Thursday, September 22, 2011

Letak Gambar Di Dinding.

Assalamualaikum.




saya suka subjek fiqh kepenggunaan. dan alhamdulillah, saya di ajar oleh mentor saya sendiri, Ustazah Anisah, dan sekali lagi bertemu dengan ustaz favourite saya, Ustaz Safiri,sebagai mentor dalam tutorial, yang dahulunya pernah mengajar saya pada asasi, subjek pengantar syariah islam.




seperti biasa, tutorial untuk subjek API adalah sesi presentation di mana akan di beri satu tajuk dan sebagai pelaja, perlu mengupas tajuk itu sampai habis. majoriti yang telah mengambil subjek ini mengatakan subjek ini agak kecut perut. sebab ustaz safiri akan kerjakan student habis habisan. yeah! 1st tutorial pun telah diberi warning bahawa ustaz akan tanya student sampai student tu mati kutu dan menangis. huhu. ustaz safiri tak penah berubah. =.=




anyhow, salah satu tajuk yang telah diberi adalah tentang hukum berkenaan gambar//lukisan dan patung/ukiran/ anak patung. kami telah diberi satu persoalan, apakah hukumnya meletakkan gambar graduation di dinding? bukan gambar graduation saja lah. gambar orang dapat pingat ke, gambar family ke.





ustaz : kenapa antum letak gambar dekat dinding? letak dalam album tak boleh ke?

student : mungkin nak jadikan inspirasi kepada anak-anak. nak suruh naikkan semangat dll.

ustaz : kalau nk jadikan inspirasi, tunjukkanlah gambar tu dari album. buka album. x salah kan? buat apa nak frame mahal-mahal, gantung dekat dinding?

student : ---diam

ustaz : mesti yang letak dekat dinding tu ada rasa nak menunjuk. mesti ade punya walaupn sedikit! takkan lah x rasa bangga dengan apa yang dapat tu? heh heh heh. manusia, mesti ada punya rasa riak walaupun sedikit.





putar lah jawapan apa pun dari student, tapi realitinya, apa yang ustaz katakan itu benar. tu baru satu gambar. kalau banyak-banyak gambar kita letak dekat dinding, nak tunjuk dekat sapa? mesti nak tunjuk dekat orang yang datang rumah. kan dah ada niat riak di situ. bangga dan berbangga-bangga adalah satu perkara yang berbeza. tengok pada frasa pun dah tahu yang mana elok, yang mana tak elok.





p/s : letak satu cukup lah. tak payah banyak-banyak. nanti mendatangkan fitnah pun ada jugak. saya anak encik samsudin. it's more than worth. :)

1 comment:

Unknown said...

macam gambar grad tu sume macm xelok la ek letak byk2?