Tuesday, April 12, 2011

Pendapat Noraniza Idris Terhadap Miss Malaysia Pahang 2010.

Assalamualaikum


Dari petikan Harian Metro 10 April 2011, muka surat 11. Tajuk aritkel ialah :


Pertandingan Ratu Mak Nyah; Saya dijemput. Artis tidak gentar tanggapan negatif masyarakat.


Kuala Lumpur : "Kak Ani tidak takut berdepan tanggapan negatif masyarakat kerana menghadiri majlis itu kerana Kak Ani tahu apa yang Kak Ani buat," demikian kata Noraniza Idris mengulas penampilannya dalam satu pertandingan ratu cantik mak nyah.




Noraniza berkata, beliau dijemput mengadakan persempahan pada majlis berkenaan dan sedia maklum pertandingan itu disertai golongan mak nyah.




Katanya, pertandingan itu pernah diadakan di bandar sama tahun lalu tetapi tidak mengingati tarikhnya.




"Ya... memang kak ani dijemput membuat persembahan pada majlis itu dan Kak Ani tahu ia disertai golongan mak nyah," katanya yang tidak kisah dipandang serong atau dituduh menyokong golongan 'dua alam' terbabit kerana Allah yang tahu niat sebenar beliau berbuat demikian.




Beliau berkata, golongan itu juga makhluk  Tuhan, cuma naluri mereka berbeza.








"Tidak salah rasanya Kak Ani bergaul dengan mereka kerana kita sebagai manusia perlu saling mengasihi,justeru tidak timbul tanggapan Kak Ani menyokong kewujudan mereka. 




"Kita tidak sepatutnya memandang negatif golongan itu kerana mereka sendiri tidak minta dijadikan sedemikian rupa," katanya.



Menurutnya, golongan mak nyah perlu didekati dan dibimbing, bukannya dikeji atau dilempar dengan pelbagai tuduhan negatif kerana perbuatan itu hanya akan membuatkan mereka rasa tersisih daripada masyarakat dan terus hanyut dalam dunia mereka.



"Bagi Kak Ani, kita sebagai manusia perlu membimbing antara satu sama lain tidak kira 'jenisnya' dan kehadiran Kak Ani dalam majlis berkenaan antara lain untuk menyelami hati serta perasaan mereka"



"Jika hendak membimbing seseorang, kita perlu mendekati dan menyelami hati mereka... dari situ barulah kita boleh membawa mereka ke jalan yang benar," katanya.




---xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx---



itulah fikiran positif daripada salah seorang artis yang masyur di negara kita, Noraniza Idris, yang menyatakan alasan-alasan yang,errr... -_-'.. apa-apa pun, berfikir sebelum berkata-kata.  Mak Nyah bukan Khunsa. Mak Nyah adalah lelaki dan mengubah jantina menjadi perempuan.



Teknologi sekarang semakin berkembang pesat. dengan adanya suntikan botox, suntikan untuk membesarkan payudara, dan membesarkan pinggul, maka terjadilah Mak Nyah ni. lain pula bagi kes Khunsa bila mana seseorang itu mempunyai 2 alat kelamin. itu baru boleh jadi isu pada kenyataan Noraniza Idris, kerana mereka sendiri tidak minta dijadikan sedemikian rupa. mereka dijadikan sebagai seorang lelaki. seharusnya mereka bersyukur dengan apa yang telah dijadikan olehNya. bukan dengan mengubah ciptaanNya. apa pendapat anda? tepuk dada, tanya iman.




kita harus positif dalam setiap perkara. tetapi untuk perkara yang jelasnya Mungkar, kita harus menepis, bukan menyokong dan memberi galakan atas alasan untuk membawa mereka ke jalan yang benar dan menyelami perasaan mereka. Alasan itu positif, tetapi seakan menyokong dengan kemungkaran yang jelas dipaparkan di depan mata. bukti ada pada artikel yang menyatakan Kak Ani tahu penglibatan Mak Nyah dalam pertandingan ratu cantik tersebut. -_-'




p/s : nak tengok berapa ramai Kak Ani bawak mak nyah ke jalan yang benar..

p/ss : penulisan ini hanyalah sekadar meluahkan rasa kecewa terhadap kurangnya sensisiviti tentang hukum Islam. wallahualam.

2 comments:

ZAARA QISTINA said...

k.long safiyya,

jz nk bg pendapat pasal ni... hehe.. sbb sy pun ramai kawan ngan kwn2 yg 'lembut'... ad sesetengah golongan ni mmg bukan niat diorg utk jd mcm ni... tp mmg sejak kecil naluri diorg lebih kearah pompuan, suke buat keje2 pompuan, xsuke bnda2 lasak mcm lelaki2 laen, etc... tp klo yg smpai da cucuk sane sini tu mmg da melampau la... huhu... x boleh salahkn diorg jugak 100%, kdg2 peranan parents jugak... cth mcm dlm cite sutun tuh, since dye kecik lg mak dye suke pkaikn dye baju baby girls, then smpai besar la dye mcm tu sbb mak dye teringin nk ank pompuan... so, yg kenanye si empunya badan jugak... mcm ad sorg kwn sy ni, bkn dye x cube utk lebih 'kasar', tp masyarakat still pandang serong, then smpai bile2 pun dye xkn berubah dr dunia dye tuh... and salah sorg BFF sy yg 'lembut' tu, sy penah bawak dye join taekwondo mase first year kt UKM ni, then skrg dye da lebih confident utk tampil dgn lebih 'lelaki'... dan dye jugak org angkt sbg president kelab taekwon-do tu sendiri... alhamdulillah la pd yg dpt cari jalan keluar utk kembali... tp yg masih belum bukak mate tu mmg wallahuallah la... tp x salah klo kite nk mencube kn?? heeE~ 8ok, klo ad yg sy salah tulis, sorry, sbb sy bukan org alim... huhu...

no offence =)

Unknown said...

thanx dear for yr opinion. kak long sendiri pun ada kawan yang lembut. dan kak long pun pernah jumpa n berurusan sendiri dengan pelakon sutun. alhamdulillah,physically,dia bukan perempuan, TAPI lelaki yang berjiwa wanita. well anyway, back to the square one,skop kak long adalah kepada penganjuran Miss Malaysia Pahang 2010 itu sendiri. mengikut video Miss Malaysia Pahang, memang semua peserta cantik dan physically saperti seorang wanita yang sempurna.dan, merubah ciptaan Allah itu adalah Haram disisi agama Islam. penganjuran aktiviti tersebut sepatutnya tidak digalakkan memandangkan Malaysia adalah negara Islam. bukan isu salah siapa untuk dituding, tetapi isu bala malapetaka yang akan menimpa. sebagai contoh Nabi Luth dan Kaum 'Ad, golongan mereka mengamalkan liwat tapi bala yang menimpa bukan kepada golongan yang terjerumus sahaja tetapi kepada satu negeri/negara yang akan menerima malapetaka dari Allah. seperti kata pepatah, kerana nila setitik, habis satu belanga.dan pada kak long, penganjuran aktiviti seperti itu x perlu disokong tetapi dicegah. wallahualam.

kak long pun masih belajar lagi dalam bab ni. yang mana salah tolong tunjukkan. ;)