, maka kami tidur di airport saja. airport haneda ni cantik sangat sebab kedai2 kat dalam dia memang japanese style. :) pekerja2 di airport tu sangat la murah dengan senyuman dan ramah-ramah (padahal dorang sebut arigato je) tapi aku rasa dihargai sebab aku jarang dengar terima kasih kat malaysia. (hujan emas di negeri orang kaedahnya) haha!







Asakusa

destinasi pertama kami untuk penginapan kami. kami sampai di sini dalam pukul 7.30 pagi tapi guest house buka pada pukul 8. tips penting di sini adalah, untuk pengetahuan, Check-in hotel/guest house adalah pukul 3 petang. so kami letak luggage sahaja dulu tapi tak dapat bilik lagi since we were too early to arrive there. kami amik barang dan terus keluar bersiar-siar. :D 




kami stay di Khaosan Guest House Asakusa. ada roof top, so malam2 boleh la nak makan megi kat atas. tapi ya ampun sejuk gilos. T_T. ada dapur nak masak2 nasi, masak megi, masak air semua dia dah provides barang2 perkakas dapur. tapi kami bawa bekas sendiri demi menjaga kebersihan. yelah kan, takut la apa tah dorang makan kan. so sendiri punya kepuasan. hihi. rumah tu jugak ada ruang tamu skali dengan tv, so makan2 pun lepak dengan tv. :) wifi pun free so senang nak online semua. kat guest house ni kebetulan ada juga satu family dari malaysia. so memang rumah tu kami yang punyaa hahaha! :P another tips is, kalau rasa mual nak makan megi, nak makan nasi, boleh beli nasi yang dah siap masak kat Family Mart. Nasi kosong satu mangkuk banyak la jugak boleh makan dengan tuna yang bawak sendiri. nasi tu 100 yen je. hehe. Family Mart ni mana2 pun ada jangan risau. :) kami pun makan jugak nasi kebab 500 yen yang ni confirm halalan toyyiban sebab yang jual tu orang arab turkey lepas tu ade tanda halal kat signboard dia. nasi tu bersama dengan isi-isi ayam yang penuh  di atas. nyummy nyeee! aku kenyang makan nasi tu sampai tumpang letak dalam peti ais esok sambung makan untuk breakfast. hihi








Tokyo Sky Tree

Entrance Fee : 2000 yen 

kami jalan2 ke Tokyo Skytree Tower. nak masuk sini kalau x silap kena bayar dalam 2000 yen untuk sampai ke 350m ketinggian menara. dari atas kami melihat bandar tokyo macam miniature. cantik sangat! :D its a sight-seeing from not-so-top-of-the-tower. tapi cantik la. aku hanya menikmati permandangan. subhanallah. cantik.. :D





















Akihabara

Entrance Fee : Free

akihabara ni satu tempat yang aku suka sangat2. tempat ni bagai syurga elektronik. tapi kat Jepun ni most of them are Apple user so kat sini memang banyak la apple stores. akihabara ni jugak satu tempat anime. aku excited gila bila nampak bangunan Sega, Ban Dai, etc etc sebab aku tahu tu brand mainan adik2 aku masa kecik2 dulu beli power rangers. haha. what a dream, aku rasa macam aku jumpa pengasas mainan adik aku je. poyo pls. haha. aku nampak one piece, conan, gundam, dan lain2 aku x ikut sangat anime bila dah dewasa ni. kat sini aku belikan untuk kawan aku Nikon 1 warna maroon. harga dia wayyyy cheaper 50% dari harga Malaysia. you calculate!  :P






sega building I'm soo excited!


 Gundam kecik. hehe


 aku beli 2 biji telur gundam ni untuk adik aku yang Gundam madness!


Koishikawa-Korakuen

Entrance Fee : 300 yen

tempat ni adalah garden yang dipenuhi dengan pokok maple. Subahanallah! kami datang pulak masa autumn. memang cantik sangat2 taman tu dipenui dengan pokok yang daunnya berwarna kuning, oren, merah, hijau. heee. romantik ke pulak jiwang pls! hahaha. nak masuk sini kena bayar dalam 300yen sahaja. and by the time of march 2014, garden ni akan buat renovation but still can entere the garden. and for your information, this garden is the oldest garden and best japanese garden! :D
















Harajuku

harajuku ni tempat banyak kedai dekat street yet ade juga H&M, ZARA, UNIQLO dan tokyo shopping mall yang gah! kat sini lah aku ade sejarah yang aku takkan lupa sampai bila2 sebab aku hmm... kaki aku terjerlus dalam lubang di antara lantai dan train. later picture will get you a little bit clearer.. sobs. tips kat sini, kalau rasa nak beli baju I love Tokyo, better beli la lat area ni kat street shops sebab harga lat sini paling mural berbanding dengan tempt-tempat lain, iaitu 1000 Yen sahaja. kalau lat lain dalam 1500-2000 yen sehelai. kat sini juga kami merasa crepe jepun yang halal. kenyang jugak boleh la alas perut nak jalan2 yang jauh. :)


only in japan, wifi are dekat tong sampah









dr. marten's here! murahhh!


harajuku crepe! 


 the photographers with their big camera. :D


this is what happened to me. T_T malu siot


Tokyo Camii (Tokyo Mosque)

Entrance Fee : Free

ni lah satu-satunya masjid di tokyo. bangunan nya subhanallah cantik dan nampak gah sangat! kami stopped by solat di sini. masjid ni ada 2 tingkat dan tingkat atas adalah dewan solat utama. :)












Shibuya

Entrance Fee : Free

so ni la tujuan aku sebenarnya nak datang jepun, sebab aku nak jejak tempat Han mati dalam Fast and Furious 6 last time. so here! aku dah jejak dah! yeayyyy! seriously kalau semua jalan lampu merah, semua orang ramai2 lintas jalan! crowded gila! actually ada satu spot yang boleh amik gamba dari atas yang cantik which is dekat dengan shopping mall tepi tingkap tpi masa aku pegi tu xde seat available so duduk jela tepi jalan tu. hehe



dekat sini jugak ada tugu hachiko. sape2 tahu pasal sejarah hachiko ni, mesti datang sini amik gambar dengan hachiko. aku pun amik gambar jugak hihi


















so setakat ni dulu aku share. got many places to share actually. next aku update pasal disneyland yer dan lain2 tempt yang aku jejak sepanjang melawat negara terabit matahari! enjoy reading! hehe tatata! :D


Sunday, January 5, 2014

Edisi Travel : 9 Hari Ke Jepun, Nov-Dec 2013 & beberapa tips penting

Assalamualaikum. :)





alhamdulillah.selamat sudah mengembara ke negara yang sangat sopan santun, paling lemah lembut, paling bersih, paling menjaga adab dengan orang lain, paling menghormati masyarakat sekeliling, dan paling maju di dunia. (as far as i concerned) alhamdulillah, atas izin Allah aku ke sana untuk melawat dan melihat ciptaan Allah yang maha Agung di sana selama 9 hari bersama travel partners. alhamdulillah juga dipertemukan dengan sahabat2 yang kaki melancong. perjalanan sangat2 lah dipermudahkan. dan semua orang happy dan sedih tinggalkan jepun. sobs.



Tiket
pembelian tiket menerusi Air Asia adalah 5 bulan sebelum penerbangan dan pada masa itu ada promosi Buy 1 Get 1 Free Seat. kalau ada promosi lagi murah, better buy early! hehe




Visa
berkenaan dengan visa, jangan risau sebab bermula julai 2013, Japan dah longgarkan sikit kepada rakyat malaysia (dan negara-negara lain aku pun lupe negara mana) boleh mengunjungi jepun TANPA visa. :D so x payah ada duit 6 ribu dan ke atas dalam akaun bank dan buat visa. yeayy! masa tu aku lah manusia paling happy sebab aku kerja freelance sajaaaa. xcukup duit. :P




Passport
passport macam biasa, pastikan 6 bulan sebelum tarikh tamat. kes ni aku kena highlightkan jugak sebab one of my travel partner tak cukup 5 hari untuk sampai 6 bulan. nasib baik nego baik2, lepas jugak naik flight. tq Ya Allah kerana permudahkan urusan. :D




Currency
kat jepun dia guna mata wang Yen, di mana, 1000 yen = RM31.45. yang ni paling murah aku tuka. dekat mid valley sebelah kiosk kedai kopi san francissco. apa2 pun aku kasi tips, kat mid ni kedai kat sebelah kepsi pun murah, sebelah lagi satu pun murah (kedai currency sederet dia jugak). untuk pengetahuan, duit yen ni duit kertas dia available untuk 1000 yen, 10 000 yen dan 100 000 yen sahaja. yang lain, syiling! bayangkan 1000 yen (rm15.++) dalam syiling je. tapi duk sana macam duit singgit plsss. adoi. T_____T aku tuka haritu dalam 60 000yen. alhamdulillah, utk 9 hari duk sane, lepas sangat sbb aku siap shopping sewa kereta etc etc. :D





Train
this is the MOST IMPORTANT THING  i want to highlight sebab, nak pegi mana2 kat jepun ni memang mudah yang sangat sebab jepun ni adalah negara yang ada network train terbesar di dunia. tapi nak pegi mana2 pun, make sure dulu tempat kat mana, then study train betul2. basically train kat jepun ni ade banyak. ada banyak train colour2. merah, hijau, kuning, oren dan lain2. so before pegi, aku sarankan pakai google maps sebab google maps ni bagitahu  the exect train that you have to take to go to your destination.




Places
tempat yang kitorang cover masa kat sana  adalah tokyo dan mount fuji. so, kami stay di asakusa, jalan2 sky tree, akihabara (syurga games n electronic) koishikawa kurakoen, harajuku, shibuya cross(yang fast & furious tu) ,disneyland, disneyseas, mount fuji, fujikyu highland, odaiba, dan lain2 nanti aku update yer. sebab hari2 aku duk sana semua terisi dengan aktiviti.




Makanan
makanan yang kami bawak ke sane kebanyakannya makanan dalam tin, macam biase lah, ayam kurma adabi, tuna in tin, dan segala jenis makanan tin lah. aku bawak jugak bubur 3 in 1 tapi hampeh x sedap. haha. dan juga tak dilupakan, megi 2 peket tapi tak habis. so nasihat aku, x payah la bawak  segala macam jenis makanan sebab berat bag je. aku syorkan korang bawak roti berbuku-buku dan sabwich spread je. senang nak bawak bekal jalan2 boleh makan save duit xpayah beli makanan kat sana. dan jugak kalau nak bawak megi, aku sarankan bawak megi goreng, boleh bawak bekal makan tepi2 garden. hehe. tapi itulah sebab aku ni melayu, end up cari nasik jugak. jangan risau, kat japan ada family mart, and kat situ dia jual nasi kosong yang dah masak dalam 100yen je (approximately rm3) tapi banyak la jugak. tapi kalau rasa nak nasi dengan lauk, aku sarankan beli nasi kebab sebab nasi dia dah ada dengan lauk ayam yang dijamin kehalalannye sebab yang jual kat situ orang arab-turki macam tu. jangan risau, ada tag halal jugak dekat situ. :) aku cuba jugak makan takoyaki sana. sedappp weh! aku makan jugak crepe kat sana. aku makan ceaser salad crepe. hehe. halal dan sedap!





Adab
duk kat sana, kalau nak tanya mereka, mulakanlah dengan "sumimasen" lepas tu nak speaking pun, speaking la hgopefully dorang faham lah kaan. :P lepas dapat jawapan tu mohon lah ucapkanlah "arigato gozaimasu" pastu senyum. sebab orang sana sangatlah ramah dan baik aku pun cair weh duk sana rasa macam vvip sangat. :D tapi kan, dorang tak faham sangat english. huhu. so siap sedialah untuk buat body language agar mereka faham apa yang kamu ingin sampaikan. ehe




Pakaian
sebab aku pegi musim autumn to winter, suhu semestinya sejuk. 10 darjah celcius siang, malam nya lagi sejuk lah kan. bawak lah jacket untuk winter, baju tebal, long john, mafla, kasut boot sejuk tu, dan sarung tangan. dinasihatkan sangat untuk pakai stokin dan kasut yang selesa sebab kat sana banyak jalan kaki. beli lah kasut yang tahan sejuk. :D




Masa, Waktu Solat dan Tempat Solat
kat sana waktu dia subuh pukul 3-4 pagi macam tu, zohor pukul 11, asar pukul 3, maghrib pukul 5 dan isyak pukul 7. so alert lah dengan waktu2 solat yer. tempat solat pula, tak ada specific place sebab kat sana surau xde. so solat lah di tempat yang yakin bersih je dan bawak lah air masak dalam botol supaya senang sikit nak amik air sembahyang. solat lah di mana2 sebab jangan risau, orang jepun ni tak jakun tengok orang solat. dorang ignore je so feel free dan khusyuklah dalam solat. ;D




Signboard
kat japan, signboard semua dalam tulisan rumi. train station pun ada dalam English, and japanese. peta lokasi pun juga disediakan di airport. amik je semua dalam bahasa inggeris. jangan risau. semua tempat ada bahasa inggeris cuma buku komik ke, majalah ke, semua bahasa jepun. hehehe




so aku rasa cukup lah kot untuk persediaan nak pergi jepun. later aku update gambar2 di sana yer. hehehe.


tata! sambung balik nanti. hihii