Saturday, April 21, 2012

Kempen Berjumpa Doktor Gigi : Saya Sudah! Kalian? :D

Assalamualaikum.





Tepat dengan kempen berjumpa doktor gigi oleh Colgate, ubat gigi berjenama di Malaysia, saya sudah menemui doktor gigi dan membuat pemeriksaan gigi. haha. thanks to Dentist-to-be, cik Ana Raflee sebab offer sy untuk scaling n got some more treatment for my baby teeth. creepy. uh!




saya telah membuat scaling dan untuk appointment seterusnya adalah proses menambah baik keadaan gigi dan paling menyedihkan, membuang gigi bongsu di belakang sekali. sedih ye sebab gigi bongsu itu tumbuh beserta dengan demam. betapa susahnya dan sakitnya untuk tumbuh gigi. tapi tumbuhnya bukan pada paksi yang betul. maka dengan itu, kene cabut untuk menjaga gigi hadapannya. wuwuuu.surgery akan dilakukan mungkin pada hujung bulan jun.





walaubagaimanapun, terima kasih sekali lagi cik ana raflee. :D tiada bayaran dikenakan. sebab saya salah seorang patient untuk beliau. haha. okey, untuk info kalian, kalau nak buat pemeriksaan gigi di PPUM, sila bawa kad matriks dan ic. lepas tu boleh daftar dan buat appointment. kalau ipta, free rasanya. kalau ipts, registration fee dalam rm5. lepas tu boleh buat check up. kalau untuk student, free. yeay! tapi kalau nak buat braces, x free ye. muehehehe




robot ni menakutkan. ngilu gigi. T_T





sebab silau lampu ni, saya kene pakai spek hitam. hehehe






ana, the dentist-to-be. :D






xray.gigi bongsu senget. kene cabut via surgery. doakan saya okey? :(




p/s : scaling paling ngilu adalah di bahagian gigi bawah depan. fuuh! ngilu terngilu ngiluya. sebab apa, sebab banyak plak kumpul kat situ. sebab nya lagi, saliva dirembes bawah lidah, n makanan mudah kumpul di gigi bawah itu. ahah. info dari dr ana. :D sekian.

Tuesday, April 17, 2012

Sinki

Assalamualaikum





entry kali ni adalah pendapat personal dari apa yang saya perhatikan di kolej kolej kediaman. masalah sinki tersumbat adalah masalah yang boleh dikatakan selalu terjadi.




saya tak faham kenapa pelajar-pelajar tak boleh nak beza sinki pantry dengan sinki toilet. kenapa masih ada yang suka basuh pinggan mangkuk dekat sinki toilet sedangkan sinki pantry tu khasnya untuk basuh pinggan mangkuk. haihs! sinki toilet tu biasanya orang guna nak gosok gigi, nak cuci muka. tapi kat sini, sinki tu boleh jadi tempat basuh pinggan. kesan minyak, sisa, tak di bersihkan balik. huaaah





pe'el pelajar lagi satu ialah, lepas basuh pinggan mangkuk, sisa dibiarkan dalam sink. lepas tu tersumbat. biarkan aje sink bertakung. huhu. adakah ini sikap pelajar universiti? yang paling memalukan ialah mereka adalah perempuan. yang akan menjadi seorang ibu suatu hari nanti. sedih saya melihat sikap pelajar universiti yang tidak peka terhadap perkara sekeliling.





penggunaan sinki itu adalah kegunaan orang ramai. bila keperluan orang ramai, maka perlulah sama-sama jaga hak sesama manusia. tak susah pun nak buang sisa makanan dulu, baru basuh pinggan mangkuk. tong sampah dekat. so buang sisa makanan dulu. lepastu basuh pinggan, n cuci sikit sinki tu. sedih je tengok sinki pantry semalam. tuang air milo lepas tu tinggal. ada la dalam 3 hari. berbau satu pantry. huhu. tolong la ada common sense oke? tak marah tapi kecewa.

Monday, April 9, 2012

Allah Selamatkan Ummi... :D

Assalamualaikum.










alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur ummiku sayang. sesungguhnya aku bersyukur atas kehadiran seorang ibu yang paling sempurna dalam hidup dan tiada taranya. Allah, aku sangat bersyukur. :') semoga Allah memberkati segala apa yang diamalkan, diberikan kesihatan yang sempurna, kebahagiaannya yang tidak luak dan diampunkan segala dosanya sera dijauhkan azab api neraka. Allah, sungguh aku amat sayang pada seorang insan yang bergelar ummi dalam hidupku. :') -- Kak Long 





puas berfikir kat mana nak celebrate birthday supermom kali ni. saya dan kak ngah cuba mengusha beberapa tempat birthday treat and surprise (la sangat) untuk ummi. end up, dalam perbincangan kami berdua, kami decided nak makan di Manhattan Fish Market. sebab nampak ada flame  tu kan, teruja nak bawa umi pergi situ. hehe





perancangan kami agak terperinci sebab birthday boy kami, IDI, pun dekat dengan birthday ummi. so rancang pergi sana nak celebrate terus birthday mereka. tapi apakan daya, idi tak datang petang tadi. frust banyak. aish! -_-' so next time la ye idi.





okeylah. nanti saya upload gambar makanan. line sekarang macam slow sangat. nak load pun macam 2 jam. tata! :D





last but not least,



HAPPY BIRTHDAY UMMI! LOVE YOU ENDLESSLY!

Tuesday, April 3, 2012

Permainan Kegemaran : Draw Something!

Assalamualaikum.





bila saya menggunakan smartphone, saya lebih tertarik dengan memuat turun permainan yang mendapat rating tertinggi dan free. :D sekarang saya sangat ketagih bermain Draw Something atau dikenali juga dengan Draw Some. :D









Game Draw Some ni best sebab dia main lukis-lukis based on perkataan yang dia bagi. setiap perkataan yang dia bagi tu ada nilai tersendiri. n nilai tu dia nisbahkan kepada coin/token. so kalau betul apa yang dia teka, kita dapat duit. :D gambar yang kita lukis tu kita send kepada kawan-kawan yang main jugak benda ni. so basically, game ni game teka-teka gambar je. hehehe.




fakta game :


1. hanya perlu download game ni.

2. lepas tu pilih nak main game tu via apa. facebook ke, username ke, email ke or random. basically kalau yang random tu dia main pilih je sapa2 yang ready nak main dengan kita. n usually dari golongan mat salleh.

3. kita akan diberikan 3 pilihan perkataan untuk dilukis. basically, gambar senang, dia bagi 1 coin. gambar sederhana nilai dia 2 coins n gambar susah dia bagi 3 coins.

4. biasanya gambar susah tu kita kene lukis orang. tak pun negara. -_-'

5. mula2 kita akan diiberikan 4 warna asas untuk melukis, iaitu warna merah, biru, kuning, dan hitam.

6. juga disediakan pemadam untuk padam apa yang kita salah lukis.

7. kalau serabut sangat lukisan tu lepas tu malas nk padam, ada button gambar tong sampah dekat bawah then boleh lukis atas kanvas baru. :)

8. DS bagi percuma 5 bijik bom so that if kita dah mati akal dengan huruf2 untuk di teka, tekan je bomb. dia hilangkan 4 huruf. much easier to guess the picture, right? :D

9. bila dah banyak duit, boleh la beli warna-warna lain. saya dah beli 2 set warna. :D

10. saya happy melukis bila ade guide dengan google gambar tu. :P






below are my arts. haha. buruk tapi boleh la kalau nak teke apa kan? :P



























kawan2 drawsome saya kebanyakannya dari orang luar negara sebab saya selalu main dengan random people. :D saya sayang turns saya dengan pemain. turns paling tinggi setakat ni ialah 41. ehe. tu la sebab selalu passed kan. x faham dia lukis apa, then waste turns. haihs! -_-' so, marilah kita main ramai2. :D 




p/s : kalaulah ada pen, senang sikit nk lukis. huaaaa