Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Kenapa yang sangat perit.

kenapa aku cepat rasa kasihan. kenapa aku cepat percaya. kenapa aku cepat menolong. kenapa aku dengar saja semua tu. kenapa aku diberi harapan yang tinggi. kenapa aku yakin dengan harapan yang diberi. kenapa aku perlu letak harapan yang tinggi. kenapa aku diceritakan cerita yag tidak baik. kenapa aku terima sahaja semua itu. kenapa aku tak aware dengan apa yang berlaku masa tu.




kenapa tak berterus terang. kenapa lambat bagitahu aku. kenapa kau tak pikir pasal aku. kenapa masa nak mitak tolong, bukan main bersungguh. kenapa bila dah ada yang lain, kau blah macam tu je. kenapa kau macam takde manner. kenapa kau sorokkan dari aku lama-lama. kenapa kau sanggup tipu aku. kenapalah kau tak tahu yang bahawasanya peragai kau ni akan menyusahkan aku. kenapa kau tabur janji tapi satu pun kau tak tepati. kenapa kau sanggup bersumpah tapi sebenarnya sumpah kau tu tak benar. kenapa kau suka cakap belit2. kenapa kau cakap kat orang lain, versi lain, kat aku versi lain. kenapa point yang kau nak cakap tu tak sama walaupun jalan cerita yang sama. kenapa kau sanggup buat macam tu. kenapa aku percaya kau. kenapaaaaa...... huhuhuhu  (T_T)




kenapa kau tak berterus terang. kenapa kau cerita kat orang lain. kenapa tak cerita kat aku. kenapa kau babitkan ramai orang yang terlibat. kenapa kau putar belit cerita. kenapa kau salahkan aku sebab kau x dapat pegi keje tempat lain. kenapa kau tak salahkan kau demam. kenapa kau insist nak keje dengan aku. ye insist. kenapa masa berbincang talipon 2 jam kau yakinkan aku benda lain,kau janji benda lain,  tapi hakikatnya masa kau nak blah, tiba2 yakin dengan kenyataan yang berbolak balik.kenapa alasan kau tu aku rasa macam tak masuk akal. kenapa ya. kenapa.mungkin kau tau kenapa aku marah dan terkilan. tapi aku tahu kau takkan mengaku bersalah. takpa. Allah dapat mengadili segalanya. Allah maha mengetahui. 




dahlah. ni bukan soal cinta. tapi soal hati.

Sunday, February 10, 2013

Semalam & Hari Ini

Assalam.


Semalam aku menghadiri 2 majlis kerian. pada sebelah pagi aku ke Nilai, megikuti rombongan famili untuk majlis pertunangan sepupu aku, Fahmi Hebat dan Kak Ekin. Selesai majlis, aku dan famili balik rumah untuk solat Zohor. Kemudian aku ikut abah dan umi aku untuk menghadiri Majlis Walimah anak teruna kawan abah aku.




Sesampainya aku di Taman Melati (tempat majlis) alangkah tenangnya aku berada di walimah itu. dipasangnya lagu2 yang berkonsepkan ketuhanan, selawat dan zikir. Rata-rata tetamu yang datang adalah dari golongan2 yang pada aku, mulia akhlaknya, sempurna penjagaan auratnya.




sedang aku, abah, umi dan kawan abah berada di meja makan bersama, maka abah dan kawan abah salling bertukar cerita perihal anak masing-masing. kebetulan anak kawan abah sebaya dengan aku(bukan pengantin, mungkin adik pengantin), dan pada masa yang sama, dia lalu depan aku. anak kawan abah tu perempuan. aku lihat dia, fuh! aku rasa nak menitiskan air mata serta merta. sebab dia terlalu cantik di mata aku. tapi aku tahan lalu aku teruskan makan nasi.




hari ini, sedang aku membuat misi membuang kawan2-di-fb-yang-aku-tak-kenali, aku tak delete terus. mestilah aku consider sape mutual friends dulu. tapi tadi, aku terjumpa rakan modelling aku dulu. subhanallah, berubah terus dia. berubah 720 degree dari zaman aku kenal dia dulu. menangis lagi. dan aku baru tahu, rakan aku itu sudah berkahwin dan kini hamil 5 bulan, juga kini menetap di luar Malaysia. Allah! lama sugguh aku tidak jenguk fb dia. sobs. :'(





aku ingin berubah. menjadi seperti 2 orang yang aku sebut di atas. sedikit-demi sedikit, aku mahu berubah. ya berubah. Allah, tetapkanlah pendirianku. jauhi aku dari sifat tabarruj yang melampau-lampau. *menangis*





p/s : sahabat aku pesan, jangan main2 dengan niqab. once pakai, pakailah untuk hari-hari seterusnya. jangan pakai niqab untuk berfesyen. tak baik.



Sunday, September 30, 2012

Tajam

kata-kata itu lagi tajam dari pisau yang di asah. --proverb




watch out your words! kadang-kadang penyalahgunaan perkataan dalam satu ayat membuatkan satu gurauan biasa menjadi satu gurauan berbisa. aku boleh bergurau tapi x boleh tolerate dengan gurauan yang kasar dan tak kena tempat.




a week ago, kereta aku baru accident. masa tu baru dua hari lepas accident. aku cuba sedaya upaya utuk membaik pulih kereta aku sebab aku sayang kereta kancil yang agak berusia tu. alhamdulillah, walaupun kurang sempurna dari segi fizikalnya, boleh lagi aku gunakan untuk ke kelas, mid valley, balik rumah. alhamduillah, accident haritu hanya mengalami kerosakan body part. x kena engine dan internal parts of car. tapi ada orang yang no sense of thankful, called my car as a tin kemek bergerak. tajam betul bahasa. sentap. tak pernah orang mengeluarkan pendapat yang menyakitkan hati terhadap property aku macam tu walaupun kawan-kawan aku yang selalu naik kereta dengan aku.




just now, another unsuspected word from someone that called me a name that was insulted me. kes yang sama, penggunaan kata yang agak tak kena untuk greet aku. keadaan di mana aku berada dalam sekumpulan kawan-kawan aku yang bakal bergraduasi, lalu ditegur oleh seorang sahabat, "hi yaya extend". i was like, "yaya extend? sampai nya hati cakap macam tu.." (i was stepped away from her) sedih rasa macam nak mengalir air mata. masakan tidak, for this moment, most of us akan graduate. dan aku tak bersama meraka. sedih wooooo.. rasa terhina sangat, rasa bodoh, rasa malu, rasa semua lah.





dont expect people will have the same way of thinking just the way you are. and please, respect each other.






p/s : i am not naive.