Wednesday, February 13, 2013

Not RM100 Palsu

Assalam



6 Februari lepas aku telah keluarkan sejumlah wang asb dari bank dekat rumah. aku amik wang dengan menggunakan buku akaun, maka wang yang terima sah-sah fresh dari bank tersebut.




selepas siap semua penerimaan wang dari kaunter bank,zappp aku letak wang dalam buku akaun,  aku terus ke cash deposit untuk masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank berkenaan. tapi apa yang terjadi, sekeping not RM100 x lepas untuk di transfer. banyak kali juga transaksi tapi x boleh jugak. tapi alhamdulillah, ada seorang brader yang prihatin nampak aku dalam kesusahan, lalu dia sanggup tukar not rm50 dua keping dengan not rm100 aku. alhamdulillah, selamatlah duit ditransferkan.




but, unfortunately, brader tu cakap, "eh, duit rm100 ni duit palsu ni". lepas tu brader tu explain tentang structure duit tu tak macam duit yang lain-lain sebab ringan, pudar, petak kilat-kilat tepi tu tidak menunjukkan keadaan yang berkilat, dan yang paling obvious skali, not rm100 itu ada kesan dakwat mengembang pada bank negara malaysia tulisan jawi akibat terkena air. yang itu lah aku dapat rasakan bukti paling kukuh not 100 itu not palsu sebab wang lain kalau kena air, tiada kesan dakwat megembang.




terus aku dan brader tu juga umi ke kaunter jumpa akak cashier untuk membuat aduan. lalu aku tunjukkan not rm100 tu dan aku cakap duit tu x  deposit cash machine x accept and aku nyatakan duit tu adalah duit palsu. akak tu pun ambil duit tu lepas tu masuk office sebab nk cek betul ke tak duit tu duit palsu.




beberapa minit kemudian, akak tu datang balik ke kaunter dan memaklumkan bahawa pihak bank nak cek cctv takut2 aku tipu ke ape. aku jelaskan kat akak tu aku tak sempat keluar pun dari bank sebab lepas dapat duit terus aku ke deposit cash machine. dia macam tak percaya. lepas tu suruh aku dengan umi aku duduk. brader ru pun tunggu jugak sebab aku kan dah guna duit dia, kot2 bank refund balik duit tu dengan cepat, so boleh aku bagi balik kat brader tu. tapi macam brader tu ade kerja lain, umi aku bagi dulu duit dia bagi kat brader tu. so brader tu pun berlalu.




dalam 5 minit kemudian aku dijemput masuk ke dalam office bank untuk membuat aduan. officer tu mintak tolong duduk dan dengar kenyataan aku. dia jugak kate nak tengok cctv sepanjang aku kat bank. huhu. masih tak percaya dengan kenyataan aku, lalu aku bersumpah aku tak de duit not 100 lain selain duit singgit singgit yang sudah ade dalam dompet aku. dia cakap xnak salahkan akak tu, juga bukan salah aku. tapi dia nk laporkan kes duit palsu tu kepada bank negara. kalau betul duit tu duit palsu, barulah pihak bank nak refund balik. huhuhuu..... macam tu sekali procedure dia. officer tu cakap proses nak cek duit tu dalam 2-3 hari tapi sebab chinese new year, maybe drag sampai 2 minggu. sobs.













bank negara malaysia jawi : dakwat mengembang sebab kena air.




officer tu photostat duit tu dengan borang aku skali sebagai simpanan dan rujukan aku. so aku pun ade bukti jugak yang duit ni duit palsu dari bank tersebut. huhuhu. so kawan-kawan, berhati-hati dengan wang yang kalian ada sekarang. sebab pemalsuan wang sekarang ni semakin berleluasa. even no rm20 pun dah ada orang palsukan. beware yeah! setakat ini sahaja aku cerita pasal duit palsu yang aku terima dari bank serta langkah-langkah yang diambil selepas aku terima duit palsu tersebut. semoga perkogsian aku memberi manfaat kepada semua. till then, bye!

3 comments:

zarifahmr said...

pernah gak terkena sekali. masa tu part time 7E, customer bagi not 100 palsu. terus buat report semua. haih

Aqilah Amin said...

Kesiannya awop yang! Hurm :( Nasib baiklah umi ada. Panjang plak procedure nya haa. Hurm, hopefully dpt refund semula. Aamiin.

Safiyya said...

zarifahmr : haa. tu la. ni report dengan maybank. kene tunggu dorang call baru dapat refund balik. wuwuwu. T_T


aqilah amin : kan? doakan dapat refund balik eh. hehehehe amin :)