Assalamualaikum
Dari petikan Harian Metro 10 April 2011, muka surat 11. Tajuk aritkel ialah :
Pertandingan Ratu Mak Nyah; Saya dijemput. Artis tidak gentar tanggapan negatif masyarakat.
Kuala Lumpur :
"Kak Ani tidak takut berdepan tanggapan negatif masyarakat kerana menghadiri majlis itu kerana Kak Ani tahu apa yang Kak Ani buat," demikian kata Noraniza Idris mengulas penampilannya dalam satu pertandingan ratu cantik mak nyah.
Noraniza berkata, beliau dijemput mengadakan persempahan pada majlis berkenaan dan sedia maklum pertandingan itu disertai golongan mak nyah.
Katanya, pertandingan itu pernah diadakan di bandar sama tahun lalu tetapi tidak mengingati tarikhnya.
"Ya... memang kak ani dijemput membuat persembahan pada majlis itu dan Kak Ani tahu ia disertai golongan mak nyah," katanya yang tidak kisah dipandang serong atau dituduh menyokong golongan 'dua alam' terbabit kerana Allah yang tahu niat sebenar beliau berbuat demikian.
Beliau berkata, golongan itu juga makhluk Tuhan, cuma naluri mereka berbeza.
"Tidak salah rasanya Kak Ani bergaul dengan mereka kerana kita sebagai manusia perlu saling mengasihi,justeru
tidak timbul tanggapan Kak Ani menyokong kewujudan mereka.
"Kita tidak sepatutnya memandang negatif golongan itu
kerana mereka sendiri tidak minta dijadikan sedemikian rupa," katanya.
Menurutnya, golongan mak nyah perlu didekati dan dibimbing, bukannya dikeji atau dilempar dengan pelbagai tuduhan negatif kerana perbuatan itu hanya akan membuatkan mereka rasa tersisih daripada masyarakat dan terus hanyut dalam dunia mereka.
"Bagi Kak Ani, kita sebagai manusia perlu membimbing antara satu sama lain tidak kira 'jenisnya' dan kehadiran Kak Ani dalam majlis berkenaan antara lain untuk menyelami hati serta perasaan mereka"
"Jika hendak membimbing seseorang, kita perlu mendekati dan menyelami hati mereka... dari situ barulah kita boleh membawa mereka ke jalan yang benar," katanya.
---xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx---
itulah fikiran positif daripada salah seorang artis yang masyur di negara kita, Noraniza Idris, yang menyatakan alasan-alasan yang,errr... -_-'.. apa-apa pun, berfikir sebelum berkata-kata. Mak Nyah bukan Khunsa. Mak Nyah adalah lelaki dan mengubah jantina menjadi perempuan.
Teknologi sekarang semakin berkembang pesat. dengan adanya suntikan botox, suntikan untuk membesarkan payudara, dan membesarkan pinggul, maka terjadilah Mak Nyah ni. lain pula bagi kes Khunsa bila mana seseorang itu mempunyai 2 alat kelamin. itu baru boleh jadi isu pada kenyataan Noraniza Idris,
kerana mereka sendiri tidak minta dijadikan sedemikian rupa. mereka dijadikan sebagai seorang lelaki. seharusnya mereka bersyukur dengan apa yang telah dijadikan olehNya. bukan dengan mengubah ciptaanNya. apa pendapat anda? tepuk dada, tanya iman.
kita harus positif dalam setiap perkara. tetapi untuk perkara yang jelasnya Mungkar, kita harus menepis, bukan menyokong dan memberi galakan atas alasan untuk membawa mereka ke jalan yang benar dan menyelami perasaan mereka. Alasan itu positif, tetapi seakan menyokong dengan kemungkaran yang jelas dipaparkan di depan mata. bukti ada pada artikel yang menyatakan Kak Ani tahu penglibatan Mak Nyah dalam pertandingan ratu cantik tersebut. -_-'
p/s : nak tengok berapa ramai Kak Ani bawak mak nyah ke jalan yang benar..
p/ss : penulisan ini hanyalah sekadar meluahkan rasa kecewa terhadap kurangnya sensisiviti tentang hukum Islam. wallahualam.