Tuesday, April 17, 2012

Sinki

Assalamualaikum





entry kali ni adalah pendapat personal dari apa yang saya perhatikan di kolej kolej kediaman. masalah sinki tersumbat adalah masalah yang boleh dikatakan selalu terjadi.




saya tak faham kenapa pelajar-pelajar tak boleh nak beza sinki pantry dengan sinki toilet. kenapa masih ada yang suka basuh pinggan mangkuk dekat sinki toilet sedangkan sinki pantry tu khasnya untuk basuh pinggan mangkuk. haihs! sinki toilet tu biasanya orang guna nak gosok gigi, nak cuci muka. tapi kat sini, sinki tu boleh jadi tempat basuh pinggan. kesan minyak, sisa, tak di bersihkan balik. huaaah





pe'el pelajar lagi satu ialah, lepas basuh pinggan mangkuk, sisa dibiarkan dalam sink. lepas tu tersumbat. biarkan aje sink bertakung. huhu. adakah ini sikap pelajar universiti? yang paling memalukan ialah mereka adalah perempuan. yang akan menjadi seorang ibu suatu hari nanti. sedih saya melihat sikap pelajar universiti yang tidak peka terhadap perkara sekeliling.





penggunaan sinki itu adalah kegunaan orang ramai. bila keperluan orang ramai, maka perlulah sama-sama jaga hak sesama manusia. tak susah pun nak buang sisa makanan dulu, baru basuh pinggan mangkuk. tong sampah dekat. so buang sisa makanan dulu. lepastu basuh pinggan, n cuci sikit sinki tu. sedih je tengok sinki pantry semalam. tuang air milo lepas tu tinggal. ada la dalam 3 hari. berbau satu pantry. huhu. tolong la ada common sense oke? tak marah tapi kecewa.

4 comments:

Anonymous said...

bengang sangat bila benda-benda ni jadi. padahal semua nak guna, pandailah jaga kan.

norain.ibrahim said...

pada aku senang je Ya. sebab kat rumah mak dorang ajar dorang buat macam tu. ha itulah jawapan dia. apa yang dorang buat kat kolej, mcm tulah mak dorang ajar kat rumah. bengang tul!

Unknown said...

rara : bengang jugak. tapi itulah. tak reti nk buat macam mana nk sedarkan dorang. T_T


ain : huah. masalah ni dari kolej 5 lagi aku duk perhati. kolej 12 pun same je. entahlaaa. xleh kawen lagi dorang ni. huhu

Unknown said...

Fuyooo..dahsyat...unbelieveable + marvelous