Saturday, February 16, 2013

Tahun Baru Cina VS Kenduri

Assalam



Kemeriahan Tahun Baru Cina tahun ini seperti biasa lah kan dengan bunga api, dun dun cheng, limau mandarin dan warna merah. lagi meriah kali ni sebab PSY datang Penang, meraikan bersama-sama mereka yang merayakannya. so buat kawan-kawan chinese sy, terutamanya Geow Weeki, Happy Prosperous Chinese New Year! :)




ingatkan Chinese je yang meriah, melayu pun nak jugak meriah nye. meriah dengan kenduri kendara, kahwin mawin, majlis tunang dan majlis merisik. haha. sama naik je melayu  nak beraya, ye dak? sebab cuti yang agak lama, maka di kesempatan ini lah mereka ambil peluang untuk membuat majlis keraian. :)




alhamdulillah, ramai sahabat-sahabat seangkatan dah melagkah setapak, juga dua tapak ke hadapan. bukan sahabat je, cousins aku pun dah melangkah kehadapan. tahniah kepada fahmi, selamat bertunang dengan kak ekin, nurul asyikin, yang lebih muda 4 tahun dr aku, selamat diijab kabulkan dengan pasangannya dan juga nor mahani, juga selamat diijab kabulkan dengan pasangannya.




mungkin facebook adalah satu medium penyebaran yang pantas, di mana aku dapat mengetahui sahabat2 seangkatan denganku bertunang. tahniah bie, najah, tengku, najmiza, dan ramai lagi lah yang sudah menjadi suntingan orang. :') seriously im happy for you guys! hihi. yang berkahwin, tahniah buat akmal baharuddin dan nabihah kerana selamat dinikahkan. :)




doakan aku grad tahun ni. lepas grad, insyaAllah, aku juga mahu melangkah ke dunia baru, seperti kalian.tapi lepas grad tu tak tahulah hujung tahun ke, awal tahun depan ke, tengah bulan tahun depan ke, wallahualam. kalau ada jodoh, ada lah tu bila2. husnuzon dengan Allah, insyaAllah, kurniaan Allah itu ada hikmahnya, samada baik untuk dimanfaatkan, yang buruk, di ambil iktibarnya. kan? :) so again, cuti raya cina kali ini meriahnya dengan bunga api dan paluan kompang. ahah! sama naik je melayu nak jugak beraya. :P k bye!





No comments: