Sunday, February 10, 2013

Semalam & Hari Ini

Assalam.


Semalam aku menghadiri 2 majlis kerian. pada sebelah pagi aku ke Nilai, megikuti rombongan famili untuk majlis pertunangan sepupu aku, Fahmi Hebat dan Kak Ekin. Selesai majlis, aku dan famili balik rumah untuk solat Zohor. Kemudian aku ikut abah dan umi aku untuk menghadiri Majlis Walimah anak teruna kawan abah aku.




Sesampainya aku di Taman Melati (tempat majlis) alangkah tenangnya aku berada di walimah itu. dipasangnya lagu2 yang berkonsepkan ketuhanan, selawat dan zikir. Rata-rata tetamu yang datang adalah dari golongan2 yang pada aku, mulia akhlaknya, sempurna penjagaan auratnya.




sedang aku, abah, umi dan kawan abah berada di meja makan bersama, maka abah dan kawan abah salling bertukar cerita perihal anak masing-masing. kebetulan anak kawan abah sebaya dengan aku(bukan pengantin, mungkin adik pengantin), dan pada masa yang sama, dia lalu depan aku. anak kawan abah tu perempuan. aku lihat dia, fuh! aku rasa nak menitiskan air mata serta merta. sebab dia terlalu cantik di mata aku. tapi aku tahan lalu aku teruskan makan nasi.




hari ini, sedang aku membuat misi membuang kawan2-di-fb-yang-aku-tak-kenali, aku tak delete terus. mestilah aku consider sape mutual friends dulu. tapi tadi, aku terjumpa rakan modelling aku dulu. subhanallah, berubah terus dia. berubah 720 degree dari zaman aku kenal dia dulu. menangis lagi. dan aku baru tahu, rakan aku itu sudah berkahwin dan kini hamil 5 bulan, juga kini menetap di luar Malaysia. Allah! lama sugguh aku tidak jenguk fb dia. sobs. :'(





aku ingin berubah. menjadi seperti 2 orang yang aku sebut di atas. sedikit-demi sedikit, aku mahu berubah. ya berubah. Allah, tetapkanlah pendirianku. jauhi aku dari sifat tabarruj yang melampau-lampau. *menangis*





p/s : sahabat aku pesan, jangan main2 dengan niqab. once pakai, pakailah untuk hari-hari seterusnya. jangan pakai niqab untuk berfesyen. tak baik.



2 comments:

cokiedacomot said...

sama sama la kite berubah menjadi lebih baik .. insyaAllah .

Unknown said...

alhamdulillah...doa untk awk yg tbaik..setiap perubahan yg kita ingin lakukan msti KN ada cabaranya yang mendatang..semoga terus kuat diberi kekuatan untuk melakukan yg terbaik..insyaAllah