Wednesday, January 4, 2012

Modelling

Assalamualaikum




ramai yang bertanya, "how's your modelling?" saya senyum dan berkata, "saya dah quit modelling since July 2011" :)




keputusan ini adalah muktamad. alhamdulillah, setelah berfikir panjang, saya rasa saya wajib meninggalkan arena modelling, walaupun sebenarnya, dunia modelling itu sangat menarik dan best sebab dapat kenal2 dengan ramai kawan baru. tapi hakikatnya, saya tidak mampu untuk memikul title sebagai seorang model muslimah yang tidak mengikut syariat Islam.




saya akui, sebelum ini saya tersilap langkah untuk menjadikan dunia modelling ini sebagai part -time job saya. tetapi, apabila saya menilai cara mereka "menjual" kredibiliti seorang "muslimah" yang tidak sempurna, maka saya tarik diri dan tidak mahu terjebak lagi. apa-apa pun, saya ingin share serba sedikit tentang garis panduan pemakaian muslimah mengikut dalil-dalil Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.









1. Mesti menutup seluruh angota badan

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud:


"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menutup
pandangan dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannyakecuali yang biasa zahir daripadanya."

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya merekamenyekat pandangan mereka (daripada) memandang yang haram, dan memeliharakehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amatmendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan."


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dan orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara merekayang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dan orang-orang lelakiyang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah s.w.t. Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."





Menurut Imam Malik dan Imam Hanafi dan sebahagian besar fuqaha', maksud yang biasa zahir itu
adalah muka dan tapak tangan. Pendapat itu juga disahkan oleh ijma' ulamak. Ertinya, kaum perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup seluruh perhiasan dirinya kecuali muka dan tapak tangan.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab 59 yang bermaksud:

"Wahai Nabi! Perintahkanlah isterimu, serta perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar); cara yang demikian dikenal (sebagai perempuan-perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."






2. Pakaian mestilah longgar, labuh serta tebal


Pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain-kain yang tidak terlalu licin dan lembut sehingga melekat
di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian tersebut mestilah longgar dan labuh serta tebal. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:



Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat kedua-duanya itu. Pertama, kaumyang membuat tali cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang (penguasayang kejam). Kedua, perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Yang cenderungkepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka tidak dapat jejakkan kaki ke syurga malah tak akan mencium bau syurga padahal bau itu tercium sejauh perjalanan begini-begini (maksud Rasulullah s.a.w dari jarak yang begitu jauh)”Riwayat Muslim


Dikatakan mereka itu berpakaian tetapi bertelanjang kerana pakaian yang mereka pakai itu terlalu ketat
hingga menampakkan bentuk tubuh badan. Kemudian kain yang digunakan terlalu nipis hingga warna
kulit mereka pun jelas kelihatan.



Dari Saidatina Aisyah r.a katanya, Asma’ binti Abu Bakar masuk ke rumah Nabi dengan memakai pakaian
yang nipis. Kemudian Rasulullah s.a.w memalingkan pandangannya sambil berkata:

"Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita apabila dia sudah baligh, tidak boleh lagi kelihatankecuali ini dan ininya." (Baginda mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya)                    - Riwayat Abu Daud

Usamah bin Zaid pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah
yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Qalbi dan Rasulullah s.a.w pula menganugerahkan
kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain tersebut kepada isterinya. Suatu hari, Rasulullah s.a.w bertanya kepada Usamah:

"Kenapa engkau tidak memakai kain qibtiah itu?"

Usamah menjawab:

"Saya telah memberikannya kepada isteri saya."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada Usamah:

"Suruhilah isteri mu mengalas kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain qibtiah itu tidak dialas, maka akan kelihatan besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk badan isterimu)." 




3. Tiada daya memikat dan mempersonakan

Pakaian itu mestilah tiada daya memikat dan mempersonakan orang lain terutamanya kaum lelaki seperti memakai perhiasan yang berlebihan. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu."





4. Tidak menyerupai pakaian orang Kafir

Dari hadis-hadis sahih, dapat difahamkan Allah s.w.t melaknat kita memakai pakaian yang menyerupai
pakaian orang kafir. Dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum itu, dia akan digolong ke dalam kaum itu."




5. Tidak menyerupai pakaian orang lelaki

Abu Hurairah r.a berkata yang maksudnya:

"Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian lelaki."-Riwayat Abu Daud




6. Tidak memakai wangi-wangian


Rasulullah s.a.w melarang kaum wanita daripada memakai bauan ketika keluar dari rumah-rumah
mereka. Riwayat daripada Nasa'i, Ibnu Huzaimah serta Ibnu Hibban dalam hadis sahih; Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Apabila seorang wanita memakai wangi-wangian, kemudian dia melalui satu kaum supaya mereka mencium wanginya itu, bererti dia dianggap berzina dan setiap mata yang memandangnya dianggap berzina."

Zainab Althaqafiah pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

"Jika salah seorang daripada kamu (kaum wanita) keluar untuk beribadat di masjid, janganlah memakai bau-bauan."

Dari hadis ini, sedangkan kaum wanita dilarang keras memakai bau-bauan untuk ke masjid maka apakah hukumnya memakai bau-bauan bagi wanita yang akan keluar berjalan-jalan di bandar, ke pejabat dan sebagainya. Tidak syak lagi tentulah lebih utama diharamkan dan lebih besar pula dosanya.






saya kecewa dengan dunia zaman sekarang yang melabelkan semua model bertudung itu adalah muslimah. tetapi cara pemakaiannya tidak menutup dada, dan memakai "bonggol unta" untuk kelihatan lebih cantik. adakah itu muslimah? dan juga pemakaian nya, adakah memakai legging itu muslimah? adakah berbaju ketat dan seluar jeans ketat itu muslimah?




saya akui, saya punyai banyak khilaf, dan saya berubah untuk menjadi yang lebih baik dan untuk menjauhi fitnah. apa yang saya share pada kali ini adalah untuk berpesan kepada diri sendiri, untuk tarbiyah diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik dan lebih berkualiti, dan juga untuk kalian yang sudi membaca. :) inilah kemanisan Islam. semoga entry kali ini dapat memberi sedikit impak positif dalam teknik berpakaian. :)


salam mahabbah. ;)




p/s : semoga dunia modelling menjaga masa solatnya , menjaga cara solekannya, menjaga auratnya sepertimana apa yang telah ditawarkan kepada modelnya untuk menjadi seorang model muslimah. bukan hana "menjual" produk muslimah sahaja, tetapi menjaga apa sebenarnya maksud muslimah tersebut. :)

4 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

dah lama sangat aku nk cite benda ni kat blog, tp aku tak de pengalaman... bagus yaya, entry yang bagus. aku suka cara kau buat keputusan yang matang since today a lot of 'muslimah women' really want to be a model... hmmm

INNANIE ARIFFIN said...

dah lama sangat aku nk cite benda ni kat blog, tp aku tak de pengalaman... bagus yaya, entry yang bagus. aku suka cara kau buat keputusan yang matang since today a lot of 'muslimah women' really want to be a model... hmmm

baloo026 said...

alhamdulillah,finally :)
there's no such thing as model muslimah

mars said...

SALAM.safiyah, happy februari.you did great decision and im on ur side !! alhamdulillah Allah syg piah, He put sensitivity inside you, Dia gerakkan hati dan bagi kekuatan utk betindak :) no worries dok join modelling pon you still beutiful darling (:

love,
kak syamin.hehehehe.