Friday, September 9, 2011

Manusia Tak Perfect.

Assalamualaikum.




gemok, kurus, senyum sumbing, mata sepet,juling air, mata besar sebelah,hidung reyok, dahi jendul, dahi luas, gelap, tempang,pendek, kerdil, lagi, lagi, dan lagi. sooooo many words yang secara amnya, menjurus kepada apa yang kita directly nampak dan sifat-sifat tersebut dikenali sebagai sifat fizikal. dan semua perkataan di atas seolah-olah memperlekehkan orang.(tak baik tau buat macam tu... huhu)





dan, saya selalu dikritik si kurus. kurus keding. zombie. saya sedih. tapi saya diam je. senyum-senyum kambing. lepas tu jawapan tipikal lah. nak buat macam mana, makan banyak pun tak naik-naik. bukan sebab kurus aje, tapi banyak lagi faktor2 pada diri saya, dari sudut fizikalnya, tidak sempurna di mata-mata yang melihat.sobsss. sedih.. hai si mata-mata, anda perfect kah?





itu contoh sahaja. dan isunya bukan kepada mangsa seperti saya. saya guna diri saya, sebagai contoh terdekat. isunya di sini, saya hairan mengapa harus taksub dengan kesempurnaan? sedangkan kesempurnaan itu adalah milik Allah Yang Satu. siapalah kita untuk menilai kesempurnaan sesama manusia. kerana yang menjadikan kita semua adalah Allah Azzawajalla. jika kita mengkritik sesama kita, maka kita juga mengkritik ciptaan Allah juga. sedangkan kita tahu, ciptaan Allah adalah sempurna. tiada cacat celanya. maka ambillah hikmah dari ciptaaNya lalu beribadatlah kepada Allah. :)





siapalah kita untuk mengatakan orang itu tak cantik? adakah mata kita ini setanding dengan Zat Allah? semua ciptaan Allah adalah indah. kita tidak berhak mempertikaikan ciptaan Allah. mempertikaikan ciptaan Allah adalah satu dosa besar kerana meragui akan ciptaanNya. beristighfarlah jika kita terbuat demikian.semoga Allah megampunkan dosa kita. fikir-fikirkan dan selamat beramal.





p/s : fizikal bukan kayu ukur menilai tahap keimanan seseorang.

6 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

Finally u're back my dear darling!

Unknown said...

terlalu subjektif untuk diperkatakan tentang kecantikan dan kesempurnaan seseorang. Allah hanya pandang kepada hati & iman hamba-Nya :D

salam perkenalan & salam hari raya.

Unknown said...

sangat setuju ! tapi saya selalu diejek sebab saya gemuk pendek,hidung kembang,, dahi luas..sedih memang sedih tapi entah la..huhu

juMa said...

yes..like entry nih!! =))

Anonymous said...

yeah.. totally agree wit u~

mokain said...

sama la mcm sy :(
org slu pgil sy keding..
sedeyh..
article ni best..