Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum.




Alhadulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. saya dengan rendah hati memohon maaf atas segala kesilapan lalu dan semoga kemaafan yang diberikan dapat memudahkan kita untuk lebih tawaduk dan istiqamah dalam ibadah kita seharian, istiqamah bukan sahaja dalam bulan Ramadhan sahaja, tetapi sentiasa berterusan walaupun selepas bulan Ramadhan. :)




Sama-samalah kita muhasabah diri untuk menjadi seorang insan yang sentiasa berhijrah, yakni, hijrah kepada kebaikan, supaya kita tidak berada di takuk yang lama. semoga kita dapat hindarkan kelakuan mazmumah, dan sedaya upaya untuk tidak mengumpat mengata sesama kita. astaghfirullah. ='( ukurlah diri kita sendiri, dan set target untuk berubah. insyaAllah, dengan izin Allah, setimpal dengan usaha kita, Allah izinkan kebaikan itu menjadi hak kita. yakinlah dengan Allah, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. :) salam ramadhan kareem. semoga kalian semua berada dalam rahmat Allah selalu. :)





No comments: